Sebuah Kisah Inspirasi

Aku ingin menceritakan sebuah kisah mengenai diri aku yang ingin aku kongsikan kepada anda dan dunia. Cerita ini adalah cerita aku harap dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada anda untuk menjadi lebih baik di khalayak ramai.


Tatkala berada di hadapan untuk memberi ucapan, nervous sangat-kah anda? dari darjah 1 sampai 5, berapa tahap nervous anda itu?

Imej inilah yang membuatkan jantung kita gugur kan?


Aku baru pulang makan daripada kedai mamak. Dalam perjalanan pulang, radio kereta aku terpasang iklan hotfm yang mengajar para pendengar untuk tidak gemuruh. Aku tak ingat rangkap yang sebelumnya, tetapi aku paling ingat rangkap ini dalam iklan tersebut:


" pastikan anda tidak bernafas dengan laju kerana ia akan membuatkan anda lebih gemuruh"

Aku masih ingat lagi semasa aku di tingkatan 3. Di sekolah, aku merupakan pelajar di bawah radar. Bermaksud, aku bukanlah seorang yg diberi perhatian. Siapa aku, asal aku, minat aku, tidak pernah di ambil kisah. Berkemungkinan sebab aku tak handsome, mungkin. Kemuncaknya adalah semasa aku di tingkatan 3. Pertandingan public speaking dibuka kepada semua pelajar, dan pada masa itulah aku terfikir "aku patut mengambil peluang untuk mencuba sesuatu." Mungkin aku dapat belajar sesuatu. atau dengan lebih tepat lagi, aku dapat menarik perhatian umum kepada aku ( pencapub detected LOL) .


Dan pada hari pertandingan public speaking itu, aku gementar. gementar yang teramat sangat kerana ini lah kali pertama aku bercakap di depan orang ramai. Isi-isi untuk public speaking itu sudah tersedia. Aku masih ingat kertas itu berwarna kuning, di beri oleh guru english aku. Dan pada masa itulah aku mengerti diri aku yang sebenar. Tangan yang memegang kertas itu, mengigil-gigil tidak tertahan. Aku membaca kertas itu dengan tangan yang tidak berhenti bergetar. Kawan-kawan se batch aku semua tergelak dengan kuat. Aku masih ingat muka-muka yang tertawakan aku pada masa itu. Aku malu. Malu sebab aku terlampau gemuruh . Malu sebab guru-guru pasti ketawakan aku selepas ini dan dijadikan bahan jenaka di bilik guru untuk satu minggu. atau satu bulan.


Selepas kejadian itu, aku bernekad untuk menjadi public speaker yang baik. Bermula dengan aku meng-offer kan diri untuk memberi ceramah agama ( walaupun ilmu aku tidak banyak, tetapi aku tetap ingin menguji kemahiran public speaking aku ). Aku juga menyertai banyak pertandingan pengucapan - drama in english, debate in english, forum remaja, pidato dan pelbagai lagi (jangan risau, satu pun aku tak menang LOL). But anyway, you get my point right? aku memang bernekad untuk menjadi lebih baik. Sampai sekarang, aku masih tidak percaya yang aku dalam diri aku mempunyai azam yang tinggi untuk berubah, walaupun pada permulaan pertama amat memalukan.


Semasa di tingkatan 4, kemahiran pengucapan aku menjadi baik. Di tingkatan 5, menjadi lebih baik malah lebih berilmu. Tahun asasi pula aku mampu berucap di khalayak yang lebih ramai, lebih kurang 500+. Dan sekarang, tahun aku degree pula, aku mencapai tahap yang tak pernah aku sangka aku akan capai semasa aku di tingkatan 3. Aku sedikit pun tidak gentar untuk berucap di hadapan. Tidak ada keraguan mahupun kegigilan tangan yang aku alami. Tatkala di hadapan audience, aku tenang, tabah, dan yakin - 100% berbeza dengan aku yang dulu.


