~Hidup Adalah Tentang Persepsi~




"Hidup adalah tentang persepsi" adalah tajuk kepada blog senior Pedas saya yang tua lebih setahun,bernama Amiratul Nadiah.

bile terbaca "hidup adalah tentang persepi",hampir mencarut2 hati saya ini.manakan tidak,tidak terlintas langsung dalam pemikiran saya persepsi ini adalah segala-galanya dalam hidup ini.dalam pemahaman saya,hidup ini adalah berlandaskan perjuangan.mencari identiti yang hilang ataupun menegakkan keadilan.setidak-tidak pun,hidup ini adalah mencari keredhaan allah yang maha esa.tidak dapat di hadam mahupun disuap dengan kepentingan persepsi ini dalam kehidupan saya.pendek kata,tidak terlintas langsung dalam akal saya ini - persepsi adalah nadi dalam kehidupan.

Masa berlalu dan terus berlalu.saya sekarang berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur (PASUM) .Saya melalui satu sstem pembelajaran yang amat berlainan daripada sekolah dahulu.Dahulu,hanya menggunakan buku kecil sahaja.Dahulu,tempat belajar saya adalah di satu bilik kecik yang berjumlah 30 orang sahaja,dan senang untuk saya bertanya kepada tenaga pengajar sebarang soalan.Dahulu,peraturan2 ketat telah diperkenalkan kepada saya - atas dasar budak2 tidak boleh diberi kebebasan berlebihan,takut disalahgunakan.

Di Asasi,semuanya berlainan.Buku rujukan hanyalah rujukan;tidak lebih daripada itu.pelajar perlu memberi perhatian sepenuhnya,jika tidak mereka tidak tahu apa yang patut mereka tahu.Tempat belajar pula sebesar dewan yang mampu memenuhkan 400 orang.Di PASUM,kebebasan yang mutlak telah diberikan.tidak ada peraturan yang jitu yang menghalang para pelajar membawa apa yang mereka inginkan.tidak juga peraturan masa yang mengikat pelajar supaya jangan balik lewat malam.tidak juga ada peraturan masa yang menyuruh pelajar turun atau menghadiri diri ke surau pada sekian-sekian masa.semuanya bebas;dan semuanya terletak di tangan pelajar sendiri.

Masuk ke Asasi,saya tidak hairan dengan kejutan sosial - satu aspek yang pelajar selalu hiraukan.saya seorang yang amat mudah bersosial (walaupun anda mungkin berasa saya dari sekolah agama dan saya bersikap jumud!).tidak ada kejutan kepada saya akan kehidupan bersosial dengan mereka yang berlainan jantina.tidak.ini bukan satu yang mengejutkan saya.maka,dari awal lagi saya sudah bersedia akan perkara ini.

Tanpa saya sedari,saya telah mengalami kejutan budaya.budaya itu adalah budaya belajar.saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kelas yang mempunyai 400 orang.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan silibus pembelajaran yang tidak konsisten.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran yang menjunjung satu kertas yang dinamakan TUTORIAL.

Semua ini menjadikan kepala saya berserabut.Tatkala berserabut,langkah yang akan saya ambil tidak lain dan tidak bukan - buat bodoh.Saya tidak menghiraukan tutorial ini sedikit pun.buat kerjanya pula hanyalah jika benar2 bosan atau soalannya senang.saya memikirkan tutorial ini tidak membawa apa-apa makna kepada bangsa,negara,agama mahupun makcik kafe.sebab itu,saya tidak menghiraukannya.Silibus pembelajaran pula,saya ambil ringan-ringan sahaja.kerana sekali pandang,saya melihat pembelajarannya amat2 mudah.mudah sehingga melihatnya pun tidak saya ingin.hanya menyelak kertas,sudah faham dan saya akan tidur.

Lama kelamaan,saya menyedari saya sudah diambang kegawatan.banyak kuiz saya kelam kabut.tidak pernah saya merasa jatuh seperti ini.Setelah melakukan "post-mortem" barulah saya sedari yang menjadi penyakit kepada permasalahan saya adalah sesuatu yang bernama "persepi".PERSEPSI tidak mengambil berat kepada tutorial telah merugikan saya,walhal itulah yang akan keluar pada peperiksaan akhir semester nanti.PERSEPSI melihat pembelajaran di asasi amat mudah lah yang menjadikan saya tidak belajar dengan lebih serius,walhal di asasi memerlukan lebih komitmen.PERSEPSI bahawa kehidupan di Asasi perlu ketat seperti di sekolah dahulu telah menjadikan pemikiran saya terikat akan jadual waktu yang merugikan,walhal di Asasi saya sudah bebas mencorakkan hidup saya.persepsi2 buruk ini lah yang secara senyap,mengawal saya dan menjatuhkan saya secara senyap.

Duduk bersendiri,saya memikirkan kebenaran yang di perkatakan oelh akak Amiratul itu.Hidup sememangnya tentang persepsi.persepsi adalah penting dalam hidup kita.jika kita menganggap sesuatu itu mudah,ia akan menjadi mudah.jika kita memikirkan perkara itu adalah buruk,ia pasti akan menjadi teruk.itu juga akan berlaku jika kita mempunyai persepi teruk,hodoh,cantik,cun atau sebagainya.

Kepada akak amiratul,terima kasih kerana mengingatkan saya akan perkara ini.Sesungguhnya peringatan daripada yang lebih tua itu lebih baik dan mujarab;atas dasar pengalaman.

secara kesimpulannya,jaga-jaga dengan persepsi anda.think twice.

anda boleh mengikuti blog akak Amiratul Nadiah di http://aireensamirah.wordpress.com/

Konvoi Raya Budak Pedas!

sesat?maybe.sbb aku naik keta!





izzat,ecak(zahid) n faiz




naik moto pon bole amik pics?dahsyat2





moto dak2 ni




moto n of coz,keta kancil ku! :)




dekat umah apak,sendayan



pali,goyang(fadhzuan),faiz n arip sopiyan




our last pics dat r so memorable...
hei,jgn terkejut aku xde!aku la yang amik pics ni!


well,this is the owner of this pics!! faiz,kolej mara kuala nerang



ni adalah umah2 yang kitorang pegi:

1.arip leman
2.paan
3.naquib
4.apak
5.umah sedare kojek
6.durah


malam tu n esoknye diorang g gak beraye,tp aku x ikut pon huhuhu

kepada sape2 yang ade pics raye konvoi ni,bgtaw taw!!aku nk upload jgk!!huhu

kepada waliff yang berada di Jordan...i wish u r here... :(

Wanita dan Nilai Tudung



Sebenarnya sudah lama ingin mengutarakan isu ini,tapi tidak bersemangat pula.tetapi disebabkan sebentar sahaja tadi rakan rakib telah memberitakan sesuatu,terdapat juga sedikit rangsangan,alhamdulillah.

Niat di hati bukan untuk tunjuk bagus atau menanam rasa benci terhadap rakan2.tetapi ada sedikit yang ingin diluahkan-mungkin untuk menegur kepada segelintir rakan2 perempuan.memang bukan untuk menimbulkan persepsi seksis atau penghentaman mengikut jantina.sememangnya lumrah sosial dalam kalangan pelajar sekolah agama-pelajar lelaki pasti menegur kesilapan kesilapan perempuan,atau dalam bahasa sekolah agamanya -muslimin dan muslimat.saya menegur rakan2 perempuan atas dasar "kesedaran sesama muslim" dan ingi. ditekan kan disini bahawa saya bukan seorang yang alim-hafal pelbagai2 surah dan memakai kopiah sepanjang masa.tetapi atas dasar kesedaran insan biasa,yang juga muslimin biasa,sedikit perkara perlu kita kongsi bersama agar tidak berlaku kesilapan yang akan datang.

Hendak dijadikan cerita-saya add seorang pelajar perempuan yang sama belajar dengan saya di asasi sains um ini.di gambar utamanya-atau dipanggil profile picture - diletakkan gambar dia tidak bertudung - free hair.sudah tentu persepi saya pada awalnya bahawa memang lumrah dia tidak bertudung,maka sudah tentu hari2 biasa di UM ini dia tidak bertudung.Saya hanya mengenal mukanya di profile picture sahaja,maka kadang kala,saya berharap saya dapat berjumpa dengannya di UM ini.

Tetapi amat menghairankan-saya tidak tersempak,atau melihat sedikit pun kelibat dia di UM ini.saya cuba menyelak setiap ceruk,bahagian atau mana2 sahaja di UM ini;tetapi perempuan itu tidak pula saya jumpa.saya menjadi sangat hairan.maka,dengan langkah yang lebih efektif,saya membuka gambar2 dia di profile.dengan ini,insyallah saya akan dapat cam mukanya dengan lebih baik.setelah di belek2 album gambar dia baru lah saya sedar,bahawa sebenarnya dia tidak free hair di UM.dia memakai tudung seperti perempuan2 biasa.

Jika anda tidak memahami apa yang saya ingin katakan,mari saya jelaskan.Sebenarnya,saya amat bersedih dengan beberapa kenalan perempuan saya;di mana pada waktu biasa dia memakai tudung,tetapi amat "pelik" kerana di internet - atau dengan tepat di facebook.myspace dan segalanya - diletakkan gambar mereka tidak bertudung.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini adalah - apa gunanya bertudung,jika di internet anda meletakkan gambar anda tidak bertudung??saya tidak menafikan perempuan untuk mengambil gambar mereka tidak bertudung,tetapi amat saya nafikan jika gambar itu secara dengan sengaja diletakkan di internet.seperti yang umum mengetahui,internet dapat dicapai oleh semua.jika anda meletakkan gambar di facebook anda,sudah pasti saya dapat melihatnya.bermaksud,jika anda meletakkan gambar anda tidak bertudung di dalam facebook,bermakna tiada bezanya dengan hari2 biasa anda tidak memakai tudung!



Baru petang tadi,rakan saya menceritakan perihal seorang perempuan yang saya kenal (yang sama kuliah dengan saya) mempunyai gambarnya tidak bertudung di dalam facebook beliau.terdapat sedikit terkilan di hati kerana sebagai rakan yang kenal akan diri perempuan tersebut,mengetahui bahawa dia juga melakukan kesilapan yang sama.

Tidak perlu untuk di ulas panjang lebar isu ini.apa yang saya harapkan,agar rakan2 sekalian dapat mengambil positif daripada apa yang ingin saya perkatakan.tulisan saya ini mungkin mengguris sedikit perasaan rakan2 yang baik dengan saya,tetapi atas prinsip kesedaran,saya harap rakan2 dapat berfikiran positif terhadap perkara ini.

Ariff Sulaiman

15Malaysia



hari ni aku nk perkenalkan satu laman web yang amat bermanfaat untuk dikongsi bersama.

nak tengok nik aziz dan khairy jamaluddin berlakon?lawat lah ke laman web 15malaysia ini.15malaysia adalah satu projek 15 filem pendek yang dikarang oleh penerbit dan pengarah tempatan.filem2 pendek ini menceritakan senario politik dan sosial rakyat malaysia.

yang menarik mengenai filem2 pendek2 ini adalah:dia membuatkan kita berfikir dua kali mengenai perkara tersebut.cerita2 didalam ini sungguh pendek;maka jalan ceritanya akan disingkatkan dan terletak kepada para penonton untuk memahami MAKSUD YANG TERSIRAT.secara jujur,pada mulanya saya menonton cerita2 ini,saya juga tidak memahami mesej yang cuba dibawakan.tetapi,setelah menonton beberapa kali dan membaca komen yang dihantar oleh penonton di bawah,maka saya serba sedikit dapat memahami mesej yang ingin disampaikan.maka,and semua juga perlu menontonnya!

penghasilan karya dapat meluahkan segalanya.semangat demokrasi dan keluahan segala isi hati dalam filem2 pendek ini dapat dihayati malah dirasai oleh semua lapisan masyarakat.rakyat malaysia berlatar belakangkan pelbagai sikap dan masalah,maka amat sesuai untuk dipertontonkan.




sebenarnya,kesemua 15 filem pendek ini tidak dikeluarkan secara menerus.maksud saya,pada hari saya menulis post ini,hanya beberapa filem sudah ditayangkan.filem2 lain bakal menyusul pada tarikh yg ditetapkan.

akhir kata,saya mengajak anda dan rakan2 anda untuk mmembuka laman web ini dan menonton filem2 tersebut.Nik Aziz,Zaid Ibrahim,Khairy Jamaluddin,Namewee dan Yasmin Ahmad juga terdapat dalam filem ini!



http://www.15malaysia.com

Hala Tuju Mencari Identiti

semasa aku menulis post ni,aku baru je lepas exam mid.lambat kn?nak buat macam mane.aku suke jugak lambat2 ni!x de la pening sangat kn.

sepanjang menempuhi exam mid sem,aku sering merasakan aku hendak meluahkan segala apa yang aku ingin luahkan.pada suatu hari,aku membuka internet dan terjumpa seorang kawan lama.dia menyuruh aku membaca blog dia.dalam blog dia,dia menulis pelbagai coretan,luahan isi hati dan puisi2 spontan dari hatinya.nahh!!!inilah yang aku inginkan!

aku rasa blog adalah tempat untuk meluahkan segalanya.blog adalah tempat dimana puisi2 dan karya dalam hati ini perlu diluahkan.blog aku ni pun lawa jika hendak dijadikan tatapan semua.tidakkah begitu?

dan hala tuju blog ini yang bernama Mencari Identiti ini akan meliputi kehidupan seorang lelaki dalam menempuhi dunia yang tidak dapat diluahkan olehnya secara lisan.hanya internet dan taip2 sahaja akan menjadi temannya sepanjang perjuangan ini.Mencari Identiti akan menjadi satu coretan membuka Penjara Minda,agar tiada batasan dalam menempuhi realiti dunia ini.

fatamorgana dunia kabus segalanya,
aku tempuhi tanpa perasaan
dengan komuniti bayangan ini
aku melepasi semuanya
meluahkan segalanya

agar pencarian identiti yang hilang
dapat dipertemukan



~MenCari_IdenTiTi~


p/s:thnx to zuhdi johan kerana telah membuat banner diatas:so sweet!


--------------------------------------------------------------------------------


topik2 yang bakal dibincang:

1.kisah cinta sebenar
2.dunia hiburan malaysia
3.dunia politik malaysia
4.lagu2 hangat
5.dan of coz,hidup aku!

Happy Birthday to Saajidah Ridhaani




jeed-aku knal die dlm internet jer.mase awal2 umah aku pasang internet,aku slalu bukak frenster ah.dan aku jumpe dak ex pedas yg berpindah ke kisas:aisyah nazirah.pastu,aku pon nk la knal gurlz kisas kn.pastu jeed pon jd la mangse aku keh3 xde ah.

mase awal2 dulu,aku saje nk kaco die.tp aku ni an mcm bgs.die pon mcm bgs...so,mase awal2 chat dulu aku cakap kasar je dengan die.die pon same jgk.pastu ntah mcm mane aku leh lak baik2 dengan die.sengal an?actually aku dengan die banyak kongsi cite.ape2 hal yg aku x cite kat dak2 skola aku,aku cite kat die la.kalo aku rase tensen pon aku cite kat die.dis is b'coz die slalunye je on9

mase cuti lps spm tu dulu kitorang semakin rapat coz die aktif berblog.aku pon knal syahirah azmi or name pendek die syera.syera pon sebenarnye kawan on9 ngan jeed ni.so,kitorang ade kitaran frenship : arip-syera-jeed. ape2 hal kitorang mesti berborak sesama sendiri.

mmg bez kwn ngan jeed ni.die sengal.thus,lawak die pon sengal jerr.jeed seorang anak tunggal dan x aktif bersukan.aku pon x taw ape yg die aktif.mengumpat kot.die pkai spek,n paling menarik psl die:senyum die.cbe ko tgk die senyum.rase sakit ati x?keh3 xde ah.manis je die senyum.slalu pkai tudung labuh.bgs2.so gurlz,contohi la die k.to boyz,she is taken.thus,jgn kaco die.aku yg hensem pon x kaco die.aku pon x knal pakwe die sape coz aku ni x ske msk hal peribadi ni haha baik aku ni an.

to jeed:nice to meet u.thnx sbb nk kwn ngan aku.aku mmg hargai on9 frenship kite.jgn putuskan bond frenship kite:arip-jeed-syera.jage diri baik2 kat uia nilai tu.ape2 hal,juz let me know.i'm juz in seremban n kuala lumpur.haha poyo jerr




poyo kan mke die kat dua2 pics ni?hik3

LAPORAN : TAJAAN MAINS KE MESIR DAN JORDAN

hadiah2 daripade aku




walip ngan is
walip di pintu ke seberang...
this pics is expensive!haha
bye2!jgn x balik sudah haha

ini adalah gambar2 yg aku amik mase kat KLIA nk anta kawan2 aku pegi oversea atau ddengan lebih tepat ke Mesir.actually,x sume pegi mesir.sebenarnye ade dua negare-mesir ngan jordan.tp diorang kene pegi ke mesir dulu utk wat persediaan blaja bahase arab.

aku pon sebenarnye decide nk pegi KLIA ni last minit coz pade awalnye aku rase mcm malas je nk pegi malam2.diorang flight pukul 4 tp kene check in pukul 12 la kan.tp disebabkan akak aku baik sgt nk anta aku pegi KLIA,ngan aku pon rase malas nk dok UM coz aku taw aku xkan wat ape2,so aku pon decide nk pegi KLIA
sblom pegi of coz la kan aku call dayah utk detailed pasal flight diorang ni.time call tu,dayah pon teringatkan kat aku psl souvenier.aku pon pelik coz mcm mane aku leh terlupe hal tu.so,aku cepat2 pegi ke kedai souvenier kat perdana siswa (5 minit jalan kaki ke sana).aku dah target nk beli keychain n whatsoever bnde yg simple utk dak2 ni.tp,aku terpikir utk wat sesuatu yang gempak,especially utk dayah as my good friend,sesuatu yg pasti wat die tercengang...hak3
lepas maghrib,aku terus naik bas dan komuter menuju ke ktm nilai coz akak aku dah tggu kat sane.

sampai kat sana,memang ramai orang kat sana.aku bole agak kat sane adelah group family2 dak2 yg nk g oversea ni.maybe sebab certain of the mke familiar or diorang ckp loghat hahaha.aku nk carik kwn2 aku mmg susah coz ramai sgt org.

aku x taw apesal mase tu,aku dpt suatu perasaan yg x pernah aku jangka.aku dapat rasakan satu perasaan risau.risau pergi ke tempat baru.risau berjauhan dengan keluarga.risau tiada tempat kebergantungan apabila memerlukan.jika aku yg tidak pergi ini dapat merasakannya,bagaimana pula dengan mereka?hm...

aku sempat anta diorang sampai diorang pegi

dan selepas tu,aku dah merasakan sesuatu...sesuatu perasaan yg menggambarkan aku sudah keseorangan,kerana teman seperjuangan aku telah pergi mengikut haluan barunya,dan meninggalkan haluan kami bersama sebelum ini...dan aku keseorangan lagi,semula...

---------------------------------------------------------


FAKTA-FAKTA


>pedas' public figure yg hadir pada malam tersebut:
1.ustz farizan dan ustz mohd shah
2.cikgu rosiah
3. akmal hakim
4.hakim adzman dan syamil adzman
5.shollehin
6.akhya

>ustz farizan dtg sbb bangge 1st time dak laki pedas ade yg pegi timur tengah
>haziq kama ngan haziq (rakus) datang pada last minit,btol2 sblom dak2 mains naik flight

July's Birthdays

Bulan Julai ni mmg banyak gile yang sambut bezday.aku pon terkilan la jgk coz ade certain dak aku x dpt wish on time.so,mcm biase,aku akan wish sume dak2 b'day die kat blog aku ni!huuhuhu

9 JULY 2009

Yusri Yusof



~kawan since 1st day aku kat smka pedas lagi.
~budak IT.tp die x nerd k.die seorang yg mcm aku n arip sopian.x nerd,tp pelik :P
~die dok kat smap labu jer.skrg blaja kat uitm segamat amik sains komputer
~slps spm ni pon aku slalu nek moto die jln2 satu seremban.die ni jenis yg x berkire la
~die merupakan salah seorang badar kat smka pedas dulu.nmpk x?die lg bole dipercayai daripade aku...
~gile game n software.die mmg jauh kehadapan bnde2 cmni

15 JULY 2009


Syukri Roslan




~member baik aku since f2 coz kitorang same klas taun tu.kitorang kongsi beberape minat mcm pop shuv it n bnde2 berkaitan style.yeah,dulu aku mcm tu.tp skrg x la haha
~die dak sendayan.kalo korang sume igt,ade 1 mase dulu org sendayan tibe2 dpt byk duit,n diorang sume puji2 die coz igtkn die dpt duit byk kn haha
~name panggilan : apak coz dulu ade senior name shukri n dipanggil apak.
~mke die dikatekan "mke x bersalah"

~skrg blaja kat matrik negeri sembilan,amik sains hayat.dari awal lagi die ckp die nk jd doktor.wow!salute ngan die coz die lagi brani nk amik medik daripade aku!

Hidayah Adzman



~f4 baru skola aku,smka pedas.sblom ni die skola kat sheikh ahmad,seremban
~pade mule die msk,die faymes coz die merupakan adik senior skola aku dulu,hakim adzman.
~aku mule kwn dgn die since f4.mase tu aku men hp ngan die coz ade bnde aku nk setel ngan die.at last,taw bnde tu hanye la salah faham hahaha klaka kn?
~mase nek f5,aku same klas ngan die.kitorang berkongsi sume nye,terutamanya pasal pelajaran.mmg bez la ade org same pemikiran n keperluan mcm aku ni
~dulu kitorang plan nk same2 je tmpt blaja.at last,x same pon.die skrg persediaan nk g jordan
~aku hampir lmbt wish bezday die coz igtkn 17 aribulan.sengal kn?haha

~ade sorg dak pasum mke n badan same besar cm die.bile tgk dak tu,teringat2 die...huhuhu

17 JULY 2009

Sufiyan Sazali



~aku mule knal sufiyan mase f1 la.tp plg rapat maybe f5 kot.kitorang gurau2 same
~aku,arip sopian n sufiyan mmg geng.paling kesian aku n arip sopian selalu kenekan die haha
~slps spm,aku slalu lepak dgn die g seremban.nek moto ngan die mmg nk wat jantung aku gugur
~die ni ramai awek...aku pon x taw la apesal....nk kate hensem,aku lg hensem.maybe die lagi berani nk ayat pompuan kot kalo nk dibandingkan dgn aku :p
~aku dulu penah wat jahat ngan die.tp die still maafkan aku n smpai skrg die still kwn ngan aku.bek die kn?aku malu gak ngan die...kalo aku jd die,xde aku nk maafkn de


26 JULY 2009

Farah Amirah

farah n her bf

~pertemuan kami hanyelah dalam tenet.pade mulenye,kami knal dlm frenster ah.die add ym aku dulu
~die n aku mcm adik beradik.aku panggil die adeq,n die panggil aku adik.sbb yg tu name panggilan kitorang dlm family
~korang pelik x kalo jmp org yg sume same dgn kite?ha....ini la bnde yg terjadi antare aku n farah ni.sume bnde same.maybe sbb minat n perangai kitorang same,so kitorang pon dpt la tawaran same2.aku dpt matrik pilah,die pon dpt same jgk.aku dpt pasum,die pon dpt pasum jgk.pelik kn?hahaha
~kitorang ske kongsi cite klaka

~kitorang jmpe pade hari 1st kitorang kat pasum lg.kitorang jmpe kat kafe,n aku rase agak terkejut bile jmpe.maybe sbb tggi die x seperti yg aku jangke haha tp kalo mke,aku mcm x terkejut la sbb aku dah cbe hafal mke die sbb tgk pics die kat ms/fs.
~seorang yang agak mnje.mmg ah kn name pon anak bongsu!
~baru je pkai braces taun lps
~takut guruh


Naquib Kamarulzaman



~aku pon x igt aku kwn ngan die since bile,tp yg pntg kitorang same klas mase f1 n same dorm mase f4
~paling aku igt adelah mase aku n die f5 la.aku slalu dtg dorm die yg terdapat isa skali.keje kitorang kat sane:memekak.kitorang ckp kuat2.gelak kuat2.dak2 junior dorm tu pon nek gile haha
~aku plg respek ngan die coz die ni rajin gile stdy.so,kadang2 bile tgk die stdy aku mmg rase semcm la
~anak sulung.die mmg merupakan abang yg aku bertanggungjawab.respek gile!
~die letak name die kat dlm frenster oggy.x taw apesal,yg pntg seswai la dgn die yg klaka
~sepanjang mase aku akan igt kerajinan die dlm stdy...die inspired aku utk trus struggle blaja.thnx naquib!
~dgr2,die skrg blaja kat smap labu amik stpm

well,walaupun b'day korang dah lame terlepas,tp aku nk ulang lagi HEPI BEZDAY!!SWEET 18th!!korang merupakan kawan aku yg plg baik skali.hope kite still kwn lg sampai bile2 n spread the love to the world...

------------------------------------------------------------------------------

dayah adzman will be fly to jordan next month.n i will tell u some story about her later;before she went to fly of coz

Sekian Lama

dah lame x on9 kn!

aku pon dah lame x mengarut dalam blog ni.paling last pon aku mengarut psl transformers wahhh bnde tu dah lame pon.skrg pon ramai memekak pasal harry potter.whatever it is,minggu ni dak2 uitm,matrik n um of coz cuti so aku rancang nk jmpe dak2 skola aku tgk cite harry potter same2.

skrg ni act aku cuti mid sem.aku blom exam mid sem lg.aku exam tu 1 ari bulan 9,so aku hepi jgk la wat lambat2 ha3.aku pon tgh mencari rentak kat pasum tu.well,setakat ni bole la kot.maybe aku kene ubah cara hidup aku.sblom ni aku jenis yg ske tangguh2 kerja,so lps ni kene ah ubah kn.

n skrg aku akan balik seremban dengan kawan bek aku:arif sopian daripade intec.kitorang nek bas same2 kat pasar seni.kat sane leh la kitorang borak berjam2.

bulan 7 ni pon ramai je sambut b'day.ramai sgt2.aku x taw la maybe parent diorang dah rancang ramai2 dulu(?).dalam mase terdekat ni aku akan cite b'day sape bulan 7 kat blog ni.aku pon akan cite pasal dak2 kelas aku:c1.

and i'll will upload "2 Untold Stories"

Ariff Sulaiman

Transformers VS Michael Jackson


atiq

minggu ni aku balik dgn 1 harapan:nk tgk transformers ngan atiq.atiq adelah kwn aku yg baru je aku knal.die same klas english ngan aku.mase cuti pnjg dulu,aku ngan die slalu kuar g jusco seremban 2.so mcm rindu ah mase2 dulu.aku pon ajak la die kuar g tgk cite wyg yg hot mase kini,transformers 2 revenge of the fallen...cite tu mmg bez.aku rase nk tgk 2 kali jer hahaha byk tol duit aku!!wargghhh aku kering la wehh!!elaun asasi msk sem 2 nnt!siot jerr!!




bnde 2nd lak aku nk cite psl kematian michael jackson.aku taw brite ni bile klas tutorial english aku...aku mcm agak terkejut la bile dgr.cite plg last psl jacko ni adelah dikatekn die akan membuat persembahan mase mlm final american idol 2009.well,its juz a rumour.n die x de pon.so aku pon cbe la refresh balik psl jacko ni.well,aku lahir taun 90an so aku membesar taun millenium la kn.mase ni jacko hanyelah public figure yg feymes.aku pon bknnye tertarik sgt ngan jacko ni coz aku rase vokal die x la bez mane.tp baru aku perasan:sape2 yang hidop zaman 80 n 90 an mmg merasa kehangatan jacko ni.ni wonder la die digelar king of pop.aku tgk2 balik video die kat youtube,die merupakan seorang yg pndai menari n lagu2 die mmg pop yg seswai ngan zaman die(yg mmg x seswai ngan zaman kite of coz)

lagu2 die yg faymes disisi aku adelah beat it,smooth criminal,black and white ngan heal the world.aku ske lagu beat it ngan smmoth criminal coz lagu ni die remake oleh band2 baru( sori aku lpe name band tu) aku ske lagu black and white plak coz adam lambert penah nyanyi lagu ni.lagu heal the world plak aku ske coz aku dgr lagu tu pasang coz hitz.fm psg lagu tu sempena tribute 4 jacko...

-------------------------------------------------------------------------------------

actually,mase transformers 1 kuar,aku igt lagi aku ngan dak2 pedas pegi term nk tgk cite ni.mase ni balik bermalam.utk memastikan aku dpt sampai term utk beli tiket,aku sanggup bwk baju outing bersame pegi smyg jumaat.(tp aku sampai lmbt jgk kat term huhuhu)...n mase tu kitorang tgk rmai2 mmg happening gile.yg agak tidak islamik adelah diesebabkan mase cite tu dah nk abis,waktu maghrib mmg btol2 nk habis huhuhu mmg gelabah sume..n aku bajet nk wat bnde same gak mase transformer2 ni...tp sume dah x de...hmmm

Hurm...

Hampir sebulan kat um ni….wargghhh baru la aku terasa something yg x kene kat idop aku ni.semenjak dua menjak ni aku teringatkan skola pedas jer…makanan,dak2 dorm,kelas,kelakar yg mcm bangang, dan rakan2 sebaye ku…

Kadang kala aku terasan menyesal jugak x amik matrik.sebabnye,aku taw pelajaran kat asasi um ni mmg susah.aku memang taw kat matrik blaja senang jer,sebab tu aku pade mulenye mmg beriye-riye nk msk matrik…keje tutorial aku mmg x penah nk siap.bukannya sebab aku malas,tp disebabkan aku x taw nk wat cmne!dak2 len dpt jwb ngan senang je soalan tutorial,tp aku lak satu bnde pon x taw nk jwb ape…sedih2 huhuhu
Aku jelez jgk tgk ramai dak2 kat sini asyik berkepit ngan schoolmate diorang,padehal aku kt um ni sorg2 jer….

Aku btol2 rindukan pedas ngan kwn2 kat sane ngan rase menyesal msk um ni.kalo aku msk matrik msti aku x sunyi coz ramai je kwn2 aku kat sane.hmmm

Ape2 pon,aku dah pilih utk blaja kat um.nk x nk,aku kene pakse sukekn um ni.maybe permulaan mmg aku x ske,lame2 insyallah ske…doakan la aku x sunyi kat sini lagi….

hurm...

I Applied My Pedas' Schedule At UM

minggu yang ketiga di pasum.ade beberapa perkara yang aku ingin kongsi kepada anda kalian!

"i applied my pedas' daily schedule at um" inilah status di ym/ms/fb aku.ok,i explian to u my dear.sebelum aku habis sekolah lagi,aku x merasakan kebebasanmerupakan bnde yang aku kejar.ramai budak2 teringinkan kebebasan apabila keluar daripada alam skola kelak.tp,bg aku yang penting adalah belajar dan belajar.hidup di u mmg bebas;maka apa2 sahaja jadual seharian anda tidak akan dihiraukan oleh mana2 parti politik mahupun sisters in islam(juz melawak,ok!)

jadual aku di um sama sahaja di pedas dahulu.ini bukannya diatur oleh pihak um,tetapi atas kehendak sendiri.aku mungkin bole main bola sampai isya'(tp dak2 pedas taw bnde ini amat mustahil!)ataupun x belajar langsung mase waktu petang n mlm,tp aku decide utk ikut waktu prep mase kat pedas dulu.mean,mlm2 pkl 9 mm aku konfem g blaja.lepas jumaat pon aku akan pegi blaja dalam pkl 3 sampai pkl 5.aku pon akan konfemkan diri aku berada kat musolla sblom maghrib,sampai abis isya'.

memang pelik dan janggal nk buat bnde2 ni.lagi pelik sebab aku sorang je yang apply bnde2 ni.mase aku tggu maghrib nk msuk(mean kat surau) aku sorang2 je weh...mmg pelik la.tp nk wat cmner,aku sndri x taw nk wat ape kat bilik...so sementara nk tgu2 tu,aku bace la quran kn.at least aku still lg isi mase aku dgn allah...

nk on9 kat sini mmg susah.skrg pon aku on9 gne laptop kwn.so,mcm mls la nk on9 byk2 kali kn.mcm segan je la kan.so,dalam seminggu aku akan cbe update sekali la kn...kalo x,blog ni akan xde pape la kan isi nyer...

-------------------------------------------------------------------------------------


ni cite len lak aku ni cite.mase sabtu lepas,dak2 forum 91 wat gathering.sume knal antare satu same len,except aku la kan coz aku ni x aktif forum tu.so aku ni kire cm penyibok la hak3.actually aku join pon coz aku nk jmpe areefah since die msk uia pj huhuhu







n cite paling bez:i met alya!at last!!hak3...act,i juz knew about her in this on9 world,thus met with her in this real world will be a big event to my life.she was very surprised when met me!i lost contact with her bcoz she lost her handphone.she will fly to egypt this september.well,it is very relief before she gone there for 6 years!huhuhu

Laporan utk 2 Minggu!

 
minggu orientasi hari pendaftaran adalah isnin.yg kelakarnye,aku pack barang2 pagi tu jgk.sengal kn?so perasaan kat dlm hati ni mcm gelisah je la.mane la taw ade barang2 yg tertinggal.hati aku pon gelisah nk g tmpt baru ni.nasib bek aku dpt roomate yang baik,Shahir daripade pahang n ex SASER.dak sebelah aku pon baik jgk Khizan ngan Idhwan.tp aku plg rapat ngan khizan la.

taun ni pendaftaran mmg ramai lbh kurang 1300+ kali nk dibandingkan taun2 sblom ni 700+.ni la 1st time aku merasa hidup kene beratur n bersabar coz org ramai kan.orientasi die skema ckit la coz kitorang nk kene sampai tempat tepat pade masenye n kitorang x dibenarkan men hp waaaa

pasal study lak,2 minggu pertama ni kitorang ade kuliah jer.mase minggu 1st tu,kitorang ade kene wat ujian english utk stream klas tutorial.so,klas tutorial ni start minggu ke3 la mksdnye.n cni ramai je dak sbp,n dak smka cm ckit jer.aku rase diorang biased kot pilih dak2 sbp...


tp aku nk cite klaka ni.yang paling klakar mase kuliah kn,bknnye psl aku x phm; tp sbnrnye aku x dpt tgkp ape lecturer ckp!(sbnrnye aku ade sound problem la weh!) especially mase calculus!cikgu pompuan tu aku x dpt tgkp ape die mencarut hahaha hope bnde ni ade cure la pade 1 mase nnt
 
3 hari aku balik actually,aku balik umah coz nk potong rambut n beli calculator jer.mungkin korang pelik apesal aku nk balik semate2 nk beli calculator.nk dijadikan cite,aku g round 1 midvalley tu carik calculator 570 blnnye x de,tp dah abis!kantoi orang k.l mkn kalkulator haha

ari sabtu mmg sibok.aku ngan kawan bek aku,yusri nek motor round 1 seremban.aku sbnrnye nk kuar coz beli calculator n gunting rambut la kn.tp,suarasa TV9 ade wat kat paroi,so kitorang nk pegi la kan.disebabkan kitorang dkt ngan paroi,so dpt la jmpe dak2 g oversea under MAINS.yg dpt aku jmpe : dayah,sakinah,zurin ngan zaiha.laki lak walip ngan shol.aku n yus mmg rayau la 1 seremban.kitorang g Giant
ngan terminal 1 skali haha

setakat ni je la aku dpt tulis.act,i'm in rush now.so,aku akan cube update la ckit2 dari semasa ke semasa.kat bawah ni ade ckit info utk dihebahkan.hope aku ade ckit kat um nnt utk update blog ni,insyallah...

-----------------------------------------------------------------

areefah msg aku n bgtaw die dpt uia.bile aku dgr jer,aku mmg rase bersyukur gile coz die mmg nk sgt msk uia.walaupun bkn kos pilihan die,tp aku rase die leh minx tukar kos nnt,insyallah...tp bile die bgtaw psl die dpt uia,mmg btol2 aku rase bersyukur...kwn2 aku yg len pon ramai jgk yg dpt upu 2nd intake ni


dak2 mains ckit je sbnrnye.dan ramai je dak pedas kat sane haha (kot) tp bg aku,at least ade la satu tmpt yg ramai dak pedas kan n aku mcm bangge la ckit haha...n aku hepi dpt jmpe dayah n kinah kejap.tp cm x puas ati la coz sekejap jerrr hahaha sengal2

Kata Terakhir Sebelum Ke Kuala Lumpur



kepada rakan2 yang aku sayangi.

mase aku tulis post ni,aku baru je kemas sume barang2 nk msk um.mase ptg td,aku pegi ke bandar seremban untuk beli barang2 nk msk blaja ni.ini mengingatkan aku mase minggu 1st kite habis spm;aku naik moto ngan yus n round 1 bandar seremban.n lps tu lawat arwah hanina kat hospital...n yg tu minggu 1st kite habis spm.

dan skrg,waktu cuti dah tamat.era baru,baru sahaja bermula.untuk pengetahuan semua,aku mcm xde feeling je nk msk um ni.ini mungkin disebabkan sblom ni aku letop nk msk matrik.ape2 pon,sepanjang cuti ni mcm2 aku wat.aku cube igt balik,tp sikit2 je timbul.yg aku igt : aku amik lesen keta n aku memandu secare berbahaya,aku msk klas english kat ptpl ngan g kem kat gunung dato',aku g kisas ngan hamizi,beli guitar hero,g interview jpa,men transformers,kuar g jusco ngan atiq n mcm2 la

sbnrnye aku byk nk cite since ni last post aku sblom msk blaja.tp,disebabkan barang2 lom siap lg n aku nk tido awal,aku juz dpt sampaikan amanat kepada rakan2 ku.

kepada dak2 on9 : kalo sape2 ade blog,korang akan perasan aku baru je follow blog korg.ini x bermaksud aku x bace post2 terbaru korg sblom ni.sbnrnye aku ikut update korg melalui RSS Feed (aku akan cite 1 hari nnt psl bnde ni).

kepada dak2 pedas : thnx coz menjadi rakan2 ku.thnx jgk sape2 yg slaloo kuar ngan aku g seremban tgk wyg especially ribie,wafiy ngan piyan.n yusri,thnx coz selalu tumpang moto.kite akan jd rider sampai bile2 k!n aku hope korg still lg cek group batch kite kat friendster tu

kepada dak2 ptpl : korg bagaikan family kecil ku.aku x kn melupakan semua gelak tawa kita bersama.thnx coz menerima diri aku yg x seberapa ni.n thnx coz menjadi aku sempurna

kepada dak2 yg x berjaye spm n x dpt mane2 : aku hope korg bersabo dan tidak mengalah.dalam dunia ini hanya golongan yg hebat sahaja akan menang,maka jadikanlah diri anda hebat.berusahalah untuk menjadi hebat.berhentilah menjadi melayu yang pemalas.

aku sbnrnye nk spesifik name2 kat sini,tp mase mencemburui aku.so,aku bole letak secare general je k.len kali,insyallah,aku akan tepatkan target aku tu.

kepada rakan2 yg ada no hp aku,hope still contct aku kalo ade ape2 brite.



dari pedas ke kuala lumpur
,

Ariff Sulaiman





lagu ini utk korg.... (adam lambert nyanyi mase ari graduation high school die mase 2000) hayati la ek lagu ni


My Ultimatum:UM


hidup ini mmg byk pilihan yg boleh kita pilih.

seperti yg ramai mengetahui,pade awalnye mmg aku bersemangat nk mampos msk matrik.walaupun ramai yang ckp aku ni sewel sbb nk amik matrik,tp aku tetap pekakkan telinga gak.sbb nye,aku sbnrnye dah dgr byk kebaikan psl matrik ni dari seorang senior aku.senior aku tu cite la sume psl kebaikan matrik ni.sbb tu aku bersemangat nk msk matrik.lagipun,aku cam x konfiden pon leh dpt um tu,,,

pastu,bile result upu kuar,iman aku pon tercabar...ceh ceh ceh...aku dpt UM asasi sains fizikal.aku pade mulenye mmg rase nk tolak la kan...tp,slps tgk ramai apply tp x dpt,aku rase cm bangge la dpt UM tu...pastu lak,yg dpt UM dak2 pndai jer...so rase bangge lagi skali la hhahaha

pastu,aku pon ltk la discussion kat page group 91 ngan exSPM kat friendster tu.aku tanye la pendapat sume org antara UM ngan Matrik.sume support g UM!wargghh mmg geram gile aku!aku rase senior aku je yg suruh aku msk matrik haha

slps tu,aku mmg blank jalan mane yg aku pilih.abang aku ngan kawan baik aku,yusri ckp yang walau mane 1 aku amik,aku x silap...coz dua2 kos same!so aku x hilang ape2 la kalo aku amik mane 1 kn.dan aku teringat mase aku f4 dulu...selepas beberapa minggu start f4,ramai dpt SBP n sume dlm dilemma same ade nk kuar skola or x.dan cikgu biology aku,cikgu neida ckp "kalo takut nk memilih,apesal x yah apply je dulu??" dan terngiang2 sampai skrg.btol jugak ape yg cikgu bio aku tu ckp.aku sepatutnya x yah minx matrik ngan upu serentak.aku patut minx salah satu je,so aku xde la pening2.

walaupun aku seorang ahli intelektual dan pemikir ulung (cewah2) aku kadang kala tersepit dengan pilihan yang mengelirukan.dan akhirnya,aku telah membuat keputusan untuk amik je UM.mane x nye,dah uni bgs,amik je la kn?kalo x dpt UM,msti aku dah mencarut2...bile dah dpt,nk tolak lak...x ke sengal tu?hish3

tatkala perkara ini terjadi,membuatkan aku berfikir : apakah matlamat aku dalam
hidup ini?

-------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
 
23 Mei 2009

Selepas bermingu-minggu berdiskusi dan bertukar pendapat bersama beberapa tokoh,maka saya dengan ini memutuskan untuk memilih UM(Universiti Malaya) untuk melanjutkan pelajaran saya selepas ini.

Saranan daripada semua pucuk pimpinan,exco dan majlis tertinggi telah mengesyorkan untuk saya mengambil pilihan yang amat bersesuaian dan bermanfaat untuk masa hadapan.Walaupun semua pihak mengetahui bahawa saya telah mencanang untuk menyambung pelajaran di Matrikulasi KPM,tetapi setelah dipertimbangkan semua aspek,amat merugikan jika saya melepaskan peluang yang tidak tercapai oleh orang kebanyakan ini.

Saya akan mendaftar pada 25 Mei 2009 dan mengikuti program Asasi Sains Fizikal.Kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yang telah memberi semangat sama ada secara langsung mahupun tidak.Sesungguhnya,komitmen yang telah anda berikan amat bernilai dan saya amat menghargainya.

Rintangan yang bakal saya hadapi ini tidak dapat saya jangkakan sama sekali.Walau apa pun,dengan semangat kental pejuang bangsa saya tidak akan lupa pepatah yang menyebut:"Membujur Lalu Melintang Patah,Lawan Tetap Lawan!".


Ariff Sulaiman
 

Adam Lambert : The Icon!

dan tirai american idol baru sahaja dilabuhkan.



penantian sejak kira-kira awal bulan januari sudah berakhir.saya masih ingat lagi bagaimana perasaan menonton american idol pada masa itu.secara jujur,saya tidak mengikuti american idol secara jelas kerana tersangkut dengan masa yang amat mencemburui saya.dan mata saya juga rambang;kerana terdapat pelbagai jenis anak muda yang ingin mencuba nasib.saya menjadi keliru untuk memilih mana satu.maka,saya hanya mengikuti begitu2 sahaja...

yang menjadi tarikan saya adalah ketika pusingan selepas ujibakat (dimana peserta yang sudah menjalani sesi ujibakat).saya tertarik kepada seorang laki yang unik rambutnya;mempunyai suara yg "lain".tetapi saya hanya tidak mengendahkannya selepas itu buat sementara.




dan selepas itu saya mengikuti perkembangan American Idol Top 12.saya perasan sesuatu:lelaki itu,yang mendapat tarikan saya mendapat tempat di Top 12.Persembahan yang pertama yang saya saksikan adalah lagu "Ring Of Fire".dia membawa lagu ini dengan gaya yang saya amat kagum dengan dirinya.percayalah,setiap minggu,saya tidak sabar-sabar untuk melihat persembahan dia untuk minggu hadapan!setiap persembahan dia,pasti tidak mengecawakan!

lelaki itu bernama adam lambert.

saya amat menyukai dirinya kerana dia lengkap dengan semua pakej yang ada.amat sukar untuk mencari pembandingnya,mungkin kerana dia mempunyai pengalaman menyanyi yang sudah lama.




kekalahan dia dalam american idol tidak sedikit pun memeranjatkan saya.ini kerana,musim2 sebelum ini telah memperlihatkan beberapa kejutana yang tidak dapat diterima dan adil.tetapi,ini semua terletak kepada rezeki masing-masing.percayalah:walau adam lambert kalah,tetapai masa depannya dalam industri muzik ini semestinya terbuka terlampau luas untuk dirinya...

-------------------------------------------------------------------------------------

sedikit fakta mengenai adam lambert:

1.merupakan pelakon teater muzikal.sebab itu juri sering mengkritik nyanyiannya adalah "theatrical"
2.tinggi,tough dan hensem merupakan kombinasi yang amat unik dan adam lambert mempunyai pakej tersebut!
3.tidak mempunyai suara yang amat merdu,tetapi cukup untuk menusuk kalbu kerana nyanyiannya diselitkan dengan emosi
4.mencipta kontroversi kerana tersebar di internet gambar-gambarnya yg berkelakuan tidak senonoh.(apa salahnya??dia bukannya islam pun!hahaha)
5.pernah menjadi peserta bottom 3.maka,saya tidak hairan jika dia tidak termasuk ke final.
6.simon cowell melakukan standing ovation selepas dia menyanyikan lagu "mad world" (sesuatu yang amat ajaib!)
7.anda boleh menonton/mendengar adam lambert di youtube dengan search "adam lambert"

dan saya akan menyokong adam lambert sebagai penyanyi yang amat hebat sampai bila2.

diharapkan american idol tahun hadapan bakal menonjolkan seorang penyanyi yang bakal bersaing dengan adam lambert!




Ariff Sulaiman

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers