Loser is always a loser

bila aku menulis rencana ni:satu perasaan yang amat biasa aku rasakan akan menerpa.

cemburu.

apabila aku melihat seseorang berjaya,aku pastikan akan cemburu.tidak;aku tidak berniat untuk menjatuhkan dia.aku cuma:terkenangkan segala masa lampau ku yang tidak sebagus dia.

aku tak tahu kenapa masa silam aku tidak bertindak dengan hebat.kenapa aku tidak bertindak sebagus dia.kenapa aku tidak langsung menginginkan memartabatkan diri aku ini.

aku selalu membayangkan diri ini sebagai lemah dan tidak sempurna.aku inginkan kesempurnaan.aku inginkan rasa dibanggakan.aku ingin menjadi seorang yang hebat;yang mampu menghadapi segala perkara dengan baik sekali.kenapa aku tidak memperolehinya?
bygone be bygone.loser is always a loser.

although glee said- dont stop believing - it dont make any sense now.loser is always la loser.what the motivator from singapore said - fail is a success - it is all craps.it is just an ear candy.i am still can't take what john locke philosophy-everything happens for a reason.

if i can turn back the time,i want to go at my first year at pedas.i will clean up all the mass.i'll try to turn myself to be a great leader.not a loser.i want to be a a great figure walking in this earth.

but the fact is-there is no such thing - time travelling.bygone be bygone

loser is la loser.

n i always be jealous with other people

Cerita realiti adalah cerita yang terindah!

Akhirnya,aku sampai dirumah aku -seremban.paling last aku kat rumah ni adalah waktu akak aku kawen aritu.

banyak yang aku nk coretkan di blog aku ni sebagai perkongsian kepada rakan2 sekalian.kerana kenyataan-setiap orang ada cerita mereka tersendiri.dalam hidup aku,aku x tertarik kepada drama2 di televisyen(terutama drama melayu) sebab,drama ini banyak kelentong.aku x kisah jika kelentong dalam aspek sains(seperti cerita drama amerika).tp cerita melayu-banyak di"dramakan" tanpa mengakui bahawa dalam realiti,perkara tersebut tidak akan berlaku!(kalau x paham,nanti aku explen) haha.

maka,aku akan ceritakan segala cerita hidup aku dalam blog ini sepanjang aku bercuti sebelum memasuki ke fakulti nanti.aku juga akan cube sedaya upaya aku untuk mengajak rakan2 blog menceritakan kisah mereka,atau aku sendiri akan interview mereka dan menceritakan di blog aku ini.

pengaturan sosial masyarakat malaysia juga akan aku kupaskan menurut perspektif peribadi.

kepada rakan2 yang sudi berkongsi cerita bersama aku,maka aku menjemput untuk menceritakan perkara tersebut!

kerana cerita realiti-adalah cerita yang paling indah! :)

ikuti blog saya - aripleman.blogspot.com

Post secara tiba-tiba

salam sejahtera kepada rakan2 sekalian.

Memang pelik dengan tidak semenanya arip leman update blog beliau.apa yang sudah terjadi??haha

Sblom ni nak on9 mmg susah.sekarang,alhamdulillah ada la sedikit kemudahan untuk layari internet dengan mudah!haha lagi bez,dapat bace berita dengan senang,tgk youtube,skype on the go n macam2 lagi la.macam mana kah tu boleh dilakukan?rahsia!haha

Banyak pulak rasa nak melalut.tapi xpe,aku simpan kejap hajat di hati ni ahaha
Kepada rakan2 sekalian,smoge anda bersabar utk segala update di blog ini haha

Salam
Daripada lembah pantai :)


P/s:i'm considering to making blogging so faymes,so the war upon mainstream media can be declared.anybody behind me?

~Hidup Adalah Tentang Persepsi~




"Hidup adalah tentang persepsi" adalah tajuk kepada blog senior Pedas saya yang tua lebih setahun,bernama Amiratul Nadiah.

bile terbaca "hidup adalah tentang persepi",hampir mencarut2 hati saya ini.manakan tidak,tidak terlintas langsung dalam pemikiran saya persepsi ini adalah segala-galanya dalam hidup ini.dalam pemahaman saya,hidup ini adalah berlandaskan perjuangan.mencari identiti yang hilang ataupun menegakkan keadilan.setidak-tidak pun,hidup ini adalah mencari keredhaan allah yang maha esa.tidak dapat di hadam mahupun disuap dengan kepentingan persepsi ini dalam kehidupan saya.pendek kata,tidak terlintas langsung dalam akal saya ini - persepsi adalah nadi dalam kehidupan.

Masa berlalu dan terus berlalu.saya sekarang berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur (PASUM) .Saya melalui satu sstem pembelajaran yang amat berlainan daripada sekolah dahulu.Dahulu,hanya menggunakan buku kecil sahaja.Dahulu,tempat belajar saya adalah di satu bilik kecik yang berjumlah 30 orang sahaja,dan senang untuk saya bertanya kepada tenaga pengajar sebarang soalan.Dahulu,peraturan2 ketat telah diperkenalkan kepada saya - atas dasar budak2 tidak boleh diberi kebebasan berlebihan,takut disalahgunakan.

Di Asasi,semuanya berlainan.Buku rujukan hanyalah rujukan;tidak lebih daripada itu.pelajar perlu memberi perhatian sepenuhnya,jika tidak mereka tidak tahu apa yang patut mereka tahu.Tempat belajar pula sebesar dewan yang mampu memenuhkan 400 orang.Di PASUM,kebebasan yang mutlak telah diberikan.tidak ada peraturan yang jitu yang menghalang para pelajar membawa apa yang mereka inginkan.tidak juga peraturan masa yang mengikat pelajar supaya jangan balik lewat malam.tidak juga ada peraturan masa yang menyuruh pelajar turun atau menghadiri diri ke surau pada sekian-sekian masa.semuanya bebas;dan semuanya terletak di tangan pelajar sendiri.

Masuk ke Asasi,saya tidak hairan dengan kejutan sosial - satu aspek yang pelajar selalu hiraukan.saya seorang yang amat mudah bersosial (walaupun anda mungkin berasa saya dari sekolah agama dan saya bersikap jumud!).tidak ada kejutan kepada saya akan kehidupan bersosial dengan mereka yang berlainan jantina.tidak.ini bukan satu yang mengejutkan saya.maka,dari awal lagi saya sudah bersedia akan perkara ini.

Tanpa saya sedari,saya telah mengalami kejutan budaya.budaya itu adalah budaya belajar.saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kelas yang mempunyai 400 orang.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan silibus pembelajaran yang tidak konsisten.saya juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran yang menjunjung satu kertas yang dinamakan TUTORIAL.

Semua ini menjadikan kepala saya berserabut.Tatkala berserabut,langkah yang akan saya ambil tidak lain dan tidak bukan - buat bodoh.Saya tidak menghiraukan tutorial ini sedikit pun.buat kerjanya pula hanyalah jika benar2 bosan atau soalannya senang.saya memikirkan tutorial ini tidak membawa apa-apa makna kepada bangsa,negara,agama mahupun makcik kafe.sebab itu,saya tidak menghiraukannya.Silibus pembelajaran pula,saya ambil ringan-ringan sahaja.kerana sekali pandang,saya melihat pembelajarannya amat2 mudah.mudah sehingga melihatnya pun tidak saya ingin.hanya menyelak kertas,sudah faham dan saya akan tidur.

Lama kelamaan,saya menyedari saya sudah diambang kegawatan.banyak kuiz saya kelam kabut.tidak pernah saya merasa jatuh seperti ini.Setelah melakukan "post-mortem" barulah saya sedari yang menjadi penyakit kepada permasalahan saya adalah sesuatu yang bernama "persepi".PERSEPSI tidak mengambil berat kepada tutorial telah merugikan saya,walhal itulah yang akan keluar pada peperiksaan akhir semester nanti.PERSEPSI melihat pembelajaran di asasi amat mudah lah yang menjadikan saya tidak belajar dengan lebih serius,walhal di asasi memerlukan lebih komitmen.PERSEPSI bahawa kehidupan di Asasi perlu ketat seperti di sekolah dahulu telah menjadikan pemikiran saya terikat akan jadual waktu yang merugikan,walhal di Asasi saya sudah bebas mencorakkan hidup saya.persepsi2 buruk ini lah yang secara senyap,mengawal saya dan menjatuhkan saya secara senyap.

Duduk bersendiri,saya memikirkan kebenaran yang di perkatakan oelh akak Amiratul itu.Hidup sememangnya tentang persepsi.persepsi adalah penting dalam hidup kita.jika kita menganggap sesuatu itu mudah,ia akan menjadi mudah.jika kita memikirkan perkara itu adalah buruk,ia pasti akan menjadi teruk.itu juga akan berlaku jika kita mempunyai persepi teruk,hodoh,cantik,cun atau sebagainya.

Kepada akak amiratul,terima kasih kerana mengingatkan saya akan perkara ini.Sesungguhnya peringatan daripada yang lebih tua itu lebih baik dan mujarab;atas dasar pengalaman.

secara kesimpulannya,jaga-jaga dengan persepsi anda.think twice.

anda boleh mengikuti blog akak Amiratul Nadiah di http://aireensamirah.wordpress.com/

Konvoi Raya Budak Pedas!

sesat?maybe.sbb aku naik keta!





izzat,ecak(zahid) n faiz




naik moto pon bole amik pics?dahsyat2





moto dak2 ni




moto n of coz,keta kancil ku! :)




dekat umah apak,sendayan



pali,goyang(fadhzuan),faiz n arip sopiyan




our last pics dat r so memorable...
hei,jgn terkejut aku xde!aku la yang amik pics ni!


well,this is the owner of this pics!! faiz,kolej mara kuala nerang



ni adalah umah2 yang kitorang pegi:

1.arip leman
2.paan
3.naquib
4.apak
5.umah sedare kojek
6.durah


malam tu n esoknye diorang g gak beraye,tp aku x ikut pon huhuhu

kepada sape2 yang ade pics raye konvoi ni,bgtaw taw!!aku nk upload jgk!!huhu

kepada waliff yang berada di Jordan...i wish u r here... :(

Wanita dan Nilai Tudung



Sebenarnya sudah lama ingin mengutarakan isu ini,tapi tidak bersemangat pula.tetapi disebabkan sebentar sahaja tadi rakan rakib telah memberitakan sesuatu,terdapat juga sedikit rangsangan,alhamdulillah.

Niat di hati bukan untuk tunjuk bagus atau menanam rasa benci terhadap rakan2.tetapi ada sedikit yang ingin diluahkan-mungkin untuk menegur kepada segelintir rakan2 perempuan.memang bukan untuk menimbulkan persepsi seksis atau penghentaman mengikut jantina.sememangnya lumrah sosial dalam kalangan pelajar sekolah agama-pelajar lelaki pasti menegur kesilapan kesilapan perempuan,atau dalam bahasa sekolah agamanya -muslimin dan muslimat.saya menegur rakan2 perempuan atas dasar "kesedaran sesama muslim" dan ingi. ditekan kan disini bahawa saya bukan seorang yang alim-hafal pelbagai2 surah dan memakai kopiah sepanjang masa.tetapi atas dasar kesedaran insan biasa,yang juga muslimin biasa,sedikit perkara perlu kita kongsi bersama agar tidak berlaku kesilapan yang akan datang.

Hendak dijadikan cerita-saya add seorang pelajar perempuan yang sama belajar dengan saya di asasi sains um ini.di gambar utamanya-atau dipanggil profile picture - diletakkan gambar dia tidak bertudung - free hair.sudah tentu persepi saya pada awalnya bahawa memang lumrah dia tidak bertudung,maka sudah tentu hari2 biasa di UM ini dia tidak bertudung.Saya hanya mengenal mukanya di profile picture sahaja,maka kadang kala,saya berharap saya dapat berjumpa dengannya di UM ini.

