pada mulanya saya terkejut dengan penyertaan tomok dalam OIAM.tetapi apa yg muncul di fikiran aku pada mulanya adalah "bijak sungguh dia!!" kerana dengan memasuki OIAM,sudah tentu band New Boys akan menempa nama di pentas hiburan ini.
Penyokongan terhadap tomok dalam OIAM ini menjadi bahan lawak kepada masyarakat secara umum.semua mengetahui pada zaman kegemilangan New Boys dahulu,tomok menyanyikan lagu2 dengan suara sengau nya.yang menjadi tarikan kepada tomok hanyalah kepada mukanya sahaja.dan selepas itu,lumrah biasa kepada para artis:pasti ada zaman gelap mereka.dengan kemunculan rentak muzik baru dan band2 daripada indonesia,New Boys sudah tenggelam dalam arena hiburan.walaupun beberapa seketika sebelum ini New Boys telah mengeluarkan album baru,tetapi itu belum cukup utk membuat pukulan kepada industri muzik malaysia ini.
dan kemasukan tomok kedalam OIAM telah dan bakal merubah segalanya.
walaupun pada awalnya tomok masih mengekalkan gaya sengau nya,tetapi masa telah berubah,dan tomok sudah mencari sinar baru utk dirinya.dia telah menyanyilkan lagu2 rancak yg memenuhi selera peminat muzik pada hari ini.
saya meminati tomok kerana saya melihat tomok sebagai selebriti yg berimejkan anak muda yg membawa irama pop rock yg menjadi hiburan kepada masyarakat.tetapi amat menyedihkan kerana masyarakat masih teringat pada zaman sengau beliau.tetapi saya ingin menyangkal dakwaan mereka kerana suara tomok masih lg dalam lingkungan yg menawan.dia mempunyai gaya tersendiri.dia merupakan ikon baru kepada remaja.
dan tomok juga telah banyak kali mendapat pujian daripada paul moss dan syafinaz.malah,tomok mendapat dua kali imuniti daripada juri daripada tersingkir.
dan in i merupakan antara persembahan tomok yg mengancam!! :)
LaLaLa Kerjalah
Ingin Bersamamu
dan jika anda tidak kisah:ambil hp anda,taip YES TOMOK dan hantarkan kepada 33399.hahaha