dan tirai american idol baru sahaja dilabuhkan.
penantian sejak kira-kira awal bulan januari sudah berakhir.saya masih ingat lagi bagaimana perasaan menonton american idol pada masa itu.secara jujur,saya tidak mengikuti american idol secara jelas kerana tersangkut dengan masa yang amat mencemburui saya.dan mata saya juga rambang;kerana terdapat pelbagai jenis anak muda yang ingin mencuba nasib.saya menjadi keliru untuk memilih mana satu.maka,saya hanya mengikuti begitu2 sahaja...
yang menjadi tarikan saya adalah ketika pusingan selepas ujibakat (dimana peserta yang sudah menjalani sesi ujibakat).saya tertarik kepada seorang laki yang unik rambutnya;mempunyai suara yg "lain".tetapi saya hanya tidak mengendahkannya selepas itu buat sementara.
dan selepas itu saya mengikuti perkembangan American Idol Top 12.saya perasan sesuatu:lelaki itu,yang mendapat tarikan saya mendapat tempat di Top 12.Persembahan yang pertama yang saya saksikan adalah lagu "Ring Of Fire".dia membawa lagu ini dengan gaya yang saya amat kagum dengan dirinya.percayalah,setiap minggu,saya tidak sabar-sabar untuk melihat persembahan dia untuk minggu hadapan!setiap persembahan dia,pasti tidak mengecawakan!
lelaki itu bernama adam lambert.
saya amat menyukai dirinya kerana dia lengkap dengan semua pakej yang ada.amat sukar untuk mencari pembandingnya,mungkin kerana dia mempunyai pengalaman menyanyi yang sudah lama.
kekalahan dia dalam american idol tidak sedikit pun memeranjatkan saya.ini kerana,musim2 sebelum ini telah memperlihatkan beberapa kejutana yang tidak dapat diterima dan adil.tetapi,ini semua terletak kepada rezeki masing-masing.percayalah:walau adam lambert kalah,tetapai masa depannya dalam industri muzik ini semestinya terbuka terlampau luas untuk dirinya...
-------------------------------------------------------------------------------------
sedikit fakta mengenai adam lambert:
1.merupakan pelakon teater muzikal.sebab itu juri sering mengkritik nyanyiannya adalah "theatrical"
2.tinggi,tough dan hensem merupakan kombinasi yang amat unik dan adam lambert mempunyai pakej tersebut!
3.tidak mempunyai suara yang amat merdu,tetapi cukup untuk menusuk kalbu kerana nyanyiannya diselitkan dengan emosi
4.mencipta kontroversi kerana tersebar di internet gambar-gambarnya yg berkelakuan tidak senonoh.(apa salahnya??dia bukannya islam pun!hahaha)
5.pernah menjadi peserta bottom 3.maka,saya tidak hairan jika dia tidak termasuk ke final.
6.simon cowell melakukan standing ovation selepas dia menyanyikan lagu "mad world" (sesuatu yang amat ajaib!)
7.anda boleh menonton/mendengar adam lambert di youtube dengan search "adam lambert"
dan saya akan menyokong adam lambert sebagai penyanyi yang amat hebat sampai bila2.
diharapkan american idol tahun hadapan bakal menonjolkan seorang penyanyi yang bakal bersaing dengan adam lambert!
Ariff Sulaiman