Steve Jobs mmg hebat buat presentation. Search di youtube utk lihat presentation beliau. i mean, mendiang.


Jadi, moral yang aku ingin sampaikan disini - jika anda menginginkan sesuatu, berazamlah. dan capailah impian itu bukan sahaja atas daya usaha, malah keterbukaan hati untuk berubah. Jika hati anda terbuka dan bertekad untuk berubah, pasti anda mencapainya.


Terima Kasih.



p/s : aku mendapat nombor tiga dalam pertandingan public speaking tu. dan aku budak yang ketawakan aku semasa pertandingan public speaking itu - dia juga menggigil di hadapan orang ramai, malah lebih teruk lagi. SO MUCH WIN! =)









Matlamat Hidup Ini


Aku nak bercerita mengenai impian.

semua orang ada impian kan? impian, keinginan, cita-cita, atau apa-apa sahaja yang boleh disenaraikan perkataan itu merujuk kepada kecenderungan seseorang dalam kehidupan. Setiap orang mempunyai impian yang berbeza-beza. Ini mungkin kerana latar belakang dan suasana yang dihadapi individu tersebut membentuk apa yang dinamakan impian tersebut.


.
Personally, aku pun terkeliru dengan matlamat hidup yang aku capai. walaupun sekarang aku berada di zaman universiti, di mana akan menentukan kerjaya seumur hidup aku, aku masih berada di awang-awangan. aku mengambil engineering, bidang yang menjanjikan kerjaya yang luas dan berpendapatan tinggi. tetapi hati aku berbisik - adakah ini bidang yang aku minat?

aku berminat untuk menjadi juruterbang. tetapi menjadi juruterbang bukanlah sesuatu yang sesenang yg di sangka. bukan semurah mengambil degree. sudahlah mahal, nak mendapat kerja lagilah tak terjamin. Baru- baru ni, aku pergi ke temuduga menjadi juruterbang. and the result is out, and as expected, I failed. Hatiku menjadi merudum dan remuk. Tetapi terlintas di fikiran aku - adakah ini kerjaya yang aku inginkan?

Aku menyedari - ada lagi impian yang aku ingin kecapi melebihi menjadi engineer ataupun juruterbang. aku ingin menjadi public figure. aku suka menjadi tumpuan. aku suka menjadi seorang yang dihormati. hidup ini hanya sekali, dan aku takkan menjadikan diri aku sia-sia mengenangkan impian yang aku tak dapat laksanakan.

aku bercadang untuk menjadi vlogger, setaraf anwarhadi dan matluthfi. inilah perkara yang aku ingin lakukan. inilah "bridge" yang menghubungkan sebelum aku menetap di atas sesuatu kerjaya yang kekal. insyallah, aku akan mengumpul segala idea-idea yang aku ingin kongsikan di dalam youtube, supaya perancangan ini menjadi sebaik mungkin, insyaallah.

MORAL: kejarlah impian anda. semasa anda tua nanti, anda tidak akan menyesali apa yang anda lakukan, tetapi menyesal tentang apa yang anda TIDAK lakukan.

Hai, i am Ariff Sulaiman

this is an assignment for my english course actually :)

Assalamualaikum and a very warm hello to all my fellow friends.

My name is Ariff Sulaiman, 21 years old. A Capricon, with blood type O+ and a sceptical-yet-liberal person. Family originated of Negeri Sembilan; Seremban is where I borned and raised. I am the youngest of the family, which is the second men after my brother, the eldest. As I didn't mention, I have a very large number of siblings, and it is 8 of them. The other 6 of course, are women. We been raised by the scene of a poor family, but as the time goes by, we successfully change our fate upside down, which in turn, is better. Currently, I am doing Bachelor of Engineering (Mechanical) at University Putra Malaysia.

