A Prologue to Hanina Hanif:The Fallen Worrior




Waktu itu adalah seminggu sebelum SPM.Diberitakan perihal Hanina yang pulang ke rumah kerana disebabkan demam.Hah??itulah reaksi pertama aku tatkala terdengar mengenai clazmate aku itu.Minggu depan sudah SPM,bagaimana boleh demam pula?hatiku risau,kerana demam atau sebarang penyakit meskipun sekadar sakit kepala,pasti akan mengakibatkan mana2 calon akan rasa tertekan...aku hanya berdoa Hanina mahu pun sesiapa sahaja rakan smka pedas aku akan sihat,bagi mudah menjalani SPM yang bakal menentukan masa depan mereka...aku berasa sungguh "merugikan" kepada Hanina,kerana dia tidak mempunyai masa untuk belajar....

SPM bermula dengan kertas bahasa melayu.ketika didalam dewan,semua mata pasti memerhatikan Kelly dan Hanina ditempatkan di belakang dewan.Daripada ekspresi Kelly,aku menjangkakan bahawa Kelly demam...tetapi aku tidak hairan mengenai Hanina,kerana dia juga mungkin demam,kerana mungkin dia belum sembuh daripada demam yang menyebabkan dia pulang kerumah...kedudukan asal Hanina ketika pepriksaan SPM berlangsung hanyalah selang beberapa meja sahaja di hadapan aku...

Sepanjang SPM berlangsung,aku amat tekun menjawab soalan SPM...beberapa hari sebelum SPM tamat,aku perasan sesuatu yang memusykilkan aku.Barulah aku perasaan,hanina tidak pernah berganjak daripada kedudukan dia belakang dewan.Hatiku berbisik,"demam apa sampai berminggu-minggu ni??? "....aku berasa sungguh hairan.Tidak pernah aku mendengar orang demam sampai berminngu-minggu.kadang-kala,aku mendapati dia ini tidak bermaya...air muka yang dilemparkan oleh dia sentiasa lemah sahaja.

dan SPM sudah tamat,juga bermakna para pelajar dikehendaki meninggalkan sekolah.Aku adalah antara pelajar yang awal balik antara pelajar2 yang lain...dan aku menjalani hidup yg kebosanan setiap hari....

hari itu adalah hari jumaat.Yusri,kawan baikku msg aku dan menyatakan dia mahu datang ke rumah aku untuk meminjam cd game...aku juga mengajak dia untuk pergi ke cc untuk main game...ttp,yusri menyatakan bahawa dia hendak pergi ke ospita kerana diberitakan bahawa ibu santet telah dimasukkan ke hospital kerana kejutan elektrik.maka,aku pon beria-ria ingin mengikutinya keluar kerana aku sungguh bosan.yusri singgah ke cc dahulu,kerana dia tidak tahu wad mana mak santet ditempatkan.dia menunggu rakannya msg memberitahu di mana wad santet.tunggu punya tunggu,tiada sesiapa yg msg yusri.maka.kami memutuskan untuk balik sahaja.Sebelum itu,Yusri memutuskan untuk singgah di kedai cd berhampiran rumah ku...sampai2 sahaja di temapt cd tersebut,aku menerima satu panggilan.aku mengangkatnya,dan aku cam suara itu.itu adalah Apoi (Zulfadhli Mazlan).suara Apoi sunnguh cemas.Apoi memberitahu,Hanina dimasukkan kedalam kedalam wad di Seremban,dan keadaan nya sungguh tenat.tatkal mendengar berita itu,hanya allah sahaja yang tahu.menderau hatiku mendengarnya.Taakualn aku tidak salah.pasti Hanina menghadapi sesuatu penyakit yang teruk,sepanjang SPM.haziq juga menelefon Yusri,dan memberitahu dia mendapat berita Hanina.maka,kami bercadang untuk menemui Hanina di Hospital Besar Seremban.

aku membonceng yusri,manakala Haziq tiba bersama Paan.Kami mengetahui bahawa hanina ditempatkan di Wad 6B,kerana Apoi mengtahuinya setelah ibunya baru sahaja melawatnya...apabila hendak sampai ke wad Hanina,kami berasa segan..maklumlah,hanina kan perempuan,kami pula lelaki...kami dengan jalan perlahan-lahan,mendekati wad 6B.Alhamdulillah,adik hanina,Fakhri berada di situ.maka,kami menanyakan perihal hanina.ibu Hanina juga ada di situ.banyak informasi mengenai hanina diberitahu kepada kami.barulah kami perasan,katil Hanina ditutup rapat oleh doktor.dalam wad tersebut,semua pesakit biasa2 sahaja,melainkan Hanina.semua pelawat di situ bagaikan pelik sahaja,kerana doktor bertungkus lumus merawat Hanina.Aku merasa sungguh terkilan,kerana tidak dapat melihat hanina walau sedikit pun.Setelah tidak ada apa2 ingin dilakukan lagi,maka kami memutuskan untuk beransur.sebelum pergi,aku memberitahu kepada Fakhri supaya msg aku sebarang brita mengenai akaknya itu.Selepas itu,kami singgah di kedai makan yang berhampiran untuk menjamah,kerana haziq mengadu perutnya lapar.Semasa itu,apa yg di fikiran aku,aku mengharap doktor boleh merawatnya dengan baik agar dia sembuh semula...




Waktu itu adalah malam.aku menghabiskan masa dengan melayari internet,satu hobi yang aku buat di rumah apabila tiada apa2 yang ingin dilakukan.SMS dan buletin di internet juga banyak mengingatkan kepada rakan2 pedas supaya mendoakan kesejahteraan Hanina yang sedang sakit tenat sekarang.aku juga memberitahu rakan2 berita yang aku peroleh hasil daripada perjumpaan dengan ibu hanina sebentar tadi.aku melayari internet dengan rasa bosan...dan kadangkala,aku mengharap doktor akan menjalankann kerja mereka dengan bagus ke atas Hanina...dan SMS itu tiba.

Dayah memberi msg kepada ku." arip,aku ade berita sedih ni... " dan sekali lagi,hatiku menderau ,hanya allah sahaja yang tahu...mungkin disebabkan kebolehan yang allah beri kepadaku,aku dapat mengagak apa yang dayah maksudkan.Untuk menghilangkan segala syak wasangka dan kebimbangan dalam hatiku ini,aku menanyakan apa yang dia masudkan...dan aku berharap,apa yang aku fikirkan,tidak betul...aku menunggu reply daripada dayah dengan penuh kesabaran...aku terasa telah menunggu dengan begitu lama sekali..bagaikan masa sudah diberhentikan...aku benar2 berdoa,apa yang aku jangkakan itu tidak tepat sekali...akhirnya,msg itu sampai juga.agaknya,sudah terlambat untuk aku berdoa..... "arip,hanina sudah meninggal dunia...."

Petrified is the word that can be describe when i read the msg...aku tidak tahu apa yang aku dapat lakukan.aku berasa sebuah kehilangan,walaupun aku dan Hanina bukannya rakan yang rapat,mahupun pernah berborak dengannya walaupun seminit dua...sebuah perasaan yang tdak pernah aku rasa,timbul pada malam tersebut....minda ku kosong.selepas itu,aku mendapat msg daripada rakan2 ku....memberitahu berita yang sama.paan menelefon ku bagi memberitahu aku samada aku mengetahui atau tidak berita itu,dan meminta no telefon fakhri,adik Hanina....dan selepas itu,haziq juga menelefon aku..dalam semua rakan yg msg atau telefon aku,hanya haziq sahaja menanyakan kebenaran berita tersebut.mungkin,berita ini sgt berat sehingga dia sukar untuk menerimanya...dan aku mengiyakan berita tersebut.haziq juga meminta no telefon fakhri.bagi menghebahkan berita tersebut,aku menulis berita tersebut di status ym ku,dan meminta semua rakan2 pedas melihat status ku...untuk memberitahu direct kpd mereka,aku merasa sungguh berat...byk msg yg masuk ke hp ku.memberitahu bahawa jenazah hanina di bawa ke kedah.pada awalnya aku ingin melawat dia di hospital,kerana hospital hanya terletak hanya 5 10 minit daripada rumah aku shaja...ammar memberitahu bahawa pali telah pergi ke hospital.pada malam itu,aku sudah tidak tahu untuk membuat apa2 lagi...maka,aku terus msk kedalam bilik utk tido,agar berita sedih ini dapat ku lupa kan...sblm ku tido,aku sempat memberi msg kpd nurli dan menyatakan kesedihan aku...nurli juga memberitahu dia juga bersedih..dia juga ingin melawat hanina,tetapi bila mengetahui jenazah telah dibawa ke kedah,dia membatalkan hasratnya itu...dia juga memberitahu kepada aku agar tabah...walaupun sudah ada yang mengingatkan aku seperti itu,nasihat itu bagaikan tidak msk langsung kedalam otak aku...

pagi itu aku bangun dengan perasaan yang berat.badan ku lemah,fikiran kusut...sepanjang hari itu,byk menanyakan perihal hanina..aku memberitahu bahawa paru2 hanina dijangkiti kuman...keadaan yang kritikal...sudah sebulan sakit...hanya itu sahaja aku ulang-ulang berkali-kali..tetapi aku tidak pernah berasa bosan untuk memberitahu berita tersebut kepada mereka yang tidak mengetahuinya..

aku cuba mengingat segala memori aku yang berkaitan dengan Hanina...ternyata,aku dan hanina bukannya rakan yang rapat.aku hanya mengetahui nya sebagai clazmate aku tahun ini shaja..dia seorang badar yang pendiam.itu sahaja...baru aku teringat ketika itu.pada awal tahun,cikgu nafizah,guru bahasa melayu utk kelas ku teah menyuruh kepada clazmate ku untuk menghantar surat kepada clazmate sendiri.mksdnya,perempuan hantar kepada lelaki,dan lelaki hantar kepada perempuan...aku dikehendaki menghantar surat kepada Asiah...tetapi aku tidak tahu siapa yang akan menghantar kepada aku.pada hari aku mendapat surat tersebut,seperti biasa aku tidak terus membuka surat tersebut,sebaliknya aku akan meneka tulisan siapa yang menghantar di atas surat tersebut.well,itulah prosedur biasa ku,kerana aku mmg gemar meneka...dan berdasarkan tulisan tersebut,aku cuba meneka siapa yang menghantar surat tersebut.dan tekaan aku tidak pernah silap..orang yang menghantar surat tersebut adalah insan yang bernama Hanina bte Hanif...

Seingat aku,hanya itu shaja memori aku bersama Hanina...surat yang diberikan pun terpaksa dipulangkan kepada penghantarnya semula untuk semakan.Selang beberapa hari,rakan chat ym ku,anis syafiqah online...

Seperti biasa,aku akan menceritakan mengenai hanina kepada rakan2 chat ku,temasuk anis...dan baru aku tahu bahawa anis merupakan rakan yang agak rapat dengan hanina,bersama Hanis Nadiah.Anis menceritakan semua yang dia tahu mengenai hanina.dia menceritakan bagaimana peritnya arwah ketika sedang menjawab SPM.walaupun tubuh badan dia tidak bermaya,tetapi dia sangat komited menamatkan SPM...kadangkala,anis dan rakan-rakannya terpaksa memapahnya masuk kedalam dewan,sesuatu yang aku dan mungkin rakan-rakanku tidak perasan kerana tidak mempunyai sbeab utk memandang ke belakang semasa di dalam dewan...

Hanina merupakan seorang ang baik,peramah,pendiam dan pandai berahsia..dia juga merupakan seorang yang amat pemalu,dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai BADAR dengan baik sekali.sebagai seorang insan yang lemah dan rakan seprejuangan nya ketika SPM,saya amat berharap semua pembaca dapat mencontohi kegigihan saudari hanina dalam mencapai apa segala yang dihajati...semangatnya amat saya hormati dan kagumi,yang tdak terdapat dalam dari saya mahupun mana-mana insan.

kematian hanina ini juga saya lihat daripada sudut pandangan positif.saya amat menggagumi rakan-rakan pedas yang lain,yang sangat prihatin untuk mengetahui segala berita mengenai rakan-rakan pedas mereka yang lain,walaupun terdapat perbezaan jantina mahupun asal kediaman.rakan-rakan friendster juga,tidak terlepas untuk post bulletin bagi menghebahkan berita kematian hanina.berikut adalah buletin2 yang saya ambil daripada rakan-rakan saya di frienster :

Yus (ini di post pada waktu petang ,ketika sudah baru sahaj mendapar berita tersebut)
helo n assalamualaikum sumerr..kwn kite hanina msk hospital..n mengikut information yg ak dpt..die agak critical..same2 kite wat slt hjt dan doakan dia..insya-allah..

Baitul
ak sdey gler..
dye la satu2nye kwn y memahami ak..
org p'tme tgor ak tyme nk msok scul pdas dlu..sme2 mkn,teman gelak,tp now....
dy da xd..



hex

ALFATIHAH wat saudari HANINA.....

naqibah
Siapa sangka hanina hanif akan meninggalkan kita dengan begitu cepat. ru beberapa hari lepas kita selesai menjalani exam penting... menderita sakit tb sejak tingkatan empat akhirnya ALLAH lepaskannya dari semua derita di dunia.semoga dia ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.ALFATIHAH

Izrin
doakan arwah hanina hanif..
umor sebaye..
br meninggal dunie..
tolong sedekahkan al-fatihah yek..
ni kawan aku yang sangat2 baek orang nyer..
tolong yek sumer..thax..

Aisyah Nazirah
buat shbt kte, Hanina..
yg baru kembali ke rahmatullah..
utk info. member2 kisas, Hanina was my friend at SMKAP- sama2 lah kita sdkhkn al-Fatihah buat beliau

Hakim
innalillahi wainna ilaihi raji'un..
drpd Allah kita dtg kpd Allah kita kmbali..
untuk pengetahuan kita bersama..
khususnya batch 91 smkapians..
saudari hanina binti hanif telah kembali ke rahmatullah..
sama2 kita sedekahkan al-Fatihah..




saya upload post ini,bersamaan seminggu selepas pemergian saudari hanina,agar berita ini dapat disampaikan kepada mereka yang samar-samar atau langsung tidak mengetahui berita mengenai kematian saudari hanina.seperti durah memberitahu "hahnina is still alive in our memory..."

anda ingin tahu apa yang saya fikir semasa saya mendengar berita kematian hanina?seperti yang anda ketahui,semasa waktu petang sewaktu melawat hanina di hospital,sebelum berangkat pulang saya menjumpai adiknya,fakhri bagi memberitahu bahawa saya,haziq,yus dan paan ada melawatnya...tetapi dia sudah pergi selamanya,maka berita yang saya amat mengharap dapat disampaikan kepada hanina,tidak kesampaian...

dan pada ketika itu,saya amat berharap,benar-benar berharap,satu masa nanti hanina akan mengetahui bahawa kami pernah melawatnya,dan kami berjumpa bersama rakan-rakan pedas lain di taman syurga,insyaallah...

(gambar di atas sempat ku ambil semasa graduasi,dan gambar dia adalah satu2 nya gmbr pelajar putri yang sempat camera ku ambil sebelum kehabisan baterinya)
(the fallen worrior is the 3rd chapter in Harry Potter and The Deathly Hallows)

Minta Maaf

sudah genap seminggu saya pulang daripada asrama...namun,saya tidak berkesempatan untuk post apa2 untuk blog saya ini.saya pun tidak tahu mengapa...mungkin saya masih berasa sedih dengan berita kematian rakan sekelas saya,hanina bte hanif....

mungkin juga kerana saya sudah ketandusan idea untuk menulis blog saya ini.saya juga cuba "melawakan" blog saya,tetapi saya tidak memiliki kemahiran yang mencukupi..insyaallah denagn berkat usaha dan rezeki,saya akan menjadikan blog ini indah ditatap mata .

saya setakat ini sudah menukar title di atas dengan apa yang saya lebih cenderung.saya
juga sudah menukar setting comment,dan blogroll di tepi ini.

dalam masa yang terdekat,saya juga akan post serba sedikit mengenai rakan saya yang baru sahaja meninngal dunia,hanina bte hanif

all your concern and patient is really appreciated


salam reformasi
ariff sulaiman

SPM 08 - Membujur Lalu Melintang Patah

SPM bakal menjelang tiba
saya,muhamad ariff bin sulaiman ingin mengucapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 di seluruh malaysia agar manghadapi ujian yang bakal menjelma dengan tenang sekali.tinggal lagi beberapa hari,kita bakal meninggalkan alam persekolahan yang menjadi medan perjuangan kita selama ini.selepas ini,kita akan menemui alam ipta yang bakal menjadi landasan kepada ujian diri dalam menghadapi dugaan.walaubagaimanapun,SPM adalah permulaan kepada semua.maka,jangan lah kita mengalah tetapi tetap berjuang agar kejayaan pada masa hadapan dapat diperolehi

bak kata anwar ibrahim
membujur lalu melintang patah
lawan tetap lawan!

assalamualaikum

Bercerai Kasih Bertalak Tiada

3 penjuru menjadi satu hari yang x leh pakcik lupe kan...hahaha.ape lagi kalau bukan "unplanned reunion" yang berlaku antara dak2 ABIM ' 03...saya bertemu rakan-rakan SMKA SHMS,iaitu aizudin(byk kali jumpe) syafiq (yang memang aku lost contact dengan die) and aiman (dahkurus and aku takut tgk die coz meku ganaz bena hahaha)....pertemuan yang paling x dapat saya lupakan adalah jumpa dengan rakan saya,muhammad....muhammad merupakan rakan say semasa darjah 3,dan dia telah berpindah ke sebuah sekolah di kuala pilah...pada pertandingan forum peringkat negeri tahun lepas,saya telah berjumpa dengan muhammad...tetapi,kami menganggap pertemuan itu sebagai pertemuan sebagai kenalan baru...padahal kami merupakan rakan lama!mungkin sudah lama tidak berjumpa,maka kami tidak cam muka masing-masing...kami sempat bergambar bersama rakan abim yang lain.(except saiful and aiman)...walaupun kami telah lam berpisah,tetapi bak kata pepatah, Bercerai Kasih Bertalak Tiada....pelajar perempuan saya saya tersempak adalah atiqah(saya tersenyum dan terpandang dia,dan dia membalas senyuman saya kerana menganggap saya senyum kepada dia hahaha) dan farhanah(yang sudah berpagar)

3 penjuru semestinya ,memalukan SMKA Pedas.mana tidak nya,hanya english dan est yang mendapat tmpt kedua..yang lain kami bolot semua no 3....hahahaaa.saya tidak kisah akan kekalahan pasukan add math yang pada awalnya mengharapkan kemenangan,tetapi apa yang membuatkan saya bengang adalah kami diberitahu mengenai hanya kalkulator 350 yang dibenarkan..pada hari kuiz,saya mendapati peserta dari sekolah lain menggunakan 750....saya dengan rakusnya mengambil 750 saya dan menggunakannya....sebab kalau mereka guna,bagaimana pula dengan peserta pedas?adoaiii

dan saya mengharap pertemuan bersama rakan2 abim akan berlaku lagi....saya mengharapkan mereka mampu menjadi model kepada pelajar abim agar mereka bersemangat dalam menempuhi di sekolah yang bertuah itu,malah menyumbang sedikit komitmen mereka dalam membangunkan sekolah tersebut....insyaallah

Memori Lama

memori lama terbuka kembali
perkara itu terjadi pada sepanjang 07
padahal sekarang sudah 08
ia ingat saya kembali
selepas melupakannya disebabkan perjuangan

mengemas bilik
saya terjumpa memori itu
dimana seorang adik
terjumpa akak nya
akak yang telah membantunya ketika kekusutan
kehadirannya amat membuntukan
pertemuan kami tidak dijangka
di saat sayakehampaan
kebosanan
kebuntuan
dia muncul sebagai pembakar semangat saya
saya tidak pernah merasai seperti ini dalam sepanjang perjuangan saya di pedas

dia amat baik
dan sentiasa mengambil berat tentang saya
sentiasa mahu saya menumpukan pelajaran

perkara itu saya ingat semula
di mana dia adalah satu-satunya
manusia yang sentiasa berada di samping saya
tatkala menemui permasalahan
dia sentiasa membantu saya

dia tua setahun daripada saya
saya berkawan baik dengan dia
dan orang ramai menyangka kami
"adik beradik angkat"
walaupun pada asalnya bukan
teatpi kami tetap mengambil apa yang mereka perkatakan
tanpa apa- masalah

sekarang saya masih di pedas
dan dia di nilai
bertukar haluan masing-masing
mencapai sesuatu yang dinamakan cita-cita
walau jauh di mata
namun di hati tidak
perhubungan masih dijaga
agar hubungan yang ikhlas
tidak terlepas begitu sahaja

pada masa hadapan?
ya allah
hanya kau sahaja mampu daku mohon
janganlah kau pisahkan aku
dengan kebahagiaan aku

In Memory
ariffzainalabidinlyanamasturasulaiman

Hari Raya 2008

Well,malam ni adalah malam raya.takbir baru sahaja berkumandang di televisyen selepas sahaja azan maghrib bergema.Semestinya saya merasa akan hiba kerana bulan ramadhan baru sahaja meninggalkan kita.Entah saya telah merasai kehebatan malam al-qadr atau tidak,tetapi saya amat mengharap saya memperolehinya.Malam ini maam raya,dan sepatutnya ia lebih ceria berbanding tahun-tahun sebelum ini.tetapi,ianya bukanlah seperti saya harapkan.

Semasa saya kecik2 dahulu,amat indahnya merasai keindahan hidup di desa,jauh daripada kesesakan kota.Merasai tandas yang terbuka,katil yang berbau hapak dan keras,air mandi yang sejuk menusuk setiap inci kulit saya,merasai semua saudara berkumpul di kamgpung,bermain mercuan yang sukar diperolehi yang memancarkan cahaya yang berwarna-warni,pergi menunaikan sembahyang raya yang semestinya ramai dan kadangkala tidak ada ruang untuk saya menunaikan solat,maaf-bermaafan sesama ahli keluarga dan pergi menziarahi jiran-jiran dikampung sambil kantung dipenuhi dengan sampul raya....alangkah indahnya raya di desa.


Get Hari Raya Graphics Here



Beraya di kota sememangnya berbeza.saya sembahyang raya di masjid negeri yang agak ramai juga orang di sana.jalan di seremban juga lengang,mungkin kerana semua telah pulang ke kampung,terutamanya kuala pilah.dan selepas sembahyang raya,keluarga saya balik ke kuala pilah kerana kedua2 kampung berada di sana.disana,seperti biasa,beraya bersama-sama jiran-jiran di kampung.

2008,pada malam raya,saya sudah tidak tahu hendak buat apa.takbir sudah berkumandang,apa yang terlintas difikiran saya hanyalah hendak berdoa,bertakbir dan menolong keluarga saya mengemas rumah dan membakar lemang.abang dan akak ipar saya akan pulang ke tanah air pada esok hari,dan mungkin beraya di seremban pada raya ke-3,selepas beraya di kuala kubu.saya juga berharap raya tahun ini bakal membawa saya mendekati sahabat handai,sanak saudara dan dapat mendekati malah merapatkan jurang persaudaraan antara kita semua...insya allah

Buffet di Royale Bintang Seremban

Semalam merupakan 1st time seumo hidop saye mkn buffet di hotel!haha...sebenarnye akq saye dibelanja oleh bos office nyer...pade awalnyer diorang ade wat jamuan,tp wat kat Restoran Nelayan...and sume x puas ati coz mkn kat sane.Diorang nk yg standard ckit la huhu...and utk kali ni,bos tu mmg bajet 30 org datang..so,setiap org bwk la family diorang...royale bintang dekat seremban jer,tp x penah datang kat situ...org miskin mane mampu....huhhuhu.mknn mmg belambak la.saye cm bese,amik byk jenis,tp ckit2 je la stiap jenis tu...mkn nasi lauk die ketam,ayam merah and sotong kicap...ketam tu saye amik la byk2,tp ntah ape rase ntah...terpakse la telan coz saye dah teramik byk.pastu mkn ayam percik,hotdog,makaroni,puding,mushroom soup...hm yang tu je kot.bnde yg saye x mkn - murtabak,ais krim and ABC...yang lain sume saye melantak.tp x la over coz saye ni bkn jenis yang ske perut kembong ni...

raye dah nk dekat dah,tp saye blom lagi beli baju raye...x tau la apesal rase cm liat sangat nk pergi beli...ntah apesal,nk raye x de semangat...

apo2 jo la

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers