semasa aku menulis post ni,aku baru je lepas exam mid.lambat kn?nak buat macam mane.aku suke jugak lambat2 ni!x de la pening sangat kn.
sepanjang menempuhi exam mid sem,aku sering merasakan aku hendak meluahkan segala apa yang aku ingin luahkan.pada suatu hari,aku membuka internet dan terjumpa seorang kawan lama.dia menyuruh aku membaca blog dia.dalam blog dia,dia menulis pelbagai coretan,luahan isi hati dan puisi2 spontan dari hatinya.nahh!!!inilah yang aku inginkan!
aku rasa blog adalah tempat untuk meluahkan segalanya.blog adalah tempat dimana puisi2 dan karya dalam hati ini perlu diluahkan.blog aku ni pun lawa jika hendak dijadikan tatapan semua.tidakkah begitu?
dan hala tuju blog ini yang bernama Mencari Identiti ini akan meliputi kehidupan seorang lelaki dalam menempuhi dunia yang tidak dapat diluahkan olehnya secara lisan.hanya internet dan taip2 sahaja akan menjadi temannya sepanjang perjuangan ini.Mencari Identiti akan menjadi satu coretan membuka Penjara Minda,agar tiada batasan dalam menempuhi realiti dunia ini.
fatamorgana dunia kabus segalanya,
aku tempuhi tanpa perasaan
dengan komuniti bayangan ini
aku melepasi semuanya
meluahkan segalanya
agar pencarian identiti yang hilang
dapat dipertemukan
~MenCari_IdenTiTi~
p/s:thnx to zuhdi johan kerana telah membuat banner diatas:so sweet!
--------------------------------------------------------------------------------
topik2 yang bakal dibincang:
1.kisah cinta sebenar
2.dunia hiburan malaysia
3.dunia politik malaysia
4.lagu2 hangat
5.dan of coz,hidup aku!