I love language education. As a university student, I find it very crucial for learning English, as many articles or informations that might be shared over the internet or any kind of medias. Learning English in the secondary school seems to be the exciting one, but differs with university's era, where I found necessity of myself to lift to another level, just a mean to be a competent and marketable person in industry. BBI 2421 would guide me to official and standardise curriculum of English, which might be highlighting common errors in my English writing. Off the record, I also hoping that my future blog's entry and my "status update" on facebook that be written in English would not include errors that could bring clouds of shame to myself.


"If it is too good to be true, then it is not true". This quote always reminding me to keep myself from being cheated, per se by Multilevel Scheme ( where I could easily be rich by only sleeping); or any salesman of a massage machine, because I don't even need a massage if I have friends who are willing to do the works for free (mimics the advertisement quotation : terms and conditions applied).

Berada di Syurga

Study week untuk semester kali ini amat berlainan daripada tahun2 sebelum ini. aku merasa tertekan dengan silibus yg panjang berjela untuk aku tatap dalam tempoh seminggu sahaja. Bangun awal pagi, semangat untuk membuka ilmu memang wujud. Sampai tengah hari, kepala otak aku mula mempersoalkan tahap -kelaparan-perut ini. Sampai selepas zuhur, badan yang aku kawal ini hanya menginginkan terlelap di atas katil yang ber-cadar keras ini.

Aku merasa ingin melakukan sesuatu hari ini. Sesuatu yang boleh membuang stress aku yang menggunung. Stress yang akan aku lupakan pada esok hari. jadi aku mengambil keputusan untuk bermandi swimming pool. Aku mula memberi sms kepada 2 orang kawan baik aku, goyang dan monyet.

aku : Weh, danau jom petang ni!
*dan ini reply mereka*
Goyang: Jom2!! haha...
Monyet: Jom..

jawapan pendek yang amat menyayat hati. terlompat2 badan aku menerima reply yg membahagiakan ini. nasib baik jemputan aku diterima. kalau tak, menggila lah aku di dalam bilik keseorangan.

sesudah asar, aku mula menyiapkan barang2 mandi wajib aku. Dengan kecekalan seorang atlet,aku memandu kereta dan mengambil mereka di kolej masing-masing, aku bawa mereka ke danau, sebuah tempat bermain golf yang terdapatnya swimming pool. Sesudah sampai ke tempat tersebut, aku bersiap meletakkan barang2 di atas meja yg disediakan dan membayar 2 ringgit di kaunter.

dan aku berlari.
berlari sekuat hati bersama goyang dan monyet.
berlari seperti kanak-kanak riang yang baru tumbuh gigi.
berlari kepada kolam renang yang hanya beberapa meter di depan kami.
aku melompat ke dalam kolam yang berwarna biru itu...
SPLASSSHHHHHHHH

DAN PADA MASA ITULAH AKU BERADA DI SYURGA

Menerima kepelbagaian individu...

masa aku tulis entry ni, roomate aku baru je bukak 1 cerita...

Dia ada kawan sekolah ni. masa dulu, kawan dia ni, iaitu seorang pompuan, merupakan partner dia dalam kuiz agama. dijadikan cerita - kawan dia yang agak kuat agama ni - setelah 4 tahun keluar sekolah : sekarang free hair, dan pakai seluar ketat-ketat.

sebagai seorang bekas pelajar sekolah agama, aku ingin jujur dengan satu perkara. aku sebenarnya agak "keberatan" dan "segan" dengan memegang title tersebut. dengan title tersebut, banyak perkara yang aku limit. aku ingin salahkan masyarakat. masyarakat melayu memang mempunyai pemerhatian yang tajam kepada budak2 lepasan agama ini. kalau dilakukan perkara yang salah, pasti di hentam. kerana masyarakat menyangka bahawa pelajar sekolah agama ini dibekalkan ilmu agama yang meninggi ke langit, yang advance, yang tidak menyamai budak2 sekolah biasa yang lain.

Manusia berubah. aku juga berubah.dari masa ke masa, citarasa dan pandangan kita bertukar 180 darjah. kita tidak dapat meramal apa yang bakal kita hadapi. kita hidup dalam corak masyarakat yang di bina oleh budaya-budaya yang berlainan. aku, sebagai budak daripada sekolah agama, agak terkejut beruk semasa aku masuk ke universiti malaya di mana aku jumpa pelbagai "ragam" manusia. aku tidak dapat menerima apa yang di sodokkan di hadapan aku pada ketika itu. Lama kelamaan, aku menerima hakikat bahawa aku sendiri perlu menerima kepelbagaian di hadapan mata aku ini..

Saya berharap kepada yang membaca entry ini agar mengubah sikap anda.janganlah kita suka menyangka buruk kepada orang lain. dalam hidup aku, aku mmg x suka menyangka buruk kepada orang. kita perlu menghormati pendirian orang lain, dan meraikan kepelbagaian masyarakat di sekeliling kita. biarlah individu itu menjadi liar seteruk mana pun, kita tidak perlu nak menyibuk, selagi tidak mengancam keselamatan negara mahupun bajet kerajaan.

kadang kala aku melihat ke belakang, aku memikirkan....

aku agak menyesal tidak keluar daripada sekolah agama itu. kalau tak, aku takkan memikul beban yang aku tampung hari ini...





aku semasa di zaman sekolah dulu~

Jenis - Jenis Pasangan

p/s: ini adalah post setelah sekian lama menyepi. maaf kalau terdapat sedikit kejanggalan dalam penulisan :P.

"Relationship" seumpama suatu keperluan ataupun asas kepada remaja2 yang sebaya saya. Ramai yang sudah mempunyai pasangan masing2 berbeza latar belakang. Mari kita menelusuri setiap satu jenis pasangan yang wujud =

1. Pasangan Sama Kelas / Classmate

Pasangan ini berkenalan di dalam kelas yang sama. Jangan terkeliru - ini bukan sama sekolah atau sama universiti. saya kecilkan skop dia - sama kelas. kerana ia membawa maksud yang amat medalam. mendalam bermaksud pasangan yang kita kongsi perasaan cinta kita hanyalah berada selang beberapa meja di dalam kelas. itu sebelum bercinta. tetapi selepas bercinta, mungkin dia berada di sebelah kita. ataupun anda berdua mungkin sekarang tidak berada di dalam kelas - mungkin berada di panggung wayang dan berada di "couple seat" .

Berkenalan di dalam kelas amat mudah sekali kerana kebanyakan masa kita adalah bersama mereka. setiap masa boleh curi2 pandang. di sebabkan berada sama kelas, maka jika ada assignment boleh buat sama2. #alasancliche.

Jenis hubungan ini mungkin agak kalut kerana usikan oleh rakan2 kelas setiap hari. tetapi lebih memeritkan jika anda berpisah / clash. bagaimana selepas berpisah itu tatkala anda bertembung dengan dia - kebiasaanya setiap hari? :)


2. Pasangan Lebih Tua

Memang lumrah perempuan sukakan lelaki yang lebih tua dan bekerjaya. Budak perempuan itu hanyalah mahasiswa biasa di sebuah universiti, tetapi bf dia merupakan seorang junior engineer di sebuah syarikat yang terkemuka. tatkala berdating mereka memilih tempat2 dinner yang romantik - TGI Friday, Tony Roma dan sebagainya. Kenny Rogers dan Shushi King hanyalah kedai yang tiada standard - apatah lagi McD dan KFC. Tatakala bershopping baju pula hanya lelaki itu sahaja mengeluarkan dompet dan perempuan itu akan memilih baju yang amat cantik tanpa melihat tanda harga.

Bagaimana mereka berkenalan? Mungkin mereka satu taman / kampung. Mereka sudah berkenalan sejak dahulu lagi. Maka tidak ada sebab untuk perempuan itu memilih lelaki2 lain semasa tahun di universiti. Sebab lelaki universiti yang lain sama seperti dia - tidak boleh berbelanja sakan kerana duit poket hanyalah bersandarkan duit PTPTN.


