Waktu itu adalah seminggu sebelum SPM.Diberitakan perihal Hanina yang pulang ke rumah kerana disebabkan demam.Hah??itulah reaksi pertama aku tatkala terdengar mengenai clazmate aku itu.Minggu depan sudah SPM,bagaimana boleh demam pula?hatiku risau,kerana demam atau sebarang penyakit meskipun sekadar sakit kepala,pasti akan mengakibatkan mana2 calon akan rasa tertekan...aku hanya berdoa Hanina mahu pun sesiapa sahaja rakan smka pedas aku akan sihat,bagi mudah menjalani SPM yang bakal menentukan masa depan mereka...aku berasa sungguh "merugikan" kepada Hanina,kerana dia tidak mempunyai masa untuk belajar....
SPM bermula dengan kertas bahasa melayu.ketika didalam dewan,semua mata pasti memerhatikan Kelly dan Hanina ditempatkan di belakang dewan.Daripada ekspresi Kelly,aku menjangkakan bahawa Kelly demam...tetapi aku tidak hairan mengenai Hanina,kerana dia juga mungkin demam,kerana mungkin dia belum sembuh daripada demam yang menyebabkan dia pulang kerumah...kedudukan asal Hanina ketika pepriksaan SPM berlangsung hanyalah selang beberapa meja sahaja di hadapan aku...
Sepanjang SPM berlangsung,aku amat tekun menjawab soalan SPM...beberapa hari sebelum SPM tamat,aku perasan sesuatu yang memusykilkan aku.Barulah aku perasaan,hanina tidak pernah berganjak daripada kedudukan dia belakang dewan.Hatiku berbisik,"demam apa sampai berminggu-minggu ni??? "....aku berasa sungguh hairan.Tidak pernah aku mendengar orang demam sampai berminngu-minggu.kadang-kala,aku mendapati dia ini tidak bermaya...air muka yang dilemparkan oleh dia sentiasa lemah sahaja.
dan SPM sudah tamat,juga bermakna para pelajar dikehendaki meninggalkan sekolah.Aku adalah antara pelajar yang awal balik antara pelajar2 yang lain...dan aku menjalani hidup yg kebosanan setiap hari....
hari itu adalah hari jumaat.Yusri,kawan baikku msg aku dan menyatakan dia mahu datang ke rumah aku untuk meminjam cd game...aku juga mengajak dia untuk pergi ke cc untuk main game...ttp,yusri menyatakan bahawa dia hendak pergi ke ospita kerana diberitakan bahawa ibu santet telah dimasukkan ke hospital kerana kejutan elektrik.maka,aku pon beria-ria ingin mengikutinya keluar kerana aku sungguh bosan.yusri singgah ke cc dahulu,kerana dia tidak tahu wad mana mak santet ditempatkan.dia menunggu rakannya msg memberitahu di mana wad santet.tunggu punya tunggu,tiada sesiapa yg msg yusri.maka.kami memutuskan untuk balik sahaja.Sebelum itu,Yusri memutuskan untuk singgah di kedai cd berhampiran rumah ku...sampai2 sahaja di temapt cd tersebut,aku menerima satu panggilan.aku mengangkatnya,dan aku cam suara itu.itu adalah Apoi (Zulfadhli Mazlan).suara Apoi sunnguh cemas.Apoi memberitahu,Hanina dimasukkan kedalam kedalam wad di Seremban,dan keadaan nya sungguh tenat.tatkal mendengar berita itu,hanya allah sahaja yang tahu.menderau hatiku mendengarnya.Taakualn aku tidak salah.pasti Hanina menghadapi sesuatu penyakit yang teruk,sepanjang SPM.haziq juga menelefon Yusri,dan memberitahu dia mendapat berita Hanina.maka,kami bercadang untuk menemui Hanina di Hospital Besar Seremban.
