
hidup ini mmg byk pilihan yg boleh kita pilih.
seperti yg ramai mengetahui,pade awalnye mmg aku bersemangat nk mampos msk matrik.walaupun ramai yang ckp aku ni sewel sbb nk amik matrik,tp aku tetap pekakkan telinga gak.sbb nye,aku sbnrnye dah dgr byk kebaikan psl matrik ni dari seorang senior aku.senior aku tu cite la sume psl kebaikan matrik ni.sbb tu aku bersemangat nk msk matrik.lagipun,aku cam x konfiden pon leh dpt um tu,,,
pastu,bile result upu kuar,iman aku pon tercabar...ceh ceh ceh...aku dpt UM asasi sains fizikal.aku pade mulenye mmg rase nk tolak la kan...tp,slps tgk ramai apply tp x dpt,aku rase cm bangge la dpt UM tu...pastu lak,yg dpt UM dak2 pndai jer...so rase bangge lagi skali la hhahaha
pastu,aku pon ltk la discussion kat page group 91 ngan exSPM kat friendster tu.aku tanye la pendapat sume org antara UM ngan Matrik.sume support g UM!wargghh mmg geram gile aku!aku rase senior aku je yg suruh aku msk matrik haha
slps tu,aku mmg blank jalan mane yg aku pilih.abang aku ngan kawan baik aku,yusri ckp yang walau mane 1 aku amik,aku x silap...coz dua2 kos same!so aku x hilang ape2 la kalo aku amik mane 1 kn.dan aku teringat mase aku f4 dulu...selepas beberapa minggu start f4,ramai dpt SBP n sume dlm dilemma same ade nk kuar skola or x.dan cikgu biology aku,cikgu neida ckp "kalo takut nk memilih,apesal x yah apply je dulu??" dan terngiang2 sampai skrg.btol jugak ape yg cikgu bio aku tu ckp.aku sepatutnya x yah minx matrik ngan upu serentak.aku patut minx salah satu je,so aku xde la pening2.
walaupun aku seorang ahli intelektual dan pemikir ulung (cewah2) aku kadang kala tersepit dengan pilihan yang mengelirukan.dan akhirnya,aku telah membuat keputusan untuk amik je UM.mane x nye,dah uni bgs,amik je la kn?kalo x dpt UM,msti aku dah mencarut2...bile dah dpt,nk tolak lak...x ke sengal tu?hish3
tatkala perkara ini terjadi,membuatkan aku berfikir : apakah matlamat aku dalam
hidup ini?
-------------------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
23 Mei 2009
Selepas bermingu-minggu berdiskusi dan bertukar pendapat bersama beberapa tokoh,maka saya dengan ini memutuskan untuk memilih UM(Universiti Malaya) untuk melanjutkan pelajaran saya selepas ini.
Saranan daripada semua pucuk pimpinan,exco dan majlis tertinggi telah mengesyorkan untuk saya mengambil pilihan yang amat bersesuaian dan bermanfaat untuk masa hadapan.Walaupun semua pihak mengetahui bahawa saya telah mencanang untuk menyambung pelajaran di Matrikulasi KPM,tetapi setelah dipertimbangkan semua aspek,amat merugikan jika saya melepaskan peluang yang tidak tercapai oleh orang kebanyakan ini.
Saya akan mendaftar pada 25 Mei 2009 dan mengikuti program Asasi Sains Fizikal.Kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yang telah memberi semangat sama ada secara langsung mahupun tidak.Sesungguhnya,komitmen yang telah anda berikan amat bernilai dan saya amat menghargainya.
Rintangan yang bakal saya hadapi ini tidak dapat saya jangkakan sama sekali.Walau apa pun,dengan semangat kental pejuang bangsa saya tidak akan lupa pepatah yang menyebut:"Membujur Lalu Melintang Patah,Lawan Tetap Lawan!".
Ariff Sulaiman