3. Pasangan Cinta Muka Buku (?)

Ini adalah misteri yang saya sendiri tak dapat ungkapkan. saya ramai berkawan dgn pelbagai wanita di facebook - tapi seorang pun tidak melayan saya kahkahkah.
bagaimana perempuan itu boleh terpikat dengan lelaki tersebut? mungkin lelaki itu meletakkan DP gambar dia sedang berlatih di gym. Ataupun gambar dia sedang menjadi Imam solat maghrib di surau. atau gambar dia posing ala2 kpop - bajet comel latteww. Saya tidak tahu sebab saya tidak pernah mencuba salah satu daripadanya.

Anda yang mana satu? :)

Lawak yang biasa - membosankan!

musim realiti tv sudah suram sekarang. tetapi kehadiran cerita Maharaja Lawak di Astro Warna menghangatkan kembali dunia realiti tv yang ntah ape-ape. mongarut yo AF kat Astro Ria tu. tapi dekat sini tak nak lah hentam AF kan sebab itu boleh dibuat di post yg special HAHA. tapi dekat sini aku akan hentam/kritik 1 kumpulan yg aku x berminat dalam Mahraja Lawak.





I HATE JAMBU. haha. aku pon x paham kenapa ramai minat die. xpela kan minat orang lain-lain. xpe. aku sebenarnya x suke sbb bg aku - lawak diorg ni amatlah biasa/cliche/predictable.

Kehadiran Jozan,Nabil dan Sepah membawa nafas baru dalam dunia lawak melayu. mereka mempunyai identiti tersendiri yang lawak nya adalah sesuatu yang baru. amat berbeza dengan Jambu, lawak mereka amat biasa. tidak ada sesuatu yang baru. ianya adalah lawak-lawak yang digunakan untuk mentertawakan budak sekolah rendah hingusan. lawak-lawak yang sudah acap kali kita dengar mahupun lawak yang amat mudah dilakukan oleh mana-mana ahli PBB. haha. Tema "pink" di setiap mggu? itu memang kolot! the fact is - aku lagi suka Balas daripada Jambu

sememangnya tugas seorang anak seni membawa sesuatu perubahan mahupun nafas baru dalam dunia seni. walau bagaimana susah sekalipun,anak seni perlu mengolah dan mencari idea baru bagi menjadikan persaingan dalam dunia seni sesuatu yg segar. kerana kesudahannya, apa yg disampaikan akan menjadi hadaman kepada masyarakat negara ini kerana anak seni bertanggungjawab terhadap perkembangan pemikiran masyarakat.

wahhh ayat memang ayat SPM kan kan

Ariff's Thought

haha kelakar la aku bace tajuk post aku ni. tajuk ini mengikut cerita The Office dimana terdapat satu watak yg membuat blognya tersendiri yg bertajuk "Creed's Thought"


Blog merupakan media yang mudah untuk kita meluahkan segala pandangan kitew.

tapi kene la buat die lawa2 n interaktif kan..tp camne ek? haha

Dunia Lama ditinggalkan - dunia baru sudah masuk

dah lame x update blog kan?


ye lah zaman dah semakin maju. dulu ade friendster yang membosankan. sekarang dah ade facebook yang memudahkan kerja rakyat jelata sekalian meluahkan perasaan. bila dah ada, blog ditinggalkan begitu sahaja.

penulisan kreatif tidak sepatutnya berhenti. segala curahan idea dan perasaan sepatutnya diluahkan agar dapat menjana idea yg lebih bernas.

nanti aku update lagi k? =)




tempat meluahkan perasaan - hanyalah di sini

dah lame x bukak blog ni.mungkin ada beberapa rakan yang bukak blog ni mesti bengang-sebab dah x update2.lame2 x de yg sudi bace blog ni haha


dekat blog je kan tmpt utk kite ceritakan segalanya?tetapi x de makne nye kalau diri ini x ingat kewujudan blog ini sendiri.haha.namun lebih menyedihkan tatkala internet ini akan dikenakan akta yang akan mengongkong pergerakan mahupun kebebasan bersuara.

dekat mana kita boleh bersuara di negara ini?aku rasa hanyalah di dalam toilet.di sana hanya satu kepala akan mendengar - kepala paip.tatkala kita ingin dia bersetuju akan apa yang kita membebel ,kita hanya perlu memulas telinga nya.maka membuak2 lah segala muntah nya yang jernih sebagai tanda bersetuju dengan kita.jika sudah cukup lepaskan lah telinganya kembali agar tenang diri itu daripada dipotong Jabatan Bekalan Air.

sebelum blog di malaysia memerlukan permit utk mengeluarkan artikel,maka eloklah saya menghabiskan masa saya dengan blog ini.aku amat sayang madah bernama blog ini kerana di sini lah ruang aku untuk menyuarakan harapan - tanpa perlu editor,jurufoto,penerbit mahupun jurutaip.

My Playlist.LOL

RULES :
Put your music library on shuffle.
For each question, press the next button to get your answer.
You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
Ok, go!
When you're done, tag at least 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.

1. If someone says, “Is this okay?” you say
Summer Love - Justin Timberlake


2. How would you describe yourself?
Doa dalam lagu - Mawi & Heliza


3. What do you like in a guy/girl?
Run Joey Run - Glee

4. How do you feel today?
Pakai kanta cinta - Elyana


5. What is your life’s purpose?
Tak Bisakah - Peter Pan


6. What's your motto?
Aku tanpa Cintamu - Mirwana

7. What do your friends think of you?
Hai -Adam

8. What do you think of your parents?
Soaked - Adam Lambert


9. What do you think about very often
Crush - David Archuleta

10. What is 2 + 2?
Mirage - Pesawat

11. What do you think of your best friend(s)?
Meet Me halfway - BEP

12. What do you think of the person you like?
Putihnya Lukisan - MUH

13. What is your life story?
Kiblatku - Hazami


14. What do you want to be when you grow up?
Bila April -Fazley

15. What do you think of when you see the person you like?
Takkan Melupakanmu - Radja

16. What will you dance to at your wedding?
Fikirlah - Aizat

17. What will they play at your funeral?
Telephone - Gaga & beyonce

18. What is your biggest fear?
Gotta Feeling - BEP

19. What is your biggest secret?
Kenapa Singgah Kalau tak Masuk - Flava

20. What will you post this as?
Faint - Linkin Park

kawan ku sudah bertunang :)

masa aku tulis ni,aku baru sahaje bukak fb salah seorang kawan aku semasa di sekolah pedas - kawan perempuan.

dia sudah bertunang.

aku selalu terfikir siapakah dlm antara kawan sekolah aku yang akan bertunang,ataupun berkahwin dahulu.kawan yang bertunang ini sebenarnya agak rapat dengan aku.tapi sejak lost contact,aku dan dia jarang berkomunikasi.

aku hanya ingin mengucapkan selamat bertunang kepada kawan aku itu.walau pun aku tidak post wish di facebook dia,aku amat berharap dia berbahagia.

walau tidak berkomunikasi,kawan tetap kawan.aku ingin dia tahu bahawa aku masih menganggap dia masih kawan ku yang baik dengan aku.aku amat berharap persahabatan kita masih utuh,dan berharap juga satu masa nanti kita akan berjumpa satu masa nanti.


Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk terus hidup.manusia akan buat segala yang difikirkan terbaik untuk diri sendiri.
"ariff sulaiman"

i'm a loser baby.so why don't you kill me.

kenapalah aku ni loser sesangat.
kadang2 malas lak jadi arip leman ni.

kan bagus kalau boleh patah balik masa lalu.malas la wat sume bende salah.menyesal gile.aku nk patah balik mase tahun di smka pedas - waktu aku habiskan sume mase dgn dak2 skola aku.

aku akan jadi seorang yg baik.kepada rakan2 batch dan adik2.setiap malam aku akan tidur lambat sbb bergelak tawa dgn kawan2 aku.aku akan selalu main bola di padang bersama kawan2 ku.xde ah jadi budak skema pegi ptg2 habiskan masa yg sia2 yg akhirnya aku pun x dpt ape2 manfaat.

aku akan jadi budak kelas yg paling bez.aku x kan kejarkan sesiapa.aku akan menjadi seorang yg liberal dan malas nak berfikir terlampau orthodoks.aku akan fly setiap program yg x bawak manfaat kepada aku.sebab aku tahu - kalau aku x pegi,mereka x kan dapat lakukan apa2 dkt aku.aku akan bawa video recorder utk merakam setiap detik bersama kawan2 aku.aku akan merakam semua video yg lawak - yang akan aku upload di youtube utk tatapan umum.

apesal aku x lakukan sume tu dahulu?

Kepada pelajar pasum yg tidak pernah aku kenali...

aku merupakan pelajar asasi sains fizikal dan tinggal di aras 5 kolej 12.aku selalu makan makan selepas maghrib dan pergi ke kelas pada waktu yg amat cepat atau amat lambat.pada hujung minggu aku mungkin keluar ke kuala lumpur ataupun pulang ke seremban.di kuliah aku pasti akan duduk di barisan tengah bersama 2 rakan ku yang lain.sepanjang aku di pasum juga - aku hanya berkawan dengan rakan2 kelas mahupun "mutual friends" sahaja.

apa yang aku nukilkan di sini;aku amat yakin - seratus peratus yakin yang ada di antara kalian yang tidak aku kenali mahupun bertembung muka sepanjang setahun di asasi UM.aku amat yakin kita mempunyai waktu makan malam yang berbeza sehingga tidak dapat dijenguk muka di kafe menikmati makanan bersama.mungkin anda merupakan pelajar yang amat setia tiba di kelas tepat pada masanya;atau mungkin yang tidak pernah ke kuliah langsung.mungkin semasa kuliah anda akan duduk di barisan paling hadapan atau di barisan paling tepi -sehingga kita tidak pernah bertembung.anda mungkin pelajar sains hayat yg terdiri daripada beratus2 pelajar.anda juga mungkin seorang yang tidak hirau apa yang terjadi di UM mahupun kolej 12;kerana kesibukan peribadi.

apa yang aku ingin luahkan sedikit sahaja.aku ingin anda tahu bahawa menjadi kebanggaan saya untuk mengalami pengalaman pasum bersama anda.setahun di kolej 12 UM amat menjadi kenangan manis yg terindah kerana ia merupakan tahun pertama kita selepas alam persekolahan.sesiapa sahaja yg pernah menjadi "asasian" tidak akan tidak menafikan apa yang aku katakan ini.

kepada anda - yg tidak pernah saya kenal mahupun bersua muka antara satu sama lain - aku harap kau tidak melupakan setahun kita di pasum.

Masa


Masa awal dulu masuk sini - amat bersemangat utk blaja.seperti kawan2 di pasum dulu,saya menjadi seorang yg amat menghargai masa2 yg terluang.walaupun ada waktu terluang selama sejam,tetapi waktu itu seakan-akan emas dan berlian yg tidak terhingga nilainya.

akan tetapi masa telah mengubah segalanya.yang asal menjadi pudar.keinginan untuk menghargai masa sudah tiada lagi.kadang2 di hati mahu menyalahkan pihak2 tertentu,tetapi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah.

mengikut perancangan,kesibukan akan menjelma tatkala minggu pembelajaran semakin mengakhiri.walhal,pada waktu menaip,tidaklah begitu sibuk untuk sebarang aktiviti.kenapa di penghujung sesi menjadi tumpuan untuk disibukkan diri?hanya dapat berserah kepada allah.

dah belajar tapi....

penat ah blaja2 x kuar gak exam.
bengang gile aku!

apesal sume ni terjadi?haihh
kan bagus kalau xde exam dalam dunia ni

Kebebasan dan Internet


tatkala aku menulis ini - hari ini adalah hari selasa.

aku balik ke u adalah hari ahad.yang aku ingin ceritakan adalah - semasa hari ahad dan isnin,perkara yang paling tidak diingini oleh aku telah berlaku.internet wifi di bilikku ini tidak dapat meng-surf laman web yang memerlukan log in seperti facebook,myspace dan blogger ini.

kalau tak dapat masuk facebook - mungkin dapat dimaafkan kerana fb ni mmg bawak kemudaratan banyak haha.tapi yg x bole blah - sebab x boleh masuk cek emel yahoo!warrghhh.gile2.blogger ni pon x bole bukak,padehal aku baru nk cek blog member2 aku hish3..

kebebasan memang penting dalam hidup kita.walaupun kita tidak dipenjara dalam kandang besi;tetapi jika pemikiran dan pergerakan kita disekat - maka tidak ada bezanya jika kita dipenjara.saya selalu menjunjung kebebasan individu.kita sepatutnya hidup dengan bebas.dengan itu barulah kita dapat merasai nikmat sebagai manusia.dengan kebebasan - barulah manusia individu dapat menilai sama ada perkara yang mereka lakukan itu sama ada betul/baik atau sebaliknya.

Biru

actually

i do jealous with my pasum member that pursued study at um.

aku tgk diorg punye video or pics mase haluansiswa kat DTC - wow memang jeles.

aku mmg sayang um sangat2.xtaw apesal.tp aku memang sayang um.

mungkin salah aku sebab x blaja gile2 dulu.kalo x,mesti aku kat fakulti engineering um skrg.

aku nak sgt berada die dtc mase amik sijil nanti.tp apekan daye...
i'm here.alienated with this walls.

my coursemate are not so many - to interact with.very small in numbers.i think at um - it is 60 person for every department.
i love um...

i do want the time to reverse so i can correct every single thing and enjoy very much at kolej12...


sit back and watch - things to be

there are some aprt of myself have change.

aku x bole bayangkan diri aku yang dulu.makin lama aku makin menjadi matang.kehidupan aku di asasi um (pasum) telah membesarkan mata aku mengenai dunia yg sebenar.aku juga telah menjadi seorang insan yg semakin matang.

aku x seperti dulu lagi.

dulu aku seorang yg amat mengangambil berat akan sesuatu.aku akan memastikan semuanya menjadi baik dan sempurna.

tetapi,sekarang tidak lagi.

aku sudah berubah.

sekarang,aku menjadi seorang yg hanya membiarkan perkara terjadi.jika dahulu akulah yg kehadapan - sekarang aku adalah yg terpaling belakang.aku ingin melihat apa yg terjadi tanpa penglibatan aku. i want things to "let it be".
aku x taw same ade apa yg aku buat ini baik atau tidak.walau semakin hari aku semakin matang,tetapi terdapat juga sedikit perkara yg aku rasa -arif dahulu lebih baik drpd sekarang.

aku sudah letih dengan kepimpinan.aku sudah letih.

sekarang,aku akan biarkan semuanya terjadi dengan sendiri.

He's gone

we're not good when we were together.well,it's not him actually.it's me the one not good while together.there are some sort of thing that i very dislike bout him.

i thought he was also doesn't like me.everytime i always make a face when he is around.i thought he doesn't like me,as i did to him.

but there is a fragment in part of my heart - that really i will remembered until now.there is one day - when the friends around tell the bad about me;and he responsed "i don't believe".i will never forget how much he trusted in me.

i do respect and admire his enthuthiasm in doing work.he will definitely make it very shine and commited.
and now,he is gone

Alfatihah.may allah bless u n forgive everything.amin

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers