Well,malam ni adalah malam raya.takbir baru sahaja berkumandang di televisyen selepas sahaja azan maghrib bergema.Semestinya saya merasa akan hiba kerana bulan ramadhan baru sahaja meninggalkan kita.Entah saya telah merasai kehebatan malam al-qadr atau tidak,tetapi saya amat mengharap saya memperolehinya.Malam ini maam raya,dan sepatutnya ia lebih ceria berbanding tahun-tahun sebelum ini.tetapi,ianya bukanlah seperti saya harapkan.
Semasa saya kecik2 dahulu,amat indahnya merasai keindahan hidup di desa,jauh daripada kesesakan kota.Merasai tandas yang terbuka,katil yang berbau hapak dan keras,air mandi yang sejuk menusuk setiap inci kulit saya,merasai semua saudara berkumpul di kamgpung,bermain mercuan yang sukar diperolehi yang memancarkan cahaya yang berwarna-warni,pergi menunaikan sembahyang raya yang semestinya ramai dan kadangkala tidak ada ruang untuk saya menunaikan solat,maaf-bermaafan sesama ahli keluarga dan pergi menziarahi jiran-jiran dikampung sambil kantung dipenuhi dengan sampul raya....alangkah indahnya raya di desa.
Beraya di kota sememangnya berbeza.saya sembahyang raya di masjid negeri yang agak ramai juga orang di sana.jalan di seremban juga lengang,mungkin kerana semua telah pulang ke kampung,terutamanya kuala pilah.dan selepas sembahyang raya,keluarga saya balik ke kuala pilah kerana kedua2 kampung berada di sana.disana,seperti biasa,beraya bersama-sama jiran-jiran di kampung.
2008,pada malam raya,saya sudah tidak tahu hendak buat apa.takbir sudah berkumandang,apa yang terlintas difikiran saya hanyalah hendak berdoa,bertakbir dan menolong keluarga saya mengemas rumah dan membakar lemang.abang dan akak ipar saya akan pulang ke tanah air pada esok hari,dan mungkin beraya di seremban pada raya ke-3,selepas beraya di kuala kubu.saya juga berharap raya tahun ini bakal membawa saya mendekati sahabat handai,sanak saudara dan dapat mendekati malah merapatkan jurang persaudaraan antara kita semua...insya allah