
"Hidup adalah tentang persepsi" adalah tajuk kepada blog senior Pedas saya yang tua lebih setahun,bernama Amiratul Nadiah.
bile terbaca "hidup adalah tentang persepi",hampir mencarut2 hati saya ini.manakan tidak,tidak terlintas langsung dalam pemikiran saya persepsi ini adalah segala-galanya dalam hidup ini.dalam pemahaman saya,hidup ini adalah berlandaskan perjuangan.mencari identiti yang hilang ataupun menegakkan keadilan.setidak-tidak pun,hidup ini adalah mencari keredhaan allah yang maha esa.tidak dapat di hadam mahupun disuap dengan kepentingan persepsi ini dalam kehidupan saya.pendek kata,tidak terlintas langsung dalam akal saya ini - persepsi adalah nadi dalam kehidupan.
Masa berlalu dan terus berlalu.saya sekarang berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur (PASUM) .Saya melalui satu sstem pembelajaran yang amat berlainan daripada sekolah dahulu.Dahulu,hanya menggunakan buku kecil sahaja.Dahulu,tempat belajar saya adalah di satu bilik kecik yang berjumlah 30 orang sahaja,dan senang untuk saya bertanya kepada tenaga pengajar sebarang soalan.Dahulu,peraturan2 ketat telah diperkenalkan kepada saya - atas dasar budak2 tidak boleh diberi kebebasan berlebihan,takut disalahgunakan.
Di Asasi,semuanya berlainan.Buku rujukan hanyalah rujukan;tidak lebih daripada itu.pelajar perlu memberi perhatian sepenuhnya,jika tidak mereka tidak tahu apa yang patut mereka tahu.Tempat belajar pula sebesar dewan yang mampu memenuhkan 400 orang.Di PASUM,kebebasan yang mutlak telah diberikan.tidak ada peraturan yang jitu yang menghalang para pelajar membawa apa yang mereka inginkan.tidak juga peraturan masa yang mengikat pelajar supaya jangan balik lewat malam.tidak juga ada peraturan masa yang menyuruh pelajar turun atau menghadiri diri ke surau pada sekian-sekian masa.semuanya bebas;dan semuanya terletak di tangan pelajar sendiri.
Masuk ke Asasi,saya tidak hairan dengan kejutan sosial - satu aspek yang pelajar selalu hiraukan.saya seorang yang amat mudah bersosial (walaupun anda mungkin berasa saya dari sekolah agama dan saya bersikap jumud!).tidak ada kejutan kepada saya akan kehidupan bersosial dengan mereka yang berlainan jantina.tidak.ini bukan satu yang mengejutkan saya.maka,dari awal lagi saya sudah bersedia akan perkara ini.
Tanpa saya sedari,saya telah mengalami kejutan budaya.budaya itu adalah budaya belajar.saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kelas yang mempunyai 400 orang.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan silibus pembelajaran yang tidak konsisten.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran yang menjunjung satu kertas yang dinamakan TUTORIAL.
Semua ini menjadikan kepala saya berserabut.Tatkala berserabut,langkah yang akan saya ambil tidak lain dan tidak bukan - buat bodoh.Saya tidak menghiraukan tutorial ini sedikit pun.buat kerjanya pula hanyalah jika benar2 bosan atau soalannya senang.saya memikirkan tutorial ini tidak membawa apa-apa makna kepada bangsa,negara,agama mahupun makcik kafe.sebab itu,saya tidak menghiraukannya.Silibus pembelajaran pula,saya ambil ringan-ringan sahaja.kerana sekali pandang,saya melihat pembelajarannya amat2 mudah.mudah sehingga melihatnya pun tidak saya ingin.hanya menyelak kertas,sudah faham dan saya akan tidur.
Lama kelamaan,saya menyedari saya sudah diambang kegawatan.banyak kuiz saya kelam kabut.tidak pernah saya merasa jatuh seperti ini.Setelah melakukan "post-mortem" barulah saya sedari yang menjadi penyakit kepada permasalahan saya adalah sesuatu yang bernama "persepi".PERSEPSI tidak mengambil berat kepada tutorial telah merugikan saya,walhal itulah yang akan keluar pada peperiksaan akhir semester nanti.PERSEPSI melihat pembelajaran di asasi amat mudah lah yang menjadikan saya tidak belajar dengan lebih serius,walhal di asasi memerlukan lebih komitmen.PERSEPSI bahawa kehidupan di Asasi perlu ketat seperti di sekolah dahulu telah menjadikan pemikiran saya terikat akan jadual waktu yang merugikan,walhal di Asasi saya sudah bebas mencorakkan hidup saya.persepsi2 buruk ini lah yang secara senyap,mengawal saya dan menjatuhkan saya secara senyap.
Duduk bersendiri,saya memikirkan kebenaran yang di perkatakan oelh akak Amiratul itu.Hidup sememangnya tentang persepsi.persepsi adalah penting dalam hidup kita.jika kita menganggap sesuatu itu mudah,ia akan menjadi mudah.jika kita memikirkan perkara itu adalah buruk,ia pasti akan menjadi teruk.itu juga akan berlaku jika kita mempunyai persepi teruk,hodoh,cantik,cun atau sebagainya.
Kepada akak amiratul,terima kasih kerana mengingatkan saya akan perkara ini.Sesungguhnya peringatan daripada yang lebih tua itu lebih baik dan mujarab;atas dasar pengalaman.
secara kesimpulannya,jaga-jaga dengan persepsi anda.think twice.
anda boleh mengikuti blog akak Amiratul Nadiah di http://aireensamirah.wordpress.com/


