Tetapi amat menghairankan-saya tidak tersempak,atau melihat sedikit pun kelibat dia di UM ini.saya cuba menyelak setiap ceruk,bahagian atau mana2 sahaja di UM ini;tetapi perempuan itu tidak pula saya jumpa.saya menjadi sangat hairan.maka,dengan langkah yang lebih efektif,saya membuka gambar2 dia di profile.dengan ini,insyallah saya akan dapat cam mukanya dengan lebih baik.setelah di belek2 album gambar dia baru lah saya sedar,bahawa sebenarnya dia tidak free hair di UM.dia memakai tudung seperti perempuan2 biasa.

Jika anda tidak memahami apa yang saya ingin katakan,mari saya jelaskan.Sebenarnya,saya amat bersedih dengan beberapa kenalan perempuan saya;di mana pada waktu biasa dia memakai tudung,tetapi amat "pelik" kerana di internet - atau dengan tepat di facebook.myspace dan segalanya - diletakkan gambar mereka tidak bertudung.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini adalah - apa gunanya bertudung,jika di internet anda meletakkan gambar anda tidak bertudung??saya tidak menafikan perempuan untuk mengambil gambar mereka tidak bertudung,tetapi amat saya nafikan jika gambar itu secara dengan sengaja diletakkan di internet.seperti yang umum mengetahui,internet dapat dicapai oleh semua.jika anda meletakkan gambar di facebook anda,sudah pasti saya dapat melihatnya.bermaksud,jika anda meletakkan gambar anda tidak bertudung di dalam facebook,bermakna tiada bezanya dengan hari2 biasa anda tidak memakai tudung!



Baru petang tadi,rakan saya menceritakan perihal seorang perempuan yang saya kenal (yang sama kuliah dengan saya) mempunyai gambarnya tidak bertudung di dalam facebook beliau.terdapat sedikit terkilan di hati kerana sebagai rakan yang kenal akan diri perempuan tersebut,mengetahui bahawa dia juga melakukan kesilapan yang sama.

Tidak perlu untuk di ulas panjang lebar isu ini.apa yang saya harapkan,agar rakan2 sekalian dapat mengambil positif daripada apa yang ingin saya perkatakan.tulisan saya ini mungkin mengguris sedikit perasaan rakan2 yang baik dengan saya,tetapi atas prinsip kesedaran,saya harap rakan2 dapat berfikiran positif terhadap perkara ini.

Ariff Sulaiman

15Malaysia



hari ni aku nk perkenalkan satu laman web yang amat bermanfaat untuk dikongsi bersama.

nak tengok nik aziz dan khairy jamaluddin berlakon?lawat lah ke laman web 15malaysia ini.15malaysia adalah satu projek 15 filem pendek yang dikarang oleh penerbit dan pengarah tempatan.filem2 pendek ini menceritakan senario politik dan sosial rakyat malaysia.

yang menarik mengenai filem2 pendek2 ini adalah:dia membuatkan kita berfikir dua kali mengenai perkara tersebut.cerita2 didalam ini sungguh pendek;maka jalan ceritanya akan disingkatkan dan terletak kepada para penonton untuk memahami MAKSUD YANG TERSIRAT.secara jujur,pada mulanya saya menonton cerita2 ini,saya juga tidak memahami mesej yang cuba dibawakan.tetapi,setelah menonton beberapa kali dan membaca komen yang dihantar oleh penonton di bawah,maka saya serba sedikit dapat memahami mesej yang ingin disampaikan.maka,and semua juga perlu menontonnya!

penghasilan karya dapat meluahkan segalanya.semangat demokrasi dan keluahan segala isi hati dalam filem2 pendek ini dapat dihayati malah dirasai oleh semua lapisan masyarakat.rakyat malaysia berlatar belakangkan pelbagai sikap dan masalah,maka amat sesuai untuk dipertontonkan.




sebenarnya,kesemua 15 filem pendek ini tidak dikeluarkan secara menerus.maksud saya,pada hari saya menulis post ini,hanya beberapa filem sudah ditayangkan.filem2 lain bakal menyusul pada tarikh yg ditetapkan.

akhir kata,saya mengajak anda dan rakan2 anda untuk mmembuka laman web ini dan menonton filem2 tersebut.Nik Aziz,Zaid Ibrahim,Khairy Jamaluddin,Namewee dan Yasmin Ahmad juga terdapat dalam filem ini!



http://www.15malaysia.com

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers