13th February Happy Birthday to my Great-Frenz, Areefah!!!









actually,post ni x lain dan x bukan adalah sebagai tanda membalas jasa ape yg b'day girl ni wat.kalo korg nk tau,b'day girl ni ade wat wish cmni mase b'day aku kat blog die.so,ni kire balas balik la ni...huhuhu

pertemuan yg x dijangka n paling bermakne wat aku.

semua nya bermula apabila aku terjumpa profile frenster rakan lama ku,izrin anis yg bersekolah di mrsm muar selepas berpindah daripada sekolah aku.sblom2 itu aku ada mendengar profile frenster izrin,tp x pernah pon jumpe..baru ari tu jmpe.so,aku pon add ym izrin...lps tu,utk menambah kenalan aku,aku pon meminta ym dak2 mrsm muar...n aku pon dpt la ym areefah ni.aku cm pelik la coz ade jmpe dak pompuan name lbh kurang cm aku an...huhuhu

seingt aku,waktu pertemuan aku ngan areefah adelah mase lebih kurang hari raya cmtu..aku igt lagi chatting ngan die dlm ym gune webcam.webcam aku menghala ke muke aku directly,tp webcam die menghala ke bekas2 kuih raya nyer...klaka kn.pade permulaan post ni aku ade ckp pertemuan aku n die adelah bermakne...coz utk pengetahuan anda,sepanjang waktu terakhir di sekolah aku membawa hp ke sekolah..maka,aku memerlukan seseorang utk ber sms.hanya areefah sahaja yg melayan aku mase itu...die juga sering menemani aku semase mlm2 sblom tido...slps waktu menelaah pelajaran.aku masih igt lagi suasana di dalam stor dorm aku...aku baring di dalam stor itu,di sebelah buku adalah hp ku...setiap hari kami menceritakan dua dunia kami yg berbeza...di pedas dan di muar...

perkara yg tidak dpt aku lupakan adalah aku dan arifah berkongsi soalan spot.aku dan dia telah membuat perjanjian,bahawa kami akan berkongsi soalan spot yg kami perolehi.aku masih igt lagi betapa byk nya mesej areefah dlm inbox ku...dan dalam msej itu terdapat byk soalan spot,seolah2 menyuruh aku membaca keseluruhan topik dan tidak bergantung pada soalan spot.

aku juga msih menyimpan surat yg diberi kepada aku..surat yg terisi dengan soalan2 spot kimia.dan aku masih menyimpannya...kerana itulah surat yg aku dpt daripada seorang yg bernama teman.aku masih ingat perasaan mendapat surat daripadanya.walaupun baru sahaja berkenalan,tetapi arifah menghargai nilai seorang kwn.. ternyata,areefah merupakan seorang yg menghayati nilai seorang kawan.areefah juga selalu bersamaku apabila aku kesusahan dan keresahan....

selepas spm berlalu,apa yg terlintas di fikiran aku adalah persahabatan aku dan arifah.aku dan arifah berkawan rapat kerana spm;maka selepas spm tamat,aku tidak tahu bagaimana persahabatan kami selepas ini...

sekarang ini,aku dan areefah berkawan seperti kwn yg biasa.aku menghabiskan masa aku di rumah,dan dia pula di daily fresh.baru td aku msg dia,dan dia menyatakan dia mengambil asasi sains manusia di uia...

aku x kan melupakan sahabat aku yg bernama areefah ini.aku x kan melupakan hp yg aku bawa di sekolah,berbalas sms antara dia,menemani aku stiap mlm sblom tido dan berkongsi soalan spot dan impian bersama....sampai bila2 aku tidak akan melupakannya

aku di seremban,dia di kluang
kami berhubung
dari hp
dari ym
dari frenster
adakah suatu hari kami akan bertemu?

-------------------------------------------------------------------------------------

info of areefah :

- aku n areefah x pernah cite hal personal sepanjang spm
- areefah ade twin yg skola lat mrsm melaka
- izrin n alya siot sgt coz saje nk gosipkn aku n areefah..siot btol!
- bnde yg wat areefah pening lps spm adelah kerje...skrg,dah x lg.die keje kat daily fresh
- areefah x pernah busuk ati or cite keburukan kwn2 die

you can reach areefah by :

friendter:http://profiles.friendster.com/17328146
ym: nurareefah@yahoo.com
blog: http://nurareefah.blogspot.com/



>>areefah and family<< (areefah left,her twin at right)

(stiap kali aku dgr lagu ni,mesti igt areefah..coz die nye caller ringtone lagu ni huhuhu)

About Me

My photo
Salam.. Selamat datang! :) tinggalkan komen anda

Kegilaan

Kegilaan

Followers