aku membonceng yusri,manakala Haziq tiba bersama Paan.Kami mengetahui bahawa hanina ditempatkan di Wad 6B,kerana Apoi mengtahuinya setelah ibunya baru sahaja melawatnya...apabila hendak sampai ke wad Hanina,kami berasa segan..maklumlah,hanina kan perempuan,kami pula lelaki...kami dengan jalan perlahan-lahan,mendekati wad 6B.Alhamdulillah,adik hanina,Fakhri berada di situ.maka,kami menanyakan perihal hanina.ibu Hanina juga ada di situ.banyak informasi mengenai hanina diberitahu kepada kami.barulah kami perasan,katil Hanina ditutup rapat oleh doktor.dalam wad tersebut,semua pesakit biasa2 sahaja,melainkan Hanina.semua pelawat di situ bagaikan pelik sahaja,kerana doktor bertungkus lumus merawat Hanina.Aku merasa sungguh terkilan,kerana tidak dapat melihat hanina walau sedikit pun.Setelah tidak ada apa2 ingin dilakukan lagi,maka kami memutuskan untuk beransur.sebelum pergi,aku memberitahu kepada Fakhri supaya msg aku sebarang brita mengenai akaknya itu.Selepas itu,kami singgah di kedai makan yang berhampiran untuk menjamah,kerana haziq mengadu perutnya lapar.Semasa itu,apa yg di fikiran aku,aku mengharap doktor boleh merawatnya dengan baik agar dia sembuh semula...
Waktu itu adalah malam.aku menghabiskan masa dengan melayari internet,satu hobi yang aku buat di rumah apabila tiada apa2 yang ingin dilakukan.SMS dan buletin di internet juga banyak mengingatkan kepada rakan2 pedas supaya mendoakan kesejahteraan Hanina yang sedang sakit tenat sekarang.aku juga memberitahu rakan2 berita yang aku peroleh hasil daripada perjumpaan dengan ibu hanina sebentar tadi.aku melayari internet dengan rasa bosan...dan kadangkala,aku mengharap doktor akan menjalankann kerja mereka dengan bagus ke atas Hanina...dan SMS itu tiba.
Dayah memberi msg kepada ku." arip,aku ade berita sedih ni... " dan sekali lagi,hatiku menderau ,hanya allah sahaja yang tahu...mungkin disebabkan kebolehan yang allah beri kepadaku,aku dapat mengagak apa yang dayah maksudkan.Untuk menghilangkan segala syak wasangka dan kebimbangan dalam hatiku ini,aku menanyakan apa yang dia masudkan...dan aku berharap,apa yang aku fikirkan,tidak betul...aku menunggu reply daripada dayah dengan penuh kesabaran...aku terasa telah menunggu dengan begitu lama sekali..bagaikan masa sudah diberhentikan...aku benar2 berdoa,apa yang aku jangkakan itu tidak tepat sekali...akhirnya,msg itu sampai juga.agaknya,sudah terlambat untuk aku berdoa..... "arip,hanina sudah meninggal dunia...."
