Berada di Syurga

Study week untuk semester kali ini amat berlainan daripada tahun2 sebelum ini. aku merasa tertekan dengan silibus yg panjang berjela untuk aku tatap dalam tempoh seminggu sahaja. Bangun awal pagi, semangat untuk membuka ilmu memang wujud. Sampai tengah hari, kepala otak aku mula mempersoalkan tahap -kelaparan-perut ini. Sampai selepas zuhur, badan yang aku kawal ini hanya menginginkan terlelap di atas katil yang ber-cadar keras ini.

Aku merasa ingin melakukan sesuatu hari ini. Sesuatu yang boleh membuang stress aku yang menggunung. Stress yang akan aku lupakan pada esok hari. jadi aku mengambil keputusan untuk bermandi swimming pool. Aku mula memberi sms kepada 2 orang kawan baik aku, goyang dan monyet.

aku : Weh, danau jom petang ni!
*dan ini reply mereka*
Goyang: Jom2!! haha...
Monyet: Jom..

jawapan pendek yang amat menyayat hati. terlompat2 badan aku menerima reply yg membahagiakan ini. nasib baik jemputan aku diterima. kalau tak, menggila lah aku di dalam bilik keseorangan.

sesudah asar, aku mula menyiapkan barang2 mandi wajib aku. Dengan kecekalan seorang atlet,aku memandu kereta dan mengambil mereka di kolej masing-masing, aku bawa mereka ke danau, sebuah tempat bermain golf yang terdapatnya swimming pool. Sesudah sampai ke tempat tersebut, aku bersiap meletakkan barang2 di atas meja yg disediakan dan membayar 2 ringgit di kaunter.

dan aku berlari.
berlari sekuat hati bersama goyang dan monyet.
berlari seperti kanak-kanak riang yang baru tumbuh gigi.
berlari kepada kolam renang yang hanya beberapa meter di depan kami.
aku melompat ke dalam kolam yang berwarna biru itu...
SPLASSSHHHHHHHH

DAN PADA MASA ITULAH AKU BERADA DI SYURGA

Menerima kepelbagaian individu...

masa aku tulis entry ni, roomate aku baru je bukak 1 cerita...

Dia ada kawan sekolah ni. masa dulu, kawan dia ni, iaitu seorang pompuan, merupakan partner dia dalam kuiz agama. dijadikan cerita - kawan dia yang agak kuat agama ni - setelah 4 tahun keluar sekolah : sekarang free hair, dan pakai seluar ketat-ketat.

sebagai seorang bekas pelajar sekolah agama, aku ingin jujur dengan satu perkara. aku sebenarnya agak "keberatan" dan "segan" dengan memegang title tersebut. dengan title tersebut, banyak perkara yang aku limit. aku ingin salahkan masyarakat. masyarakat melayu memang mempunyai pemerhatian yang tajam kepada budak2 lepasan agama ini. kalau dilakukan perkara yang salah, pasti di hentam. kerana masyarakat menyangka bahawa pelajar sekolah agama ini dibekalkan ilmu agama yang meninggi ke langit, yang advance, yang tidak menyamai budak2 sekolah biasa yang lain.

Manusia berubah. aku juga berubah.dari masa ke masa, citarasa dan pandangan kita bertukar 180 darjah. kita tidak dapat meramal apa yang bakal kita hadapi. kita hidup dalam corak masyarakat yang di bina oleh budaya-budaya yang berlainan. aku, sebagai budak daripada sekolah agama, agak terkejut beruk semasa aku masuk ke universiti malaya di mana aku jumpa pelbagai "ragam" manusia. aku tidak dapat menerima apa yang di sodokkan di hadapan aku pada ketika itu. Lama kelamaan, aku menerima hakikat bahawa aku sendiri perlu menerima kepelbagaian di hadapan mata aku ini..

Saya berharap kepada yang membaca entry ini agar mengubah sikap anda.janganlah kita suka menyangka buruk kepada orang lain. dalam hidup aku, aku mmg x suka menyangka buruk kepada orang. kita perlu menghormati pendirian orang lain, dan meraikan kepelbagaian masyarakat di sekeliling kita. biarlah individu itu menjadi liar seteruk mana pun, kita tidak perlu nak menyibuk, selagi tidak mengancam keselamatan negara mahupun bajet kerajaan.

kadang kala aku melihat ke belakang, aku memikirkan....

aku agak menyesal tidak keluar daripada sekolah agama itu. kalau tak, aku takkan memikul beban yang aku tampung hari ini...





aku semasa di zaman sekolah dulu~

Jenis - Jenis Pasangan

p/s: ini adalah post setelah sekian lama menyepi. maaf kalau terdapat sedikit kejanggalan dalam penulisan :P.

"Relationship" seumpama suatu keperluan ataupun asas kepada remaja2 yang sebaya saya. Ramai yang sudah mempunyai pasangan masing2 berbeza latar belakang. Mari kita menelusuri setiap satu jenis pasangan yang wujud =

1. Pasangan Sama Kelas / Classmate

Pasangan ini berkenalan di dalam kelas yang sama. Jangan terkeliru - ini bukan sama sekolah atau sama universiti. saya kecilkan skop dia - sama kelas. kerana ia membawa maksud yang amat medalam. mendalam bermaksud pasangan yang kita kongsi perasaan cinta kita hanyalah berada selang beberapa meja di dalam kelas. itu sebelum bercinta. tetapi selepas bercinta, mungkin dia berada di sebelah kita. ataupun anda berdua mungkin sekarang tidak berada di dalam kelas - mungkin berada di panggung wayang dan berada di "couple seat" .

Berkenalan di dalam kelas amat mudah sekali kerana kebanyakan masa kita adalah bersama mereka. setiap masa boleh curi2 pandang. di sebabkan berada sama kelas, maka jika ada assignment boleh buat sama2. #alasancliche.

Jenis hubungan ini mungkin agak kalut kerana usikan oleh rakan2 kelas setiap hari. tetapi lebih memeritkan jika anda berpisah / clash. bagaimana selepas berpisah itu tatkala anda bertembung dengan dia - kebiasaanya setiap hari? :)


2. Pasangan Lebih Tua

Memang lumrah perempuan sukakan lelaki yang lebih tua dan bekerjaya. Budak perempuan itu hanyalah mahasiswa biasa di sebuah universiti, tetapi bf dia merupakan seorang junior engineer di sebuah syarikat yang terkemuka. tatkala berdating mereka memilih tempat2 dinner yang romantik - TGI Friday, Tony Roma dan sebagainya. Kenny Rogers dan Shushi King hanyalah kedai yang tiada standard - apatah lagi McD dan KFC. Tatakala bershopping baju pula hanya lelaki itu sahaja mengeluarkan dompet dan perempuan itu akan memilih baju yang amat cantik tanpa melihat tanda harga.

Bagaimana mereka berkenalan? Mungkin mereka satu taman / kampung. Mereka sudah berkenalan sejak dahulu lagi. Maka tidak ada sebab untuk perempuan itu memilih lelaki2 lain semasa tahun di universiti. Sebab lelaki universiti yang lain sama seperti dia - tidak boleh berbelanja sakan kerana duit poket hanyalah bersandarkan duit PTPTN.


3. Pasangan Cinta Muka Buku (?)

Ini adalah misteri yang saya sendiri tak dapat ungkapkan. saya ramai berkawan dgn pelbagai wanita di facebook - tapi seorang pun tidak melayan saya kahkahkah.
bagaimana perempuan itu boleh terpikat dengan lelaki tersebut? mungkin lelaki itu meletakkan DP gambar dia sedang berlatih di gym. Ataupun gambar dia sedang menjadi Imam solat maghrib di surau. atau gambar dia posing ala2 kpop - bajet comel latteww. Saya tidak tahu sebab saya tidak pernah mencuba salah satu daripadanya.

Anda yang mana satu? :)

Lawak yang biasa - membosankan!

musim realiti tv sudah suram sekarang. tetapi kehadiran cerita Maharaja Lawak di Astro Warna menghangatkan kembali dunia realiti tv yang ntah ape-ape. mongarut yo AF kat Astro Ria tu. tapi dekat sini tak nak lah hentam AF kan sebab itu boleh dibuat di post yg special HAHA. tapi dekat sini aku akan hentam/kritik 1 kumpulan yg aku x berminat dalam Mahraja Lawak.





I HATE JAMBU. haha. aku pon x paham kenapa ramai minat die. xpela kan minat orang lain-lain. xpe. aku sebenarnya x suke sbb bg aku - lawak diorg ni amatlah biasa/cliche/predictable.

Kehadiran Jozan,Nabil dan Sepah membawa nafas baru dalam dunia lawak melayu. mereka mempunyai identiti tersendiri yang lawak nya adalah sesuatu yang baru. amat berbeza dengan Jambu, lawak mereka amat biasa. tidak ada sesuatu yang baru. ianya adalah lawak-lawak yang digunakan untuk mentertawakan budak sekolah rendah hingusan. lawak-lawak yang sudah acap kali kita dengar mahupun lawak yang amat mudah dilakukan oleh mana-mana ahli PBB. haha. Tema "pink" di setiap mggu? itu memang kolot! the fact is - aku lagi suka Balas daripada Jambu

sememangnya tugas seorang anak seni membawa sesuatu perubahan mahupun nafas baru dalam dunia seni. walau bagaimana susah sekalipun,anak seni perlu mengolah dan mencari idea baru bagi menjadikan persaingan dalam dunia seni sesuatu yg segar. kerana kesudahannya, apa yg disampaikan akan menjadi hadaman kepada masyarakat negara ini kerana anak seni bertanggungjawab terhadap perkembangan pemikiran masyarakat.

wahhh ayat memang ayat SPM kan kan

Ariff's Thought

haha kelakar la aku bace tajuk post aku ni. tajuk ini mengikut cerita The Office dimana terdapat satu watak yg membuat blognya tersendiri yg bertajuk "Creed's Thought"


Blog merupakan media yang mudah untuk kita meluahkan segala pandangan kitew.

tapi kene la buat die lawa2 n interaktif kan..tp camne ek? haha

Dunia Lama ditinggalkan - dunia baru sudah masuk

dah lame x update blog kan?


ye lah zaman dah semakin maju. dulu ade friendster yang membosankan. sekarang dah ade facebook yang memudahkan kerja rakyat jelata sekalian meluahkan perasaan. bila dah ada, blog ditinggalkan begitu sahaja.

penulisan kreatif tidak sepatutnya berhenti. segala curahan idea dan perasaan sepatutnya diluahkan agar dapat menjana idea yg lebih bernas.

nanti aku update lagi k? =)




tempat meluahkan perasaan - hanyalah di sini

dah lame x bukak blog ni.mungkin ada beberapa rakan yang bukak blog ni mesti bengang-sebab dah x update2.lame2 x de yg sudi bace blog ni haha


dekat blog je kan tmpt utk kite ceritakan segalanya?tetapi x de makne nye kalau diri ini x ingat kewujudan blog ini sendiri.haha.namun lebih menyedihkan tatkala internet ini akan dikenakan akta yang akan mengongkong pergerakan mahupun kebebasan bersuara.

dekat mana kita boleh bersuara di negara ini?aku rasa hanyalah di dalam toilet.di sana hanya satu kepala akan mendengar - kepala paip.tatkala kita ingin dia bersetuju akan apa yang kita membebel ,kita hanya perlu memulas telinga nya.maka membuak2 lah segala muntah nya yang jernih sebagai tanda bersetuju dengan kita.jika sudah cukup lepaskan lah telinganya kembali agar tenang diri itu daripada dipotong Jabatan Bekalan Air.

sebelum blog di malaysia memerlukan permit utk mengeluarkan artikel,maka eloklah saya menghabiskan masa saya dengan blog ini.aku amat sayang madah bernama blog ini kerana di sini lah ruang aku untuk menyuarakan harapan - tanpa perlu editor,jurufoto,penerbit mahupun jurutaip.

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers