Kata Terakhir Sebelum Ke Kuala Lumpur



kepada rakan2 yang aku sayangi.

mase aku tulis post ni,aku baru je kemas sume barang2 nk msk um.mase ptg td,aku pegi ke bandar seremban untuk beli barang2 nk msk blaja ni.ini mengingatkan aku mase minggu 1st kite habis spm;aku naik moto ngan yus n round 1 bandar seremban.n lps tu lawat arwah hanina kat hospital...n yg tu minggu 1st kite habis spm.

dan skrg,waktu cuti dah tamat.era baru,baru sahaja bermula.untuk pengetahuan semua,aku mcm xde feeling je nk msk um ni.ini mungkin disebabkan sblom ni aku letop nk msk matrik.ape2 pon,sepanjang cuti ni mcm2 aku wat.aku cube igt balik,tp sikit2 je timbul.yg aku igt : aku amik lesen keta n aku memandu secare berbahaya,aku msk klas english kat ptpl ngan g kem kat gunung dato',aku g kisas ngan hamizi,beli guitar hero,g interview jpa,men transformers,kuar g jusco ngan atiq n mcm2 la

sbnrnye aku byk nk cite since ni last post aku sblom msk blaja.tp,disebabkan barang2 lom siap lg n aku nk tido awal,aku juz dpt sampaikan amanat kepada rakan2 ku.

kepada dak2 on9 : kalo sape2 ade blog,korang akan perasan aku baru je follow blog korg.ini x bermaksud aku x bace post2 terbaru korg sblom ni.sbnrnye aku ikut update korg melalui RSS Feed (aku akan cite 1 hari nnt psl bnde ni).

kepada dak2 pedas : thnx coz menjadi rakan2 ku.thnx jgk sape2 yg slaloo kuar ngan aku g seremban tgk wyg especially ribie,wafiy ngan piyan.n yusri,thnx coz selalu tumpang moto.kite akan jd rider sampai bile2 k!n aku hope korg still lg cek group batch kite kat friendster tu

kepada dak2 ptpl : korg bagaikan family kecil ku.aku x kn melupakan semua gelak tawa kita bersama.thnx coz menerima diri aku yg x seberapa ni.n thnx coz menjadi aku sempurna

kepada dak2 yg x berjaye spm n x dpt mane2 : aku hope korg bersabo dan tidak mengalah.dalam dunia ini hanya golongan yg hebat sahaja akan menang,maka jadikanlah diri anda hebat.berusahalah untuk menjadi hebat.berhentilah menjadi melayu yang pemalas.

aku sbnrnye nk spesifik name2 kat sini,tp mase mencemburui aku.so,aku bole letak secare general je k.len kali,insyallah,aku akan tepatkan target aku tu.

kepada rakan2 yg ada no hp aku,hope still contct aku kalo ade ape2 brite.



dari pedas ke kuala lumpur
,

Ariff Sulaiman





lagu ini utk korg.... (adam lambert nyanyi mase ari graduation high school die mase 2000) hayati la ek lagu ni


My Ultimatum:UM


hidup ini mmg byk pilihan yg boleh kita pilih.

seperti yg ramai mengetahui,pade awalnye mmg aku bersemangat nk mampos msk matrik.walaupun ramai yang ckp aku ni sewel sbb nk amik matrik,tp aku tetap pekakkan telinga gak.sbb nye,aku sbnrnye dah dgr byk kebaikan psl matrik ni dari seorang senior aku.senior aku tu cite la sume psl kebaikan matrik ni.sbb tu aku bersemangat nk msk matrik.lagipun,aku cam x konfiden pon leh dpt um tu,,,

pastu,bile result upu kuar,iman aku pon tercabar...ceh ceh ceh...aku dpt UM asasi sains fizikal.aku pade mulenye mmg rase nk tolak la kan...tp,slps tgk ramai apply tp x dpt,aku rase cm bangge la dpt UM tu...pastu lak,yg dpt UM dak2 pndai jer...so rase bangge lagi skali la hhahaha

pastu,aku pon ltk la discussion kat page group 91 ngan exSPM kat friendster tu.aku tanye la pendapat sume org antara UM ngan Matrik.sume support g UM!wargghh mmg geram gile aku!aku rase senior aku je yg suruh aku msk matrik haha

slps tu,aku mmg blank jalan mane yg aku pilih.abang aku ngan kawan baik aku,yusri ckp yang walau mane 1 aku amik,aku x silap...coz dua2 kos same!so aku x hilang ape2 la kalo aku amik mane 1 kn.dan aku teringat mase aku f4 dulu...selepas beberapa minggu start f4,ramai dpt SBP n sume dlm dilemma same ade nk kuar skola or x.dan cikgu biology aku,cikgu neida ckp "kalo takut nk memilih,apesal x yah apply je dulu??" dan terngiang2 sampai skrg.btol jugak ape yg cikgu bio aku tu ckp.aku sepatutnya x yah minx matrik ngan upu serentak.aku patut minx salah satu je,so aku xde la pening2.

walaupun aku seorang ahli intelektual dan pemikir ulung (cewah2) aku kadang kala tersepit dengan pilihan yang mengelirukan.dan akhirnya,aku telah membuat keputusan untuk amik je UM.mane x nye,dah uni bgs,amik je la kn?kalo x dpt UM,msti aku dah mencarut2...bile dah dpt,nk tolak lak...x ke sengal tu?hish3

tatkala perkara ini terjadi,membuatkan aku berfikir : apakah matlamat aku dalam
hidup ini?

-------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
 
23 Mei 2009

Selepas bermingu-minggu berdiskusi dan bertukar pendapat bersama beberapa tokoh,maka saya dengan ini memutuskan untuk memilih UM(Universiti Malaya) untuk melanjutkan pelajaran saya selepas ini.

Saranan daripada semua pucuk pimpinan,exco dan majlis tertinggi telah mengesyorkan untuk saya mengambil pilihan yang amat bersesuaian dan bermanfaat untuk masa hadapan.Walaupun semua pihak mengetahui bahawa saya telah mencanang untuk menyambung pelajaran di Matrikulasi KPM,tetapi setelah dipertimbangkan semua aspek,amat merugikan jika saya melepaskan peluang yang tidak tercapai oleh orang kebanyakan ini.

Saya akan mendaftar pada 25 Mei 2009 dan mengikuti program Asasi Sains Fizikal.Kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yang telah memberi semangat sama ada secara langsung mahupun tidak.Sesungguhnya,komitmen yang telah anda berikan amat bernilai dan saya amat menghargainya.

Rintangan yang bakal saya hadapi ini tidak dapat saya jangkakan sama sekali.Walau apa pun,dengan semangat kental pejuang bangsa saya tidak akan lupa pepatah yang menyebut:"Membujur Lalu Melintang Patah,Lawan Tetap Lawan!".


Ariff Sulaiman
 

Adam Lambert : The Icon!

dan tirai american idol baru sahaja dilabuhkan.



penantian sejak kira-kira awal bulan januari sudah berakhir.saya masih ingat lagi bagaimana perasaan menonton american idol pada masa itu.secara jujur,saya tidak mengikuti american idol secara jelas kerana tersangkut dengan masa yang amat mencemburui saya.dan mata saya juga rambang;kerana terdapat pelbagai jenis anak muda yang ingin mencuba nasib.saya menjadi keliru untuk memilih mana satu.maka,saya hanya mengikuti begitu2 sahaja...

yang menjadi tarikan saya adalah ketika pusingan selepas ujibakat (dimana peserta yang sudah menjalani sesi ujibakat).saya tertarik kepada seorang laki yang unik rambutnya;mempunyai suara yg "lain".tetapi saya hanya tidak mengendahkannya selepas itu buat sementara.




dan selepas itu saya mengikuti perkembangan American Idol Top 12.saya perasan sesuatu:lelaki itu,yang mendapat tarikan saya mendapat tempat di Top 12.Persembahan yang pertama yang saya saksikan adalah lagu "Ring Of Fire".dia membawa lagu ini dengan gaya yang saya amat kagum dengan dirinya.percayalah,setiap minggu,saya tidak sabar-sabar untuk melihat persembahan dia untuk minggu hadapan!setiap persembahan dia,pasti tidak mengecawakan!

lelaki itu bernama adam lambert.

saya amat menyukai dirinya kerana dia lengkap dengan semua pakej yang ada.amat sukar untuk mencari pembandingnya,mungkin kerana dia mempunyai pengalaman menyanyi yang sudah lama.




kekalahan dia dalam american idol tidak sedikit pun memeranjatkan saya.ini kerana,musim2 sebelum ini telah memperlihatkan beberapa kejutana yang tidak dapat diterima dan adil.tetapi,ini semua terletak kepada rezeki masing-masing.percayalah:walau adam lambert kalah,tetapai masa depannya dalam industri muzik ini semestinya terbuka terlampau luas untuk dirinya...

-------------------------------------------------------------------------------------

sedikit fakta mengenai adam lambert:

1.merupakan pelakon teater muzikal.sebab itu juri sering mengkritik nyanyiannya adalah "theatrical"
2.tinggi,tough dan hensem merupakan kombinasi yang amat unik dan adam lambert mempunyai pakej tersebut!
3.tidak mempunyai suara yang amat merdu,tetapi cukup untuk menusuk kalbu kerana nyanyiannya diselitkan dengan emosi
4.mencipta kontroversi kerana tersebar di internet gambar-gambarnya yg berkelakuan tidak senonoh.(apa salahnya??dia bukannya islam pun!hahaha)
5.pernah menjadi peserta bottom 3.maka,saya tidak hairan jika dia tidak termasuk ke final.
6.simon cowell melakukan standing ovation selepas dia menyanyikan lagu "mad world" (sesuatu yang amat ajaib!)
7.anda boleh menonton/mendengar adam lambert di youtube dengan search "adam lambert"

dan saya akan menyokong adam lambert sebagai penyanyi yang amat hebat sampai bila2.

diharapkan american idol tahun hadapan bakal menonjolkan seorang penyanyi yang bakal bersaing dengan adam lambert!




Ariff Sulaiman

My JPA Result


KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) 2009
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


Nombor MyKad tet-tenet-cret-pret-kret
Nama Penuh ARIP LEMAN
Kursus SAINS
Negara MALAYSIA
Status BERJAYA IPTS
Jawapan TERIMA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempertimbangkan dengan saksama permohonan saudara/saudari untuk mendapatkan Biasiswa Persekutuan bagi melanjutkan pengajian ke luar negara di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009. Berikutan bilangan tempat yang terhad berbanding bilangan calon cemerlang yang memohon, JPA tidak dapat menawarkan penajaan kepada saudara/saudari untuk pengajian ke luar negara.

Walaubagaimanapun JPA bersetuju untuk menawarkan biasiswa(?) kepada saudara/saudari untuk melanjutkan pengajian di peringkat Persediaan/Foundation(?) di bawah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang akan ditetapkan
oleh JPA.

Surat tawaran rasmi akan dihantar kepada saudara/saudari melalui pos setelah jabatan ini mendapat pengesahan penerimaan tawaran daripada saudara/saudari.






my respon:

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Sehari Bersama Cikgu Malik

Cikgu Malik berada di tengah dan memakai kopiah





aku pegi ke bangi utk melawat satu2 nye cikgu yg aku anggap mcm bapak aku(kesian btol ckgu2 kat skola aku an haha).actually,cikgu ni la yg jadi cikgu tusyen aku.aku mule join klas die mase akhir taun f4.aku knal die sbb die dtg skola aku utk ajar2 la kan.die ajar byk sbjk.die ni kire genius la coz terer dlm macam2 hal kan.cikgu malik mmg GILE.sape2 yg pernah dgr ceramah die,mmg akan faham mksd aku ni.cikgu2 lain pasti akan menggunakan perkataan atau bahasa yang bersopan santun.tetapi,tidak utk cikgu malik.XD

aku lawat die coz slps abis spm sampai skrg,aku blom penah lawat die.so,aku nk la lawat die and ucap trimas byk2 coz kasi aku ilmu kan.sepanjang seharian bersame die,kitorang byk2 la borak2.n paling beznye die cite la mcm2 kerenah manusia yg die penah jmpe.


die ade cite psl dak2 skola bese area bangi ni yg perangai teruk2.ade dak f4 kantoi beromen* kat dalam klas (kat bwh ade mksd beromen).ade lak die cite dak2 skola ramai je yg mengandung.ade plak cite ade sorang dak ni asyik2 muntah.cek2 kat doktor,baru taw dak tu dah mengandung.kan lps ni aku sambung blaja kat u,die cite la mcm2 psl dak u yg beromen ngan pensyarah.pastu die cite stiap mggu dak2 uia msti ade dak mengandung.

ade jgk cite kapel date2 kat tepi tasik n siap beromen2 lagi.ade jgk cite psl:seorang dak ni dulu presiden badar.yes,PRESIDEN.kat ipta,die la yg berkepit ngan makwe die.die la yg nek gedik2 nek moto ngan makwe die.g mane2 ngan awek die je la.ye,P.R.E.S.I.D.E.N B.A.D.A.R n aku dah eja utk korg.inilah pemimpin islam hadhari yg kite cari kah3


aku cite bnde2 ni sbnrnye aku nk ckp:aku sbnrnye takut nk smbg blaja kat u lps ni...bile dgr cite2 psl ni,aku takut la aku terikut2 bnde2 cmni kan...walaupun aku ni bukannya seorang yg alim mcm badar2 yg pernah wujud,tp aku still jgk jage maruah aku sbgai seorang pemimpin..ye la...x kan seorang pemimpin nk jadi org yg kuat kapel+so-sial+n ape2 je ah.aku nk la jage persepi n "first impression" org kat aku an.aku pon takut gak nk msk u...kadang2,aku rase aku patut amik matrik instead of ipta becoz hal so-sial ni.tp,bile aku pk2 balik,mmg hakikat la kn bnde2 ni..nk wat cmne lg dah...nnti2,aku kene gak hadapi bnde2 so-sial ni...

sehari ngan cikgu malik mmg bez.makan tgh hari die blanje aku hik3...die la cikgu yang paling aku sayang.tp,mungkin haluan kami berbeza...tetapi,agenda kami tetap sama:memartabatkan ilmu dan sahsiah manusia.

dan selepas ini,aku akan melangkah kedunia ipt yg sememangnya so-sial.tetapi aku ingin mengulanginya kembali:

aku mungkin bukan badar,bukan sheikh yg memakai serban atau mana2 ustaz yang melaung2 kan azan,membaca doa yg berapi-api atau sembahyang 30 juzuk sekali.tetapi,yg paling penting sekali :i'm not a prostitute.sebagai pemimpin aku ade imej yg perlu aku jage.aku sanggup kurung diri aku dalam bilik kat hostel nnti utk mengelak anasir2 yang akan wat aku rosak.amin....doalah kejayaan aku menempuh dugaan2 ini...

*beromen bermaksud bace buku

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers