Sebuah Kisah Inspirasi

Aku ingin menceritakan sebuah kisah mengenai diri aku yang ingin aku kongsikan kepada anda dan dunia. Cerita ini adalah cerita aku harap dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada anda untuk menjadi lebih baik di khalayak ramai.


Tatkala berada di hadapan untuk memberi ucapan, nervous sangat-kah anda? dari darjah 1 sampai 5, berapa tahap nervous anda itu?

Imej inilah yang membuatkan jantung kita gugur kan?


Aku baru pulang makan daripada kedai mamak. Dalam perjalanan pulang, radio kereta aku terpasang iklan hotfm yang mengajar para pendengar untuk tidak gemuruh. Aku tak ingat rangkap yang sebelumnya, tetapi aku paling ingat rangkap ini dalam iklan tersebut:


" pastikan anda tidak bernafas dengan laju kerana ia akan membuatkan anda lebih gemuruh"

Aku masih ingat lagi semasa aku di tingkatan 3. Di sekolah, aku merupakan pelajar di bawah radar. Bermaksud, aku bukanlah seorang yg diberi perhatian. Siapa aku, asal aku, minat aku, tidak pernah di ambil kisah. Berkemungkinan sebab aku tak handsome, mungkin. Kemuncaknya adalah semasa aku di tingkatan 3. Pertandingan public speaking dibuka kepada semua pelajar, dan pada masa itulah aku terfikir "aku patut mengambil peluang untuk mencuba sesuatu." Mungkin aku dapat belajar sesuatu. atau dengan lebih tepat lagi, aku dapat menarik perhatian umum kepada aku ( pencapub detected LOL) .


Dan pada hari pertandingan public speaking itu, aku gementar. gementar yang teramat sangat kerana ini lah kali pertama aku bercakap di depan orang ramai. Isi-isi untuk public speaking itu sudah tersedia. Aku masih ingat kertas itu berwarna kuning, di beri oleh guru english aku. Dan pada masa itulah aku mengerti diri aku yang sebenar. Tangan yang memegang kertas itu, mengigil-gigil tidak tertahan. Aku membaca kertas itu dengan tangan yang tidak berhenti bergetar. Kawan-kawan se batch aku semua tergelak dengan kuat. Aku masih ingat muka-muka yang tertawakan aku pada masa itu. Aku malu. Malu sebab aku terlampau gemuruh . Malu sebab guru-guru pasti ketawakan aku selepas ini dan dijadikan bahan jenaka di bilik guru untuk satu minggu. atau satu bulan.


Selepas kejadian itu, aku bernekad untuk menjadi public speaker yang baik. Bermula dengan aku meng-offer kan diri untuk memberi ceramah agama ( walaupun ilmu aku tidak banyak, tetapi aku tetap ingin menguji kemahiran public speaking aku ). Aku juga menyertai banyak pertandingan pengucapan - drama in english, debate in english, forum remaja, pidato dan pelbagai lagi (jangan risau, satu pun aku tak menang LOL). But anyway, you get my point right? aku memang bernekad untuk menjadi lebih baik. Sampai sekarang, aku masih tidak percaya yang aku dalam diri aku mempunyai azam yang tinggi untuk berubah, walaupun pada permulaan pertama amat memalukan.


Semasa di tingkatan 4, kemahiran pengucapan aku menjadi baik. Di tingkatan 5, menjadi lebih baik malah lebih berilmu. Tahun asasi pula aku mampu berucap di khalayak yang lebih ramai, lebih kurang 500+. Dan sekarang, tahun aku degree pula, aku mencapai tahap yang tak pernah aku sangka aku akan capai semasa aku di tingkatan 3. Aku sedikit pun tidak gentar untuk berucap di hadapan. Tidak ada keraguan mahupun kegigilan tangan yang aku alami. Tatkala di hadapan audience, aku tenang, tabah, dan yakin - 100% berbeza dengan aku yang dulu.


Steve Jobs mmg hebat buat presentation. Search di youtube utk lihat presentation beliau. i mean, mendiang.


Jadi, moral yang aku ingin sampaikan disini - jika anda menginginkan sesuatu, berazamlah. dan capailah impian itu bukan sahaja atas daya usaha, malah keterbukaan hati untuk berubah. Jika hati anda terbuka dan bertekad untuk berubah, pasti anda mencapainya.


Terima Kasih.



p/s : aku mendapat nombor tiga dalam pertandingan public speaking tu. dan aku budak yang ketawakan aku semasa pertandingan public speaking itu - dia juga menggigil di hadapan orang ramai, malah lebih teruk lagi. SO MUCH WIN! =)









Matlamat Hidup Ini


Aku nak bercerita mengenai impian.

semua orang ada impian kan? impian, keinginan, cita-cita, atau apa-apa sahaja yang boleh disenaraikan perkataan itu merujuk kepada kecenderungan seseorang dalam kehidupan. Setiap orang mempunyai impian yang berbeza-beza. Ini mungkin kerana latar belakang dan suasana yang dihadapi individu tersebut membentuk apa yang dinamakan impian tersebut.


.
Personally, aku pun terkeliru dengan matlamat hidup yang aku capai. walaupun sekarang aku berada di zaman universiti, di mana akan menentukan kerjaya seumur hidup aku, aku masih berada di awang-awangan. aku mengambil engineering, bidang yang menjanjikan kerjaya yang luas dan berpendapatan tinggi. tetapi hati aku berbisik - adakah ini bidang yang aku minat?

aku berminat untuk menjadi juruterbang. tetapi menjadi juruterbang bukanlah sesuatu yang sesenang yg di sangka. bukan semurah mengambil degree. sudahlah mahal, nak mendapat kerja lagilah tak terjamin. Baru- baru ni, aku pergi ke temuduga menjadi juruterbang. and the result is out, and as expected, I failed. Hatiku menjadi merudum dan remuk. Tetapi terlintas di fikiran aku - adakah ini kerjaya yang aku inginkan?

Aku menyedari - ada lagi impian yang aku ingin kecapi melebihi menjadi engineer ataupun juruterbang. aku ingin menjadi public figure. aku suka menjadi tumpuan. aku suka menjadi seorang yang dihormati. hidup ini hanya sekali, dan aku takkan menjadikan diri aku sia-sia mengenangkan impian yang aku tak dapat laksanakan.

aku bercadang untuk menjadi vlogger, setaraf anwarhadi dan matluthfi. inilah perkara yang aku ingin lakukan. inilah "bridge" yang menghubungkan sebelum aku menetap di atas sesuatu kerjaya yang kekal. insyallah, aku akan mengumpul segala idea-idea yang aku ingin kongsikan di dalam youtube, supaya perancangan ini menjadi sebaik mungkin, insyaallah.

MORAL: kejarlah impian anda. semasa anda tua nanti, anda tidak akan menyesali apa yang anda lakukan, tetapi menyesal tentang apa yang anda TIDAK lakukan.

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers