Sebenarnya sudah lama ingin mengutarakan isu ini,tapi tidak bersemangat pula.tetapi disebabkan sebentar sahaja tadi rakan rakib telah memberitakan sesuatu,terdapat juga sedikit rangsangan,alhamdulillah.
Niat di hati bukan untuk tunjuk bagus atau menanam rasa benci terhadap rakan2.tetapi ada sedikit yang ingin diluahkan-mungkin untuk menegur kepada segelintir rakan2 perempuan.memang bukan untuk menimbulkan persepsi seksis atau penghentaman mengikut jantina.sememangnya lumrah sosial dalam kalangan pelajar sekolah agama-pelajar lelaki pasti menegur kesilapan kesilapan perempuan,atau dalam bahasa sekolah agamanya -muslimin dan muslimat.saya menegur rakan2 perempuan atas dasar "kesedaran sesama muslim" dan ingi. ditekan kan disini bahawa saya bukan seorang yang alim-hafal pelbagai2 surah dan memakai kopiah sepanjang masa.tetapi atas dasar kesedaran insan biasa,yang juga muslimin biasa,sedikit perkara perlu kita kongsi bersama agar tidak berlaku kesilapan yang akan datang.
Hendak dijadikan cerita-saya add seorang pelajar perempuan yang sama belajar dengan saya di asasi sains um ini.di gambar utamanya-atau dipanggil profile picture - diletakkan gambar dia tidak bertudung - free hair.sudah tentu persepi saya pada awalnya bahawa memang lumrah dia tidak bertudung,maka sudah tentu hari2 biasa di UM ini dia tidak bertudung.Saya hanya mengenal mukanya di profile picture sahaja,maka kadang kala,saya berharap saya dapat berjumpa dengannya di UM ini.
Tetapi amat menghairankan-saya tidak tersempak,atau melihat sedikit pun kelibat dia di UM ini.saya cuba menyelak setiap ceruk,bahagian atau mana2 sahaja di UM ini;tetapi perempuan itu tidak pula saya jumpa.saya menjadi sangat hairan.maka,dengan langkah yang lebih efektif,saya membuka gambar2 dia di profile.dengan ini,insyallah saya akan dapat cam mukanya dengan lebih baik.setelah di belek2 album gambar dia baru lah saya sedar,bahawa sebenarnya dia tidak free hair di UM.dia memakai tudung seperti perempuan2 biasa.
Jika anda tidak memahami apa yang saya ingin katakan,mari saya jelaskan.Sebenarnya,saya amat bersedih dengan beberapa kenalan perempuan saya;di mana pada waktu biasa dia memakai tudung,tetapi amat "pelik" kerana di internet - atau dengan tepat di facebook.myspace dan segalanya - diletakkan gambar mereka tidak bertudung.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini adalah - apa gunanya bertudung,jika di internet anda meletakkan gambar anda tidak bertudung??saya tidak menafikan perempuan untuk mengambil gambar mereka tidak bertudung,tetapi amat saya nafikan jika gambar itu secara dengan sengaja diletakkan di internet.seperti yang umum mengetahui,internet dapat dicapai oleh semua.jika anda meletakkan gambar di facebook anda,sudah pasti saya dapat melihatnya.bermaksud,jika anda meletakkan gambar anda tidak bertudung di dalam facebook,bermakna tiada bezanya dengan hari2 biasa anda tidak memakai tudung!
Baru petang tadi,rakan saya menceritakan perihal seorang perempuan yang saya kenal (yang sama kuliah dengan saya) mempunyai gambarnya tidak bertudung di dalam facebook beliau.terdapat sedikit terkilan di hati kerana sebagai rakan yang kenal akan diri perempuan tersebut,mengetahui bahawa dia juga melakukan kesilapan yang sama.
Tidak perlu untuk di ulas panjang lebar isu ini.apa yang saya harapkan,agar rakan2 sekalian dapat mengambil positif daripada apa yang ingin saya perkatakan.tulisan saya ini mungkin mengguris sedikit perasaan rakan2 yang baik dengan saya,tetapi atas prinsip kesedaran,saya harap rakan2 dapat berfikiran positif terhadap perkara ini.
Ariff Sulaiman