Dari Malaysiakini
Seseorang bukan Islam tidak dilarang memasuki masjid jika niatnya baik dan dibenarkan orang Islam kecuali Masjidil Haram di Mekah, kata Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).
Beberapa tokoh ulama tersohor dalam pemikiran Islam tidak melarang orang Islam berbuat demikian kecuali di tanah haram tersebut, kata Yang Dipertua JIM Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi.
"Menurut pandangan majoriti para ulama termasuk Imam Malik, Syafie dan ulama fiqh yang lain, adapun larangan khusus bagi bukan Muslim daripada memasuki masjid hanyalah terhad kepada Masjidil Haram di Mekah dan kawasan tanah suci di sekitarnya berdasarkan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 28," katanya.
Beliau mengulas ura-ura tindakan Jabatan Agam Islam Selangor (Jais) terhadap jawatankuasa sebuah masjid di DUN Seri Andalas minggu lalu yang membenarkan wakil rakyat di situ Dr Xavier Jayakumar menyampaikan ucapan di dalam tempat ibadat itu, Ogos lepas.
Wakil rakyat PKR itu, yang juga exco kerajaan Selangor, dilaporkan menyampaikan ceramah ketika merasmikan satu majis berbuka puasa tetapi dakwaan itu dinafikan oleh jawatankuasa masjid.
Dalam kenyataannya, JIM negeri juga berkata seseorang bukan Muslim wajar memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat berikut:
- Non-Muslim diharuskan memasuki masjid selain daripada Masjidil Haram di Mekah dengan keizinan orang Islam.
- Mereka harus mempunyai sebab yang munasabah untuk memasuki masjid. Oleh itu sekiranya tujuan mereka memasuki masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka hal ini adalah dilarang.
- Mereka seharusnya menghormati kesucian masjid dan perlu sedar bahawa masjid adalah tempat suci bagi orang Islam beribadah.
- Kedua-dua kaum lelaki dan wanita non-Muslim yang ingin memasuki masjid mestilah tidak mendedahkan aurat yakni anggota tubuh mereka yang seharusnya ditutup dengan pakaian yang bersesuaian.
"JIM Selangor juga percaya bahawa sikap terbuka masyarakat Islam dengan membenarkan bukan Muslim memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat yang tersebut di atas sudah pasti memberikan peluang dan ruang untuk masyarakat Islam berdakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada bukan Muslim," kata Mohd Kamal.
Tambahnya, bukan Muslim pula akan melihat keterbukaan Islam dalam memelihara keharmonian hubungan antara pelbagai kaum dan agama dalam negara ini.
"Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain dan ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan dakwah Islam kepada bukan Muslim."
credit to malaysiakini.i own nothing
JIM: Bukan Islam boleh masuk masjid - Malaysiakini
Labels: Isu
‘Tuduhan Anwar Sorok ‘RM3b’ Tidak Berasas’ - Malaysiakini
"ha mano bukti den ajen asing!" -anwar speaking nogori
Dari Malaysia Kini
Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.
Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya.
Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.
Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.
Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.
Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.
credit to malaysiakini.i own nothing!
Labels: Isu
~Hidup Adalah Tentang Persepsi~

"Hidup adalah tentang persepsi" adalah tajuk kepada blog senior Pedas saya yang tua lebih setahun,bernama Amiratul Nadiah.
bile terbaca "hidup adalah tentang persepi",hampir mencarut2 hati saya ini.manakan tidak,tidak terlintas langsung dalam pemikiran saya persepsi ini adalah segala-galanya dalam hidup ini.dalam pemahaman saya,hidup ini adalah berlandaskan perjuangan.mencari identiti yang hilang ataupun menegakkan keadilan.setidak-tidak pun,hidup ini adalah mencari keredhaan allah yang maha esa.tidak dapat di hadam mahupun disuap dengan kepentingan persepsi ini dalam kehidupan saya.pendek kata,tidak terlintas langsung dalam akal saya ini - persepsi adalah nadi dalam kehidupan.
Masa berlalu dan terus berlalu.saya sekarang berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur (PASUM) .Saya melalui satu sstem pembelajaran yang amat berlainan daripada sekolah dahulu.Dahulu,hanya menggunakan buku kecil sahaja.Dahulu,tempat belajar saya adalah di satu bilik kecik yang berjumlah 30 orang sahaja,dan senang untuk saya bertanya kepada tenaga pengajar sebarang soalan.Dahulu,peraturan2 ketat telah diperkenalkan kepada saya - atas dasar budak2 tidak boleh diberi kebebasan berlebihan,takut disalahgunakan.
Di Asasi,semuanya berlainan.Buku rujukan hanyalah rujukan;tidak lebih daripada itu.pelajar perlu memberi perhatian sepenuhnya,jika tidak mereka tidak tahu apa yang patut mereka tahu.Tempat belajar pula sebesar dewan yang mampu memenuhkan 400 orang.Di PASUM,kebebasan yang mutlak telah diberikan.tidak ada peraturan yang jitu yang menghalang para pelajar membawa apa yang mereka inginkan.tidak juga peraturan masa yang mengikat pelajar supaya jangan balik lewat malam.tidak juga ada peraturan masa yang menyuruh pelajar turun atau menghadiri diri ke surau pada sekian-sekian masa.semuanya bebas;dan semuanya terletak di tangan pelajar sendiri.
Masuk ke Asasi,saya tidak hairan dengan kejutan sosial - satu aspek yang pelajar selalu hiraukan.saya seorang yang amat mudah bersosial (walaupun anda mungkin berasa saya dari sekolah agama dan saya bersikap jumud!).tidak ada kejutan kepada saya akan kehidupan bersosial dengan mereka yang berlainan jantina.tidak.ini bukan satu yang mengejutkan saya.maka,dari awal lagi saya sudah bersedia akan perkara ini.
Tanpa saya sedari,saya telah mengalami kejutan budaya.budaya itu adalah budaya belajar.saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kelas yang mempunyai 400 orang.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan silibus pembelajaran yang tidak konsisten.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran yang menjunjung satu kertas yang dinamakan TUTORIAL.
Semua ini menjadikan kepala saya berserabut.Tatkala berserabut,langkah yang akan saya ambil tidak lain dan tidak bukan - buat bodoh.Saya tidak menghiraukan tutorial ini sedikit pun.buat kerjanya pula hanyalah jika benar2 bosan atau soalannya senang.saya memikirkan tutorial ini tidak membawa apa-apa makna kepada bangsa,negara,agama mahupun makcik kafe.sebab itu,saya tidak menghiraukannya.Silibus pembelajaran pula,saya ambil ringan-ringan sahaja.kerana sekali pandang,saya melihat pembelajarannya amat2 mudah.mudah sehingga melihatnya pun tidak saya ingin.hanya menyelak kertas,sudah faham dan saya akan tidur.
Lama kelamaan,saya menyedari saya sudah diambang kegawatan.banyak kuiz saya kelam kabut.tidak pernah saya merasa jatuh seperti ini.Setelah melakukan "post-mortem" barulah saya sedari yang menjadi penyakit kepada permasalahan saya adalah sesuatu yang bernama "persepi".PERSEPSI tidak mengambil berat kepada tutorial telah merugikan saya,walhal itulah yang akan keluar pada peperiksaan akhir semester nanti.PERSEPSI melihat pembelajaran di asasi amat mudah lah yang menjadikan saya tidak belajar dengan lebih serius,walhal di asasi memerlukan lebih komitmen.PERSEPSI bahawa kehidupan di Asasi perlu ketat seperti di sekolah dahulu telah menjadikan pemikiran saya terikat akan jadual waktu yang merugikan,walhal di Asasi saya sudah bebas mencorakkan hidup saya.persepsi2 buruk ini lah yang secara senyap,mengawal saya dan menjatuhkan saya secara senyap.
Duduk bersendiri,saya memikirkan kebenaran yang di perkatakan oelh akak Amiratul itu.Hidup sememangnya tentang persepsi.persepsi adalah penting dalam hidup kita.jika kita menganggap sesuatu itu mudah,ia akan menjadi mudah.jika kita memikirkan perkara itu adalah buruk,ia pasti akan menjadi teruk.itu juga akan berlaku jika kita mempunyai persepi teruk,hodoh,cantik,cun atau sebagainya.
Kepada akak amiratul,terima kasih kerana mengingatkan saya akan perkara ini.Sesungguhnya peringatan daripada yang lebih tua itu lebih baik dan mujarab;atas dasar pengalaman.
secara kesimpulannya,jaga-jaga dengan persepsi anda.think twice.
anda boleh mengikuti blog akak Amiratul Nadiah di http://aireensamirah.wordpress.com/
Labels: arip leman life , My Friends
Konvoi Raya Budak Pedas!
sesat?maybe.sbb aku naik keta!
naik moto pon bole amik pics?dahsyat2
moto n of coz,keta kancil ku! :)
pali,goyang(fadhzuan),faiz n arip sopiyan
our last pics dat r so memorable...hei,jgn terkejut aku xde!aku la yang amik pics ni!

well,this is the owner of this pics!! faiz,kolej mara kuala nerang
ni adalah umah2 yang kitorang pegi:
1.arip leman
2.paan
3.naquib
4.apak
5.umah sedare kojek
6.durah
malam tu n esoknye diorang g gak beraye,tp aku x ikut pon huhuhu
kepada sape2 yang ade pics raye konvoi ni,bgtaw taw!!aku nk upload jgk!!huhu
kepada waliff yang berada di Jordan...i wish u r here... :(
Labels: arip leman life , My Friends , pedas' activity
Terimalah Kritikan!
Sebagai insan yang lemah dan biasa,kita seharusnya mengambil segala kritikan dan teguran oleh sebarang pihak,tanpa melihat latar belakang pembuat teguran tersebut.Dalam politik Malaysia,pemimpin sering sahaja menunjukkan sikap mereka yang angkuh;tidak dapat menerima kritikan mahupun pandangan oleh rakyat jelata.Yang dijunjung hanyalah agenda mereka sendiri,dan sedikit sebanyak menghidupkan hukum kasta:membezakan golongan bawahan dan pemerintah.Sikap pemimpin negara ini sedikit sebanyak menjadikan orang yang mereka pimpin-atau dengan lebih tepat - rakyat,menjadi seperti mereka.
Dapat kita lihat dalam kehidupan masyarakat Malaysia ini,teguran sedikit pun tidak dapat diterima.Sedikit ditegur,segunung terpelanting.Lengan baju disingsing hanyalah kerana sekelumit perselisihan dibangkitkan.Sungguh tidak berbaloi!
Sebelum saya menghantar post isu tudung itu,saya amat berhati-hati dengan segala yang akan saya perkatakan.Mengikut pengalaman saya,saya akan pastikan agar matlamat yang hendak saya utarakan sampai;kerana saya amat berpengalaman dengan reaksi perempuan atas beberapa isu.
Rakan saya baru sahaja membuat post sebagai respon post saya tersebut.Secara jujur,saya amat menghargai teguran beliau.Dalam negara demokratik,kita seharusnya mendengar segala luahan dan pandangan daripada semua pihak,dan TIDAK SEHARUSNYA MEMEKAKKAN TELINGA SAHAJA.
Di facebook juga telah menerima pelbagai komen dan respon atas post itu.Semestinya saya menghargainya.
Kepada rakan yang menegur itu,Madihah,saya benar-benar menghargainya dan saya tidak mengambil teguran tersebut sebagai sesuatu yang negatif.Sememangnya dalam isu ini saya juga rasa bersalah,kerana saya tidak bertindak seperti apa yang saya anda syorkan.
Akhir kata,saya harap pembaca2 sekalian dapat menjadi insan yang menerima segala pandangan dan kritikan.Jangan menjadi pemimpin Malaysia yang amat bongkak dan angkuh.Marilah kita ubah pemikiran rakyat Malaysia menuju pemikiran yang lebih demokratik dan matang.
Ariff Sulaiman
p/s:anda boleh membaca respons Madihah di sini
Labels: Isu
Wanita dan Nilai Tudung

Sebenarnya sudah lama ingin mengutarakan isu ini,tapi tidak bersemangat pula.tetapi disebabkan sebentar sahaja tadi rakan rakib telah memberitakan sesuatu,terdapat juga sedikit rangsangan,alhamdulillah.
Niat di hati bukan untuk tunjuk bagus atau menanam rasa benci terhadap rakan2.tetapi ada sedikit yang ingin diluahkan-mungkin untuk menegur kepada segelintir rakan2 perempuan.memang bukan untuk menimbulkan persepsi seksis atau penghentaman mengikut jantina.sememangnya lumrah sosial dalam kalangan pelajar sekolah agama-pelajar lelaki pasti menegur kesilapan kesilapan perempuan,atau dalam bahasa sekolah agamanya -muslimin dan muslimat.saya menegur rakan2 perempuan atas dasar "kesedaran sesama muslim" dan ingi. ditekan kan disini bahawa saya bukan seorang yang alim-hafal pelbagai2 surah dan memakai kopiah sepanjang masa.tetapi atas dasar kesedaran insan biasa,yang juga muslimin biasa,sedikit perkara perlu kita kongsi bersama agar tidak berlaku kesilapan yang akan datang.
Hendak dijadikan cerita-saya add seorang pelajar perempuan yang sama belajar dengan saya di asasi sains um ini.di gambar utamanya-atau dipanggil profile picture - diletakkan gambar dia tidak bertudung - free hair.sudah tentu persepi saya pada awalnya bahawa memang lumrah dia tidak bertudung,maka sudah tentu hari2 biasa di UM ini dia tidak bertudung.Saya hanya mengenal mukanya di profile picture sahaja,maka kadang kala,saya berharap saya dapat berjumpa dengannya di UM ini.
Tetapi amat menghairankan-saya tidak tersempak,atau melihat sedikit pun kelibat dia di UM ini.saya cuba menyelak setiap ceruk,bahagian atau mana2 sahaja di UM ini;tetapi perempuan itu tidak pula saya jumpa.saya menjadi sangat hairan.maka,dengan langkah yang lebih efektif,saya membuka gambar2 dia di profile.dengan ini,insyallah saya akan dapat cam mukanya dengan lebih baik.setelah di belek2 album gambar dia baru lah saya sedar,bahawa sebenarnya dia tidak free hair di UM.dia memakai tudung seperti perempuan2 biasa.
Jika anda tidak memahami apa yang saya ingin katakan,mari saya jelaskan.Sebenarnya,saya amat bersedih dengan beberapa kenalan perempuan saya;di mana pada waktu biasa dia memakai tudung,tetapi amat "pelik" kerana di internet - atau dengan tepat di facebook.myspace dan segalanya - diletakkan gambar mereka tidak bertudung.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini adalah - apa gunanya bertudung,jika di internet anda meletakkan gambar anda tidak bertudung??saya tidak menafikan perempuan untuk mengambil gambar mereka tidak bertudung,tetapi amat saya nafikan jika gambar itu secara dengan sengaja diletakkan di internet.seperti yang umum mengetahui,internet dapat dicapai oleh semua.jika anda meletakkan gambar di facebook anda,sudah pasti saya dapat melihatnya.bermaksud,jika anda meletakkan gambar anda tidak bertudung di dalam facebook,bermakna tiada bezanya dengan hari2 biasa anda tidak memakai tudung!
Baru petang tadi,rakan saya menceritakan perihal seorang perempuan yang saya kenal (yang sama kuliah dengan saya) mempunyai gambarnya tidak bertudung di dalam facebook beliau.terdapat sedikit terkilan di hati kerana sebagai rakan yang kenal akan diri perempuan tersebut,mengetahui bahawa dia juga melakukan kesilapan yang sama.
Tidak perlu untuk di ulas panjang lebar isu ini.apa yang saya harapkan,agar rakan2 sekalian dapat mengambil positif daripada apa yang ingin saya perkatakan.tulisan saya ini mungkin mengguris sedikit perasaan rakan2 yang baik dengan saya,tetapi atas prinsip kesedaran,saya harap rakan2 dapat berfikiran positif terhadap perkara ini.
Ariff Sulaiman
Labels: Isu
15Malaysia
hari ni aku nk perkenalkan satu laman web yang amat bermanfaat untuk dikongsi bersama.
nak tengok nik aziz dan khairy jamaluddin berlakon?lawat lah ke laman web 15malaysia ini.15malaysia adalah satu projek 15 filem pendek yang dikarang oleh penerbit dan pengarah tempatan.filem2 pendek ini menceritakan senario politik dan sosial rakyat malaysia.
yang menarik mengenai filem2 pendek2 ini adalah:dia membuatkan kita berfikir dua kali mengenai perkara tersebut.cerita2 didalam ini sungguh pendek;maka jalan ceritanya akan disingkatkan dan terletak kepada para penonton untuk memahami MAKSUD YANG TERSIRAT.secara jujur,pada mulanya saya menonton cerita2 ini,saya juga tidak memahami mesej yang cuba dibawakan.tetapi,setelah menonton beberapa kali dan membaca komen yang dihantar oleh penonton di bawah,maka saya serba sedikit dapat memahami mesej yang ingin disampaikan.maka,and semua juga perlu menontonnya!
penghasilan karya dapat meluahkan segalanya.semangat demokrasi dan keluahan segala isi hati dalam filem2 pendek ini dapat dihayati malah dirasai oleh semua lapisan masyarakat.rakyat malaysia berlatar belakangkan pelbagai sikap dan masalah,maka amat sesuai untuk dipertontonkan.
sebenarnya,kesemua 15 filem pendek ini tidak dikeluarkan secara menerus.maksud saya,pada hari saya menulis post ini,hanya beberapa filem sudah ditayangkan.filem2 lain bakal menyusul pada tarikh yg ditetapkan.
akhir kata,saya mengajak anda dan rakan2 anda untuk mmembuka laman web ini dan menonton filem2 tersebut.Nik Aziz,Zaid Ibrahim,Khairy Jamaluddin,Namewee dan Yasmin Ahmad juga terdapat dalam filem ini!
http://www.15malaysia.com
Labels: movie