Petrified is the word that can be describe when i read the msg...aku tidak tahu apa yang aku dapat lakukan.aku berasa sebuah kehilangan,walaupun aku dan Hanina bukannya rakan yang rapat,mahupun pernah berborak dengannya walaupun seminit dua...sebuah perasaan yang tdak pernah aku rasa,timbul pada malam tersebut....minda ku kosong.selepas itu,aku mendapat msg daripada rakan2 ku....memberitahu berita yang sama.paan menelefon ku bagi memberitahu aku samada aku mengetahui atau tidak berita itu,dan meminta no telefon fakhri,adik Hanina....dan selepas itu,haziq juga menelefon aku..dalam semua rakan yg msg atau telefon aku,hanya haziq sahaja menanyakan kebenaran berita tersebut.mungkin,berita ini sgt berat sehingga dia sukar untuk menerimanya...dan aku mengiyakan berita tersebut.haziq juga meminta no telefon fakhri.bagi menghebahkan berita tersebut,aku menulis berita tersebut di status ym ku,dan meminta semua rakan2 pedas melihat status ku...untuk memberitahu direct kpd mereka,aku merasa sungguh berat...byk msg yg masuk ke hp ku.memberitahu bahawa jenazah hanina di bawa ke kedah.pada awalnya aku ingin melawat dia di hospital,kerana hospital hanya terletak hanya 5 10 minit daripada rumah aku shaja...ammar memberitahu bahawa pali telah pergi ke hospital.pada malam itu,aku sudah tidak tahu untuk membuat apa2 lagi...maka,aku terus msk kedalam bilik utk tido,agar berita sedih ini dapat ku lupa kan...sblm ku tido,aku sempat memberi msg kpd nurli dan menyatakan kesedihan aku...nurli juga memberitahu dia juga bersedih..dia juga ingin melawat hanina,tetapi bila mengetahui jenazah telah dibawa ke kedah,dia membatalkan hasratnya itu...dia juga memberitahu kepada aku agar tabah...walaupun sudah ada yang mengingatkan aku seperti itu,nasihat itu bagaikan tidak msk langsung kedalam otak aku...
pagi itu aku bangun dengan perasaan yang berat.badan ku lemah,fikiran kusut...sepanjang hari itu,byk menanyakan perihal hanina..aku memberitahu bahawa paru2 hanina dijangkiti kuman...keadaan yang kritikal...sudah sebulan sakit...hanya itu sahaja aku ulang-ulang berkali-kali..tetapi aku tidak pernah berasa bosan untuk memberitahu berita tersebut kepada mereka yang tidak mengetahuinya..
aku cuba mengingat segala memori aku yang berkaitan dengan Hanina...ternyata,aku dan hanina bukannya rakan yang rapat.aku hanya mengetahui nya sebagai clazmate aku tahun ini shaja..dia seorang badar yang pendiam.itu sahaja...baru aku teringat ketika itu.pada awal tahun,cikgu nafizah,guru bahasa melayu utk kelas ku teah menyuruh kepada clazmate ku untuk menghantar surat kepada clazmate sendiri.mksdnya,perempuan hantar kepada lelaki,dan lelaki hantar kepada perempuan...aku dikehendaki menghantar surat kepada Asiah...tetapi aku tidak tahu siapa yang akan menghantar kepada aku.pada hari aku mendapat surat tersebut,seperti biasa aku tidak terus membuka surat tersebut,sebaliknya aku akan meneka tulisan siapa yang menghantar di atas surat tersebut.well,itulah prosedur biasa ku,kerana aku mmg gemar meneka...dan berdasarkan tulisan tersebut,aku cuba meneka siapa yang menghantar surat tersebut.dan tekaan aku tidak pernah silap..orang yang menghantar surat tersebut adalah insan yang bernama Hanina bte Hanif...
Seingat aku,hanya itu shaja memori aku bersama Hanina...surat yang diberikan pun terpaksa dipulangkan kepada penghantarnya semula untuk semakan.Selang beberapa hari,rakan chat ym ku,anis syafiqah online...
Seperti biasa,aku akan menceritakan mengenai hanina kepada rakan2 chat ku,temasuk anis...dan baru aku tahu bahawa anis merupakan rakan yang agak rapat dengan hanina,bersama Hanis Nadiah.Anis menceritakan semua yang dia tahu mengenai hanina.dia menceritakan bagaimana peritnya arwah ketika sedang menjawab SPM.walaupun tubuh badan dia tidak bermaya,tetapi dia sangat komited menamatkan SPM...kadangkala,anis dan rakan-rakannya terpaksa memapahnya masuk kedalam dewan,sesuatu yang aku dan mungkin rakan-rakanku tidak perasan kerana tidak mempunyai sbeab utk memandang ke belakang semasa di dalam dewan...
Hanina merupakan seorang ang baik,peramah,pendiam dan pandai berahsia..dia juga merupakan seorang yang amat pemalu,dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai BADAR dengan baik sekali.sebagai seorang insan yang lemah dan rakan seprejuangan nya ketika SPM,saya amat berharap semua pembaca dapat mencontohi kegigihan saudari hanina dalam mencapai apa segala yang dihajati...semangatnya amat saya hormati dan kagumi,yang tdak terdapat dalam dari saya mahupun mana-mana insan.
kematian hanina ini juga saya lihat daripada sudut pandangan positif.saya amat menggagumi rakan-rakan pedas yang lain,yang sangat prihatin untuk mengetahui segala berita mengenai rakan-rakan pedas mereka yang lain,walaupun terdapat perbezaan jantina mahupun asal kediaman.rakan-rakan friendster juga,tidak terlepas untuk post bulletin bagi menghebahkan berita kematian hanina.berikut adalah buletin2 yang saya ambil daripada rakan-rakan saya di frienster :
Yus (ini di post pada waktu petang ,ketika sudah baru sahaj mendapar berita tersebut)
helo n assalamualaikum sumerr..kwn kite hanina msk hospital..n mengikut information yg ak dpt..die agak critical..same2 kite wat slt hjt dan doakan dia..insya-allah..
Baitul
ak sdey gler..
dye la satu2nye kwn y memahami ak..
org p'tme tgor ak tyme nk msok scul pdas dlu..sme2 mkn,teman gelak,tp now....
dy da xd..
hex
ALFATIHAH wat saudari HANINA.....
naqibah
Siapa sangka hanina hanif akan meninggalkan kita dengan begitu cepat. ru beberapa hari lepas kita selesai menjalani exam penting... menderita sakit tb sejak tingkatan empat akhirnya ALLAH lepaskannya dari semua derita di dunia.semoga dia ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.ALFATIHAH
Izrin
doakan arwah hanina hanif..
umor sebaye..
br meninggal dunie..
tolong sedekahkan al-fatihah yek..
ni kawan aku yang sangat2 baek orang nyer..
tolong yek sumer..thax..
Aisyah Nazirah
buat shbt kte, Hanina..
yg baru kembali ke rahmatullah..
utk info. member2 kisas, Hanina was my friend at SMKAP- sama2 lah kita sdkhkn al-Fatihah buat beliau
Hakim
innalillahi wainna ilaihi raji'un..
drpd Allah kita dtg kpd Allah kita kmbali..
untuk pengetahuan kita bersama..
khususnya batch 91 smkapians..
saudari hanina binti hanif telah kembali ke rahmatullah..
sama2 kita sedekahkan al-Fatihah..
saya upload post ini,bersamaan seminggu selepas pemergian saudari hanina,agar berita ini dapat disampaikan kepada mereka yang samar-samar atau langsung tidak mengetahui berita mengenai kematian saudari hanina.seperti durah memberitahu "hahnina is still alive in our memory..."
anda ingin tahu apa yang saya fikir semasa saya mendengar berita kematian hanina?seperti yang anda ketahui,semasa waktu petang sewaktu melawat hanina di hospital,sebelum berangkat pulang saya menjumpai adiknya,fakhri bagi memberitahu bahawa saya,haziq,yus dan paan ada melawatnya...tetapi dia sudah pergi selamanya,maka berita yang saya amat mengharap dapat disampaikan kepada hanina,tidak kesampaian...
dan pada ketika itu,saya amat berharap,benar-benar berharap,satu masa nanti hanina akan mengetahui bahawa kami pernah melawatnya,dan kami berjumpa bersama rakan-rakan pedas lain di taman syurga,insyaallah...
(gambar di atas sempat ku ambil semasa graduasi,dan gambar dia adalah satu2 nya gmbr pelajar putri yang sempat camera ku ambil sebelum kehabisan baterinya)
(the fallen worrior is the 3rd chapter in Harry Potter and The Deathly Hallows)