Kepada pelajar pasum yg tidak pernah aku kenali...

aku merupakan pelajar asasi sains fizikal dan tinggal di aras 5 kolej 12.aku selalu makan makan selepas maghrib dan pergi ke kelas pada waktu yg amat cepat atau amat lambat.pada hujung minggu aku mungkin keluar ke kuala lumpur ataupun pulang ke seremban.di kuliah aku pasti akan duduk di barisan tengah bersama 2 rakan ku yang lain.sepanjang aku di pasum juga - aku hanya berkawan dengan rakan2 kelas mahupun "mutual friends" sahaja.

apa yang aku nukilkan di sini;aku amat yakin - seratus peratus yakin yang ada di antara kalian yang tidak aku kenali mahupun bertembung muka sepanjang setahun di asasi UM.aku amat yakin kita mempunyai waktu makan malam yang berbeza sehingga tidak dapat dijenguk muka di kafe menikmati makanan bersama.mungkin anda merupakan pelajar yang amat setia tiba di kelas tepat pada masanya;atau mungkin yang tidak pernah ke kuliah langsung.mungkin semasa kuliah anda akan duduk di barisan paling hadapan atau di barisan paling tepi -sehingga kita tidak pernah bertembung.anda mungkin pelajar sains hayat yg terdiri daripada beratus2 pelajar.anda juga mungkin seorang yang tidak hirau apa yang terjadi di UM mahupun kolej 12;kerana kesibukan peribadi.

apa yang aku ingin luahkan sedikit sahaja.aku ingin anda tahu bahawa menjadi kebanggaan saya untuk mengalami pengalaman pasum bersama anda.setahun di kolej 12 UM amat menjadi kenangan manis yg terindah kerana ia merupakan tahun pertama kita selepas alam persekolahan.sesiapa sahaja yg pernah menjadi "asasian" tidak akan tidak menafikan apa yang aku katakan ini.

kepada anda - yg tidak pernah saya kenal mahupun bersua muka antara satu sama lain - aku harap kau tidak melupakan setahun kita di pasum